BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sains kekayaan

24/8/2016 4:16 PM

Dunia kekayaan material yang u nak tu bermula dengan kesedaran.

Bila kita sebut tentang kesedaran, macam-macam soalan yang timbul.

- Apa dia kesedaran
- Kesedaran yang macam mana
- Macam mana nak dapat kesedaran
- Macam mana nak tahu saya sudah dapat kesedaran
- Siapa contoh-tontoh orang yang sudah dapat kesedaran

Yang paling penting sekali, apa yang saya perlu buat untuk dapat kesedaran?

Fikiran yang muncul,

- "Apa la u ni tuan, orang citer fasal nak make money, teknikal, action, sistem, iklan, pelanggan, funnel selling, relationship, engagement, famous, dll"..

- "Tak nak dengar tentang kesedaran, bina life, sains, bla, bla, bla, ini semua tidak membantu langsung dalam proses buat duit"...

- "Kita just nak dengar benda-benda yang realistik je tuan, something yang macam orang lain citer tu, seo, ppc, copywriting, fbads, ayat iklan, dll"...
 
It is widely believed that the most important thing capable of making a man attractive to women is either a muscular physique or a good sense of humor. However, recent scientific discoveries suggest that muscle volume and the ability to make people laugh are by no means crucial in capturing a woman’s attention. As it turns out, the prime factor in making a man popular with the opposite sex is altruism — the willingness to perform good and charitable deeds.
 
U all layan je la ok.. tt tengah rekod data untuk 3-5 tahun akan datang.

At least, dapat juga belajar something kan. :p


.
.

Minda Positif

Perjalanan kita tidak pernah bermula dan berakhir. Ianya berubah bentuk.

.

25/8/2015 10:52 PM
malam semalam jumpa satu kawan.
dah lama tak minum dengan dia.
setahun lebih rasanya.
time is moving very fast.
kawan tu kira hebat juga la.
muda beberapa tahun dari i.
dia kerja, banyak site income.
dia boleh run bisnes full time.
tapi dia tak nak, sbb not ready yet.
then jumpa macam biasa, tengah jatuh.
i banyak kawan-kawan yang hebat.
hidup mereka naik turun naik turun.
patut lama hilang, buat projek rupanya.
then duit banyak, bla, bla, bla, hilang balik.
dekat wall i ni pun ramai yang macam tu kan.
tahu macam-macam, boleh n pandai buat duit.
tapi masih lagi tak stable, naik turun naik turun.
then dia cerita jer,
first yang i buat, i gelak besar. kehkehkeh... ^_^
point gelak sebab dah lama i cerita dekat dia.
dekat 3-4 tahun yang lepas lagi.
find what you love + wujudkan blog.
time dulu i cerita dekat dia i tgh buat research esm.
jadi benda yang i cerita dekat facebook, n face to face.
benda yang sama, buat blog, kumpul database.
blog, database, blog, database, blog database.
2014-2015 i banyak cerita fasal database
sekitar akhir 2015 i dah tak cerita fasal database.
then sekarang i dah tak cerita banyak fasal database.
also apa-apa pun, dengan research-research yang lepas.
i bagi tahu sekali jer, kalau tak buat, in future, jatuh lagi.
i gelak jer... kehkehkehkeh.... ^_^
moral daripada cerita ini.
dunia maya or dunia reality.
you all tak buat blog + kumpul databese.
beberapa tahun akan datang masa sangat pantas
2017 - 2018 - 2019 - 2020 - 2021 - 2022 - 2023 - 2024 - 2025
9 tahun sebenarnya sekejap sahaja berlalu
pejam celik pejam celik tahu-tahun age dah touch 40
dulu masa i amik spm kawan i cakap 20 tahun tu sekejap jer
i tak percaya i tentang secara keras idea dia tu ^_^
today 25/8/2016 lagi beberapa tahun je dah nak sampai
20 tahun dari tarikh kawan i cerita itu masa zaman sekolah
ayat dia yang i paling tak boleh lupa pejam celik pejam celik
sedar sedar semua dah ada family sendiri anak dua
the point is masa takkan tunggu kita n tak akan tunggu kita
siapa yang leka dengan masa akan tertinggal jauh kebelakang
sejak i settle tulis esm i dah lama tak join apa-apa seminar
also dah jarang sangat beli buku baru sebab sibuk bercuti ^_^
then petang tadi i try catch balik persekitaran usahawan
kita tengok ebook2 baru yang keluar, seminar2 yang ada
then i speed reading knowledge-knowledge present
memang dah banyak sangat berubah sejak 1.5 tahun lepas
u just imagine baru 18 bulan perubahan sangat drastik
of course kita tak kisah sangat apa yang berlaku sekelling
sebab #notaseminar fasa 1 fasa 2 fasa 3 dah settle
then sekarang tengah fokus persiapan fasa 4
the final point is kalau kita tak nak fokus maju ke depan
kita sebenarnya telah tetinggal sangat jauh kebelakang
orang yang betul-betul fokus sejak 4-5 tahun lepas lagi
u just imagine dah 4-5 tahun dia fokus kaw-kaw
kembangkan, kembangkan, kembangkan apa yang ada
in future plak bila dah settle set up profile
kita dah xda masa nak pilih orang masih tak reti fokus
masih lagi tak jaga disiplin, xda motivasi dari dalam diri
kita just pilih orang-orang yang dah berjaya n kaya-raa
untuk network or jv apa yang patut supaya lebih maju
benda ni semua style korporate also dunia g-20%
abs pun buat benda yang sama dia jemput ramai usahawan
duduk bawah satu bumbung supaya lebih kukuh
for sure i ada planning set i company untuk join abs
sebab orang-orang dia bagus semua jenis nak majukan diri
yang projek personal, memang i buat personal
yang projek team, memang kami buat secara team
yang perojek notworkng, memang kami buat secara team
sebagai usahawan kita tak boleh duduk dalam dunia kita sahaja
kita kena belajar keluar, jumpa ramai orang terus meneroka
ruang-ruang yang ada untuk buat sebanyak-banyaknya duit
sekali u dah enter/masuk dalam dunia usahawan
u dah tak boleh stop / duduk dalam zon selesa sahaja
kembangkan aset, team & networking perlu berterusan
sampai bila? katakan kita boleh hidup 50 tahun lagi
maka kita perlu "bekerja" selama 50 tahun untuk majukan diri
#WithLove

.

G-80% fikir,

- "Kalau nak tolong orang, jual ebook dengan harga murah"...

G-20% fikir,

- "Give value, for sure harga memang mahal"...

Kenapa cara mereka berfikir berbeza?

Formula golongan mana yang berkesan?

.

Nak tanya sikit la ...

Setiap hari u masuk facebook ...

Berapa orang leader yang u follow dalam bidang u...

- Money making, leader money making la ..
- Makanan, leader makanan la ...
- Kosmetik, leader kosmetik la ...
- Tudung, leader tudung la ...
- Kalau forex, leader forex la ...

.
.

Atau apa sahaja niche/industri masing-masing ...

1 orang?

5 orang?

10 orang?

30 orang?

50 orang?

100 orang?

200 orang?

300 orang?

.
.

So, boleh nampak tak, kenapa susah sangat nak maju..

Yang i betul-betul follow 3 orang jer, sebab sharing fasal bisnes dia orang agak unik n menarik ... ^_^

Yang i tak follow, tapi ikut perkembangan sekitar 57 orang ...

Follow = Baca secara kerap / hari-hari ..

Ikut perkembangan = Wall Checking 2-3 bulan 1 kali ..

Siap ada list lagi, kita susun cantik-cantik ... ^_^

.
.

Itu belum i cerita u kena ada senarai 300 blog dalam pelbagai bidang yang berbeza ...

- religious
- business
- relationship
- konspirasi
- hartanah
- banking
- movies
- music
- science
- technology
- ekonomi
- politik
- it
- dll ....

I kumpul semua 'data' ni sejak tahun 2010 lagi ...

Boleh nampak tak, cara kita buat kerja lain kan. ^_^

Kalau u buat benda yang sama, kepala u juga akan jadi canggih.

Kadang-kadang orang tanya itu ini, kita tahu, tapi kita kata tak tahu. Kehkehkeh... ^_^

Ye la kan, orang tengah fokus untuk 1 topik, nak bagi settle dengan pantas, masuk topik lain, semak kepala oooo. ^_^

Yang faham xpa, yang tak faham, dia kata kita tak layan dia plak. ^_^

Kalau topik money magnet, gelombang, energy, just tanya topik yang berkaitan sahaja, benda-benda lain kurangkan.

Tun. Dr. M pun buat benda yang sama.

Dia marah n tegur satu wartawan.

Saya datang majlis ni, sebab majlis (topik) ni.

Kalau awak tak minat topik ni, saya batalkan sesi ini sahaja.

Ini antara skill komunikasi yang kita kena belajar.

Nak tanya juga, tanya dahulu tentang topik sekarang/present.

Lepas tu, baru masuk lain-lain topik.

Skill macam ni, wartawan pengalaman jer yang tahu.

Sekarang belajar broadcasting plak. ^_^

.

Benda-benda macam ni patut u kena ada buku nota.
Tulis cantik-cantik dalam tu, simpan elok-elok.

Idea-idea 'rare' macam ni tak selalu datang dalam hidup.
Next 3-5 tahun, orang-orang sekeliling tt semua dah jadi power.

Profit & Lost ^_^

Kalau u buat, 3-5 tahun lagi, life u jadi sangat maju.
Kalau u tak buat, u kena tinggal jauh dekat belakang.
 
Tt ucapkan Happy Merdeka for your Mind, Body & Soul.

Lepas tu baca dekat bawah ni.

Pancarkan berita-berita yang baik sahaja:

Sepanjang hidup ini kita mengalami pelbagai situasi, tiba-tiba ada kawan yang membawa berita baik, apakah perasaan yang kita rasa ketika itu? Orang itu kebiasaannya mendapat perhatian penuh daripada semua orang disekitarnya.

Khabar baik bukan hanya menarik perhatian, tetapi juga membuatkan orang lain merasa selesa, bersemangat, dan menyenangkan emosi orang lain. Selain itu khabar baik boleh membuka selera makan serta meningkatkan pencernaan dalam badan.

Hari ini disekitar kita terdapat begitu banyak khabar buruk yang dipancarkan disekeliling. Ingatlah, tidak ada orang rasa selesa, tidak ada orang yang prestasinya meningkat maju serta menghasilkan wang apabila selalu memancarkan berita-berita yang buruk.

Pancarkan berita-berita baik kepada keluarga anda. Ceritakan perkara yang baik berlaku kepada diri anda hari ini. Ingat perkara-perkara yang baik sahaja yang berlaku dalam hidup anda. Dan perkara buruk buang terus daripada memory anda, tiada gunanya memberitahu berita buruk kepada keluarga kerana ini akan membuatkan mereka gelisah & rasa tidak selesa. Jadilah sinar matahari kepada keluarga anda setiap hari dengan menceritakan perkara-perkara yang baik sahaja.

Ingatlah, anak-anak tidak pernah fikirkan tentang keburukan cuaca panas atau hujan sehingga ada orang yang mengajar tentang keburukan cuaca tersebut. Biasakanlah berkata yang baik dan positif terhadap cuaca walaubagaimanapun keadannya. Mengeluh dan bercerita tentang keburukan cuaca membuatkan diri, sekeliling dan keluarga anda merasa tidak selesa, bahkan menyebarkan lebih banyak pemikiran negatif kepada orang lain sahaja.

Jadilah orang yang sentiasa bersemangat dengan selalu memancarkan berita-berita baik kepada orang sekeliling. Biasakanlah dengan pemikiran dan perasaan, this is another awesome day, i feel great, bersemangat, fresh, sihat, segar, cuaca pagi ini sangat cantik, indah, dan menyenangkan. Tetapi jika anda berfikir yang buruk, teruk, terhadap suasana pagi hari selama 5-10-15 hari, ini akan membuatkan kehidupan anda menjadi lebih teruk dari yang sebelumnya. Hidup kita ditentukan dengan apa yang kita fikir 24/7/365/.

Ingatlah, diri, kawan, rakan perniagaan, pembaca facebook/blog/forum ingin melihat seorang yang bersemangat, positif, dan selalu berkata/menulis perkara-perkara yang baik sahaja. Kita sendiri merasa rimas, tidak selesa, jika dikelilingi dengan orang-orang yang selalu mengeluh, negatif, dan setengah hidup sahaja. Kesannya diri kita sendiri akan rasa tidak selesa. Pancarkan hanya berita baik kepada orang sekeliling, berilah semangat, ceritalah tentang peningkatan dan kemajuan dalam hidup ini.

Berilah semangat, ucapkanlah semangat pada setiap kesempatan yang anda. Katakan tentang kebaikan-kebaikan dunia perniagaan, jadilah orang yang suka membantu, memberi idea dikala ada yang mengalami kesulitan, berilah semangat kepada mereka. Pujilah hasil kerja mereka, berilah harapan, beritahulah bahawa mereka akan berjaya dan meningkat maju.
Setiap kali kita tinggalkan seseorang, fikirkan adakah dia merasa lebih bersemangat, segar, dan positif untuk meningkat maju selepas berbicara dengan kita. Terapkan sikap ini kepada pekerja, rakan, keluarga, dan kenalan-kenalan anda.

Seorang usahawan yang hebat selalu memberikan khabar gembira kepada saya (Dr. Schwartz), Saya berjumpa dengan kenalan anda, mereka sampaikan salam kepada anda, sejak saya disini ada banyak peristiwa baik berlaku, 350,000 bayi baru lahir bulan lalu, ini bererti lebih banyak peluang perniagaan kepada kita berdua.

Seorang president bank yang selalu kita rasakan kaku dan tidak pernah mesra pengguna selalu memulakan ucapan dengan, Selamat pagi, sungguh bagus dunia ini, apa yang boleh saya bantu anda, dengan wang misalnya? Mungkin kita fikir tidak patut dia menyatakan demikian, tetapi yang berkata itu ialah Mills Lane. Jr. President Citizens & Southern Bank yang terbesar di Amerika Tenggara.

Khabar baik mendatangkan emosi dan hasil yang positif, lalu membuatkan orang lain menjadi optimis dan bersemangat dalam hidup ini.

Satu kata-kata menyebut, Berikan mereka khabar yang baik, atau jangan beri khabar apapun.

(The Magic of Thinking Big – Dr. Schwartz)
 
G-20%

- Kekal menjadi kaya-raya
- Boros berbelanja.
- Hidup mewah.

G-80%

- Kekal hidup dalam kemiskinan.
- Jimat-cermat, ikat perut.
- Hidup melarat.

Problem yang sebenar ialah, bukan apa yang kamu lihat. Problem yang sebenar ialah kamu telah salah tafsir apa yang kamu lihat.
 
Last edited:
#MindaPositif

Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampiri kejayaan..
Jika kau fikirkan ragu-ragu, kau hampiri kegagalan..

Note: Baca dengan berlagu taw.. ^_^
 
Brain WAVE ~~

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

p/s: berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan. Fikiran menjadi emosi. Emosi menjadi tindakan. Tindakan menjadi tabiat. Tabiat menjadi penentu kejayaan atau kegagalan kita. Jadi, bangsa melayu perlukan revolusi minda. Mengejar kemajuan dan nama tidak mendatangkan kebaikkan bahkan kita menuju kehancuran. Kita perlukan suatu anjakan paradigma yang positif.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.
 
#MindaPositif

Leonardo Dicaprio pada tahun 2016 akhirnya berjaya memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Academy Awards setelah penantian selama 22 tahun. 22 tahun adalah suatu jangka masa yang cukup lama, pelbagai perkara boleh berlaku dalam hidup seseorang pahit atau manis.Ada usahawan yang baru bermula tidak sampai 3-5-7 tahun tetapi masih gagal, telah merasakan hidupnya telah pun berakhir. Adakah ini munasabah? Be realistik.
 
25 Signs You're Succeeding At Life (Even If It Doesn't Feel Like It)

You are actually living a good life by recognizing these 25 signs:

1. Your relationships are less dramatic than they use to be.

2. You may not have as much money as you want but you live a rich life.

3. You're not afraid to ask for help and support.

4. Where you live feels like home.

5. You’ve raised your standards.

6. You let go of things that don’t make you feel good.

7. You have moments where you appreciate who you see in the mirror.

8. You're working on limiting your inner critic and consciously choosing more positive thoughts.

9. You’ve learned that setbacks and failure are part of self-growth.

10. You have a support system that includes people who would do anything for you.

11. You hear “I love you” often, from friends, family or a partner.

12. You've accepted what you can’t change, but change what you can’t accept.

13. You don’t complain much, but instead focus on solutions.

14. You don’t blame your parents, and accept them for who they are.

15. You stopped caring about what others think of you.

16. You're happy for your exes when they move on.

17. You can celebrate others' successes.

18. You allow yourself to feel your feelings and are comfortable sharing them.

19. You have passions that you pursue.

20. You're able to accept compliments without deflecting.

21. You have things to look forward to.

22. You have goals that have come true.

23. You have empathy for others.

24. You feel connected to your work.

25. You love deeply and open yourself up to be loved by others.

Source
 
Back
Top
Log in Register