BTC USD 42,025.5 Gold USD 1,777.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ILMU SAINS yang TAK LOGIK dan paling MISTIK? | Quantum Mechanics

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,135
Reaction score
2,780
Points
201
contoh paling senang
- jika ada dua GASING....
- satu diletakkan di BUMI
- satu lagi dilettakan di MARIKH
- jika gasing di BUMI ini diputarkan secara CLOCKWISE
- secara automatik gasing di MARIKH akan berputar dengan sendirinya secara ANTI-CLOCKWISE

sumber mana TT?
mcm mana kita tau gasing kat mars tu berputar skali?
 
Sponsored Post

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
2,057
Reaction score
569
Points
81
dlm cita avengers end game tu,depa time travel guna ilmu quantum ka?
sumber mana TT?
mcm mana kita tau gasing kat mars tu berputar skali?
kalau x silap saintis ada buat experiment...tp bukan la experiment 1 kt bumi & 1 kt mars.experiment finding tu yg buktikan quantum entanglement tu.
 

ridzwan anuar

Freshie
Joined
Nov 27, 2020
Messages
3
Reaction score
1
Points
3
minat jugak quantum fizik ni..dulu ingat nak amek degree fizik lepas dip..tapi dah rezeki bidang lain..menarik topik quantum ni..dia buat kita fikir beyond the dimensions,buat kita fikir betapa hebatnya kekuasaan allah..subject matters macam multiverse cth alam bunian tu semua sepertinya berkemungkinan related dengan bidang ni
 
Last edited:

Izham87

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2016
Messages
605
Reaction score
232
Points
33
biasanya kalau sebut pasal MASA, orang selalu kaitkan dengan dimensi ke 4.... di mana dimensi ke 4 ni kita manusia takkan dapat imagine pun mcm mana rupa sebenar ALAM DIMENSI ke 4 tu....

betul ke boss nk kaitkan dengan dimensi ke 4?

tertarik nak membahaskan pasal masa ni. masa adalah dimensi ke 4. kita mula dengan dimensi 1, pada dimensi 1, kita boleh bergerak ke kiri dan kanan. pada dimensi 2, kita boleh bergerak ke atas dan bawah. pada dimensi 3, kita boleh bergerak ke depan dan ke belakang.

macam kita dapat lihat setiap pertambahan dimensi, kita diberi darjah kebebasan yg baru. pada dimensi 2 contohnya, kita sekarang boleh bergerak ke atas dan bawah yg mana pada dimensi 1, kita tak boleh. menariknya pada dimensi ke 4 berbanding dimensi yang rendah, kita hanya ada satu arah sahaja iaitu ke masa depan, kita tidak boleh pergi ke masa lampau. Setiap dimensi ada pasangannya:

Dimensi 1: Kanan pasangannya Kiri
Dimensi 2: Atas pasangannya Bawah
Dimensi 3: Depan pasangannya Belakang
Dimensi 4: Masa Depan pasangannya Masa Lampau

Kalau kita bahaskan pergerakan di setiap dimensi:-

Dimensi 1: Yang bergerak ke kanan pastinya dari kiri, yang bergerak ke kiri pastinya dari kanan
Dimensi 2: Yang bergerak ke atas pastinya dari bawah, yang bergerak dari bawah pastinya dari atas
Dimensi 3: Yang bergerak ke depan pastinya dari belakang, yang bergerak ke belakang pastinya dari depan
Dimensi 4: Yang berlaku di masa depan pastinya dari masa lampau, yang berlaku di masa lampau pastinya dari masa depan? hehehe
 

MuslimProgrammer

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,978
Reaction score
2,400
Points
151
aku sangat berharap org Melayu kita akan menguasai Quantum Fizik suatu hari nanti....
 

GeeKaDoY

Active Member
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,042
Reaction score
186
Points
43
insyaALLAH.... dunia kita ni sebenarnya infinity....

salah satu sebab aku suka ilmu Quantum ni, sebab nya aku dapat rasakan betapa BESAR nya ALLAH Maha Pencipta...

atas dunia ini tersangat banyak ilmu yang manusia belum TAHU lagi...

ILMU yang manusia tahu setakat ni, hanya lah ibarat "SETITIS AIR SAHAJA di TENGAH LAUTAN YANG LUAS"...

kalau lah MANUSIA berjaya rungkai misteri di sebalik fenomena-fenomena pelik yg ada dalam ilmu quantum ni, aku yakin akan timbul lagi misteri lain pulak...haha...

bila fikir-fikir, memang ALLAH MAHA BESAR..

Dah lama dah setitis, tak bertambah ka ilmu manusia ni? 2 titis ke 1.5 titis ke...


Hehe, gurau je...
 

Izham87

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2016
Messages
605
Reaction score
232
Points
33
tertarik nak membahaskan pasal masa ni. masa adalah dimensi ke 4. kita mula dengan dimensi 1, pada dimensi 1, kita boleh bergerak ke kiri dan kanan. pada dimensi 2, kita boleh bergerak ke atas dan bawah. pada dimensi 3, kita boleh bergerak ke depan dan ke belakang.

macam kita dapat lihat setiap pertambahan dimensi, kita diberi darjah kebebasan yg baru. pada dimensi 2 contohnya, kita sekarang boleh bergerak ke atas dan bawah yg mana pada dimensi 1, kita tak boleh. menariknya pada dimensi ke 4 berbanding dimensi yang rendah, kita hanya ada satu arah sahaja iaitu ke masa depan, kita tidak boleh pergi ke masa lampau. Setiap dimensi ada pasangannya:

Dimensi 1: Kanan pasangannya Kiri
Dimensi 2: Atas pasangannya Bawah
Dimensi 3: Depan pasangannya Belakang
Dimensi 4: Masa Depan pasangannya Masa Lampau

Kalau kita bahaskan pergerakan di setiap dimensi:-

Dimensi 1: Yang bergerak ke kanan pastinya dari kiri, yang bergerak ke kiri pastinya dari kanan
Dimensi 2: Yang bergerak ke atas pastinya dari bawah, yang bergerak dari bawah pastinya dari atas
Dimensi 3: Yang bergerak ke depan pastinya dari belakang, yang bergerak ke belakang pastinya dari depan
Dimensi 4: Yang berlaku di masa depan pastinya dari masa lampau, yang berlaku di masa lampau pastinya dari masa depan? hehehe


Nak sambung lagi bicara pasal dimensi ni. Kita bahaskan pula pengetahuan yg ada di setiap dimensi:-

Dimensi 1: Kita hanya tahu bergerak ke kanan dan kiri.
Dimensi 2: Kita dah tahu bergerak ke kanan dan kiri dan juga atas dan bawah.
Dimensi 3: Kita dah tahu bergerak ke kanan, kiri, atas, bawah, depan dan belakang.
Dimensi 4: Kita dah tahu bergerak ke kanan, kiri, atas, bawah, depan, belakang, masa depan dan masa lampau

Setakat yg kita tahu sekarang ni, kita masih belum menguasai dimensi 4. Pada pendapat saya, manusia secara perlahan2 menguasai dimensi sejak dari dilahirkan.

Bila manusia lepas sahaja dilahirkan, ia di fasa bayi. Fasa bayi yg tak bergerak dan hanya tahu menangis tu pada pendapat saya, ia masih belum menguasai Dimensi 1. Perlahan-lahan, otaknya berkembang dan ia pun berjaya menggerak anggota tubuh sehinggalah otaknya dapat menguasai Dimensi 3. Persoalannya, dapatkah otak kita terus berkembang dan menguasai Dimensi 4?

Daripada Al-Quran, kita dapat tahu adanya syurga dan pada pendapat saya syurga berada pada dimensi yg lebih tinggi dari Dimensi 4. Kalau kita baca tafsir surah Al-A'raf, ayat ke 12 & 13:

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.", Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

Maksud Al-A'raf itu sendiri adalah tempat yg tinggi atau yang mulia.

Daripada Surah Al-Baqarah ayat 36 pula:

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

Yang saya faham dari ayat2 Al- Quran, Bumi terletak di dimensi lebih rendah. Dan saya pun dapat tahu yang Allah menurunkan Iblis dari dimensi lebih tinggi (Syurga) ke dimensi lebih rendah (Bumi) adalah kerana sikap sombongnya.
 

Izham87

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2016
Messages
605
Reaction score
232
Points
33
Saya rasa tak lengkap kalau saya tidak terus kepada point seterusnya. Saya nak kita berfikir pula tentang limitasi seorang pemerhati yg berada di setiap dimensi:-

Dimensi 1: Kita boleh bergerak ke kanan dan kiri. Tetapi sebagai pemerhati di dimensi 1, kita tidak akan dapat pastikan apa yg kita lihat itu datang dari arah atas atau bawah selagi objek yg diperhatikan belum berada dalam ruang lingkup pemerhatian kita.
Dimensi 2: Kita boleh bergerak ke kanan dan kiri dan juga atas dan bawah. Tetapi sebagai pemerhati di dimensi 2, kita tidak akan dapat pastikan apa yg kita lihat itu datang dari arah depan atau belakang selagi objek yg diperhatikan belum berada dalam ruang lingkup pemerhatian kita.
Dimensi 3: Kita boleh bergerak ke kanan, kiri, atas, bawah, depan dan belakang. Tetapi sebagai pemerhati di dimensi 3, kita tidak akan dapat pastikan apa yg kita lihat itu datang dari masa depan atau masa lampau selagi objek yg diperhatikan belum berada dalam ruang lingkup pemerhatian kita dan memori kita (saya tambah memori kerana dengan memorilah kita dapat sedar kewujudan masa). Untuk dimensi 3 ni saya bagi satu contoh, bayangkan anda berada di dalam satu bilik yang mana dari dalam bilik tu, anda tidak boleh nampak apa2 yg berada di luar bilik. Bilik itu ada satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk. Tiba-tiba pintu itu diketuk dan anda membukanya dan anda melihat seseorang yang belum pernah anda jumpa seumur hidup anda. Boleh ke anda tentukan orang tu dari masa depan atau masa lampau?? pada pendapat saya, jawapannya tidak :)


Dimensi 4: Tak boleh nak cerita, sebab kita masih belum menguasainya :ROFLMAO:
 

stonz

Active+ Member
Paid Membership
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,838
Reaction score
212
Points
43
"As most physicist use them, there is no difference. "Quantum mechanics," "quantum physics" and "quantum theory" refer to the same thing. Quantum mechanics encompasses all branches of physics known as "quantum." As most physicist use them, there is no difference."
dia cakap omputih pulak dah.. dah la kuantum pening,lagi pening nak paham ayat omputih. guna bahasa je dah la..
 

Defxz

Fun Poster
Joined
Oct 2, 2010
Messages
369
Reaction score
34
Points
20
Saya rasa tak lengkap kalau saya tidak terus kepada point seterusnya. Saya nak kita berfikir pula tentang limitasi seorang pemerhati yg berada di setiap dimensi:-

Dimensi 1: Kita boleh bergerak ke kanan dan kiri. Tetapi sebagai pemerhati di dimensi 1, kita tidak akan dapat pastikan apa yg kita lihat itu datang dari arah atas atau bawah selagi objek yg diperhatikan belum berada dalam ruang lingkup pemerhatian kita.
Dimensi 2: Kita boleh bergerak ke kanan dan kiri dan juga atas dan bawah. Tetapi sebagai pemerhati di dimensi 2, kita tidak akan dapat pastikan apa yg kita lihat itu datang dari arah depan atau belakang selagi objek yg diperhatikan belum berada dalam ruang lingkup pemerhatian kita.
Dimensi 3: Kita boleh bergerak ke kanan, kiri, atas, bawah, depan dan belakang. Tetapi sebagai pemerhati di dimensi 3, kita tidak akan dapat pastikan apa yg kita lihat itu datang dari masa depan atau masa lampau selagi objek yg diperhatikan belum berada dalam ruang lingkup pemerhatian kita dan memori kita (saya tambah memori kerana dengan memorilah kita dapat sedar kewujudan masa). Untuk dimensi 3 ni saya bagi satu contoh, bayangkan anda berada di dalam satu bilik yang mana dari dalam bilik tu, anda tidak boleh nampak apa2 yg berada di luar bilik. Bilik itu ada satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk. Tiba-tiba pintu itu diketuk dan anda membukanya dan anda melihat seseorang yang belum pernah anda jumpa seumur hidup anda. Boleh ke anda tentukan orang tu dari masa depan atau masa lampau?? pada pendapat saya, jawapannya tidak :)


Dimensi 4: Tak boleh nak cerita, sebab kita masih belum menguasainya :ROFLMAO:
Good sharing bang, menarik topik2 mcm ni, mind blowing.. hehe teringat cerita Interstellar, manusia dari masa depan dan dari higher dimension:unsure:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register