BTC USD 39,085.1 Gold USD 1,798.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna mengeluh topeng muka, hand sanitizer dijual dengan harga tak masuk akal!

Sponsored Post

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,496
Reaction score
741
Points
121
lepas masuk stok facemask , dah turun betul harga facemask kat kedai2/orang jual.. dulu RM90,RM80..

masuk jer stok dari china, turun ke RM60,RM50...

shopee/lazada boleh dapat RM39.90 kalau nasib baik duk sale...

hand sanitizer pun cari kat diy..beli online pun ok..aku beli online 100ml RM8 jer..siap semak ada kelulusan bahagian farmasi KKM..
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,814
Reaction score
1,673
Points
596
bab topeng muka

kalau tak ada simptom tak yah pakai

bab handsanitizer

leh ganti ngan sabun basuh tangan

rasa lagi bersih
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
8,109
Reaction score
246
Points
83
aku sedia kan sanitizer 50ml je beli dr awal pkp sampai la ni tak abis lg, sanitizer ni aku bwk kalau keluar beli brg atau isi minyak sbb nak pakai sabun payah nak crk air lg. tp klu keluar terus balik mmg dekat luar da sediakan sabun mandi seketul sebelum masuk rumah basuh tangan dulu. klu kat opis pakai opis punye la. Mask pun aku tak pernah beli lg sbb dekat rumah ada 10 keping beli 2 tahun lepas sbb nak kemas rumah hehe n opis aku pun mmg peruntukkan sekeping sehari
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
28,844
Reaction score
2,103
Points
206
Pelitup-Muka-960x640.jpg.webp

Orang awam memakai pelitup muka ketika menunggu bas di perhentian bas Kampung Melayu, Ampang semasa tinjauan SelangorKini pada 5 Mei 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jual pelitup muka mahal, pemilik premis runcit dikompaun RM10,000
Mei 26, 2020 11:07 pm

CHUKAI, 26 MEI: Seorang pemilik premis runcit dikenakan kompaun sebanyak RM10,000, selepas dikesan menjual pelitup muka melebihi harga siling yang ditetapkan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, hasil pemeriksaan, anggota penguatkuasa KPDNHEP Kemaman mendapati pemilik premis tersebut, seorang wanita berusia 45 tahun telah menjual 70 unit pelitup muka tiga lapis dengan harga RM2.40 seunit.

“Kesemua barangan bernilai RM168 itu dirampas dan siasatan sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi dibuat mengikut peruntukan di bawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, denda maksimum boleh dikenakan terhadap individu tersebut sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saharuddin berkata, harga jualan runcit bagi pelitup muka yang dikawal ialah RM0.15 seunit bagi jenis satu lapis, RM0.20 seunit bagi jenis dua lapis, RM1.50 seunit bagi jenis tiga lapis dan RM6 seunit bagi jenis N95.

Dalam pada itu, Saharuddin berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KPDNHEP Negeri Terengganu telah menjalankan 5,798 pemeriksaan dan melibatkan 87 kes dengan nilai kompaun sebanyak RM33,000.

Selain itu, sebanyak 205 aduan yang diterima daripada orang awam, telah diambil tindakan oleh pihaknya.

– BERNAMA
 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,451
Reaction score
251
Points
46
betul abam daus cuma digalakkan kita bersama geng pakai topeng utk kemashalatan bersama.

Bukan pakai topeng nak ajak sama2 menyamun kan.

Abam daus suka sabun jek heh..pakai hand sanitiger ada yg gel abam daus..gel nie pon bersih gak..licin lagi likat abam dauss:LOL:

bab topeng muka

kalau tak ada simptom tak yah pakai

bab handsanitizer

leh ganti ngan sabun basuh tangan

rasa lagi bersih
 

redcloud

Active+ Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,516
Reaction score
222
Points
43
since PKP untuk opis red..pembelian hand sanitizer & mask boleh claim bawah peruntukan outpatient tahunan.. Alhamdullillah
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Padah jual pelitup muka mahal, dikompaun RM2,000

Padah jual pelitup muka mahal, dikompaun RM2,000

IPOH: Sebuah premis perniagaan di Silibin sini dikenakan kompaun RM2,000 gara-gara menjual pelitup muka jenis N95 pada harga RM14 seunit, harga yang lebih sekali ganda mahal berbanding harga kawalan yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, V. Ravichandran berkata sepasukan empat pegawai bergegas untuk memeriksa premis berkenaan pada kira-kira pukul 12 tengah hari semalam sejurus selepas pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu.

"Hasil siasatan, kami mendapati premis ini menjual pelitup muka N95 pada harga RM14 berbanding harga kawalan RM6," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, premis berkenaan telah dikenakan kompaun RM2,000 kerana peniaga gagal mematuhi syarat dan melanggar Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 atas kesalahan menjual barangan harga terkawal tanpa mengikut harga yang ditentukan.

Katanya sebagai rekod, sepanjang tahun ini, KPDNHEP Perak telah menerima 703 aduan dan memeriksa 31,344 premis perniagaan berhubung pelbagai kesalahan mengenai urus niaga, yang membawa kepada tindakan terhadap 429 kes, melibatkan jumlah kompaun RM108,150 serta denda RM45,000.

Sumber : astro awani
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
572 kertas siasatan penipuan jual pelitup muka, RM55.5 juta nilai kerugian - Ismail Sabri

572 kertas siasatan penipuan jual pelitup muka, RM55.5 juta nilai kerugian - Ismail Sabri


PUTRAJAYA: Sebanyak 572 kertas siasatan penipuan penjualan pelitup muka yang melibatkan kerugian kira-kira RM55.5 juta dibuka polis sehingga Rabu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, kebanyakan kes penipuan membabitkan urus niaga secara dalam talian termasuk melalui melalui platform Facebook dan WhatsApp.

Beliau memberitahu, Selangor merekodkan kes terbanyak dengan 122 kes, diiikuti Johor (68) dan Pulau Pinang (68).

"Daripada jumlah itu polis menahan 181 individu dan 53 individu telah dituduh di mahkamah sejak 18 Mac lalu," katanya pada sidang akhbar harian di Putrajaya di sini, pada Khamis.

Ekoran itu, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membuat pembelian secara dalam talian.

"Elakkan berurusan dengan laman web yang mencurigakan dan semak ulasan serta komen daripada pembelian terdahulu. Jangan terpedaya dengan tawaran mudah.

"Face mask (pelitup muka) kini boleh didapati dengan mudah termasuk kedai-kedai dan farmasi. Jadi elakkan daripada tertipu sebegini," ujarnya.


Sumber : astro awani
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register