BTC USD 84,018.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

masalah dengan unifi

teruk betul installer ni.. meaning dia x dtg umah bro pasang tapi dia submit yg dia da pasang.. ni mesti kes port da full :-?:-?

betul tuh...masa saya complain kat tm point katanye port dah full. tapi lepas tu tiada sebarang tindakan. sampai sekarang masih blum settle. surat peguam dah terima byk kali dan dah call tm utk penjelasan.
 
klu ade surat leh jer bro menang. baut ayat komplain by email ke TM pastu bro cc ke skmm jer.. kompom setel
 
masalah jgk ni...try wt report kt skmm dulu
 
klu ade surat leh jer bro menang. baut ayat komplain by email ke TM pastu bro cc ke skmm jer.. kompom setel

saya hanya call utk cancel application. tiada apa2 dokumen. tp saya tidak sign apa2 documen pemasangan. boleh x ini jd bukti saya xpernah pakai diorang punye service?
 
saya hanya call utk cancel application. tiada apa2 dokumen. tp saya tidak sign apa2 documen pemasangan. boleh x ini jd bukti saya xpernah pakai diorang punye service?

boleh.. system boleh detek .. ade beberape option bro leh buat..

1- Service Acceptance Form (SAF) bahasa melayu nye resit pemasangan la - setiap installer kene isi form pemasangan n tuan umah kene sign ( benda ni leh jadi bukti ) installer ade salinan/ tuan umah ade salinan / tm ade salinan bro mintak dia org SAF ni sebagai bukti pemasangan da dibuat kat umah bro.

2- ID connection - yg ni system TM leh detek . fungsinye tm leh cek adekah id streamyx bro ade connection diantara modem di umah bro gan system tm dan dalam kes ni bro kata Tiada pemasangan so tiada connection .. bro leh call dulu tm mintak pengesahan adekah id streamyx penah login dan kali terakhir login dan tm leh detek gak id streamyx bro login di mana adekah di rumah bro ( berpandukan no phone rumah ) atau rumah org lain

ikut penggalaman aku.. ni bukan salah tm 100% tapi prosidur pengaktifan account streamyx sangat mudah dan leh manipulate meaning installer x perlu dtg ke rumah hanye di mana2 dia berada da leh buat pengaktifan account bro and costemer da start kene bayar bulanan.. tapi memang cari pasal la installer tu

ok sekarng ni bro call tanye dia org pasal setp ke 2 tu id connection .. tengok ape jawapan dia org lepas tu baru buat ayat komplain pasal masalah bro tu.. dan tulis kat email [email protected] mintak dari TM salinan SAF ( resit pemasangan) tunggu TM kasi dulu pastu baru kita proceed step seterusnya pastikan segala email di CC ke SKMM([email protected])...CFCM ([email protected]) dan CFM ([email protected])

diagram-aduan.aspx
 
Last edited:
silap tt gak ptot pgla potong dr bulan 12 thn lepas mau x rm2ribu..sama je mcm pakai line kan..guna xguna bil tetap jalan gak..relocate ke tak bil masuk gak..mana2 telco sume makan duit cara ni
 
Kalau nak ikutkan cakap seorang ISP kat opis aku ni, sebenarnya "rakyat" Malaysia ni mudah DITIPU. Kenapa?

Sebabnya ialah cuba fikir, line untuk streamyx guna line yang sama untuk unifi.... untuk yang dial-up pon sama. Andaikan sahaja anda tinggal di kawasan perumahan yang sama. Melanggan berbeza-beza jenis internet... unifi, streamyx, dial-up dll.... kenapa speed interentnya berbeza-beza.

Kenapa berbeza? Sebab ada kawalan. Bagaimana dikawal? Itu tanya pakar internet. Senang nak paham, andaikan anda berada di atas lebuhraya persekutuan PJ ke KL. Tepat jam 5.30 petang hari Selasa. Nikmat jamnya bagaimana? Perit tak? Yang dial-up andaikan pemandu trailer, streamyx ialah pemandu Viva dan Unifi ialah pemandu Ambulance..... kesemua mereka ni akan menuju ke "bulatan Pahang". Cuba teka siapa sampai dulu ke bulatan Pahang? Siapa?

Sekarang bayangkan anda adalah pengguna Unifi. Dan bayangkan anda juga adalah pemandu Ambulance tadi. Jika anda hendak balik ke destinasi anda TANPA PESAKIT, bolehkah anda mendahuli viva atau trailer yang sudah berada di depan anda?

FIKIR.....

Siapa yang untung? Kenapa dibiar?
 
call terus pengurus dia.... orang bawah2 ni x ada kuasa...
 
correction bro... unifi n streamyx tak sama ... cable berbeza system pon berbeza..
 
correction bro... unifi n streamyx tak sama ... cable berbeza system pon berbeza..

Macam mana pulak tak samanya, kalau awak tinggal kat Taman A yang ada perkhidmatan Unifi... dalam masa yang sama anda boleh memilih untuk melanggan Streamyx juga tak perlu Unifi jika anda rasa memadai guna Streamyx.....
 
Back
Top
Log in Register