Kalau nak ikutkan cakap seorang ISP kat opis aku ni, sebenarnya "rakyat" Malaysia ni mudah DITIPU. Kenapa?
Sebabnya ialah cuba fikir, line untuk streamyx guna line yang sama untuk unifi.... untuk yang dial-up pon sama. Andaikan sahaja anda tinggal di kawasan perumahan yang sama. Melanggan berbeza-beza jenis internet... unifi, streamyx, dial-up dll.... kenapa speed interentnya berbeza-beza.
Kenapa berbeza? Sebab ada kawalan. Bagaimana dikawal? Itu tanya pakar internet. Senang nak paham, andaikan anda berada di atas lebuhraya persekutuan PJ ke KL. Tepat jam 5.30 petang hari Selasa. Nikmat jamnya bagaimana? Perit tak? Yang dial-up andaikan pemandu trailer, streamyx ialah pemandu Viva dan Unifi ialah pemandu Ambulance..... kesemua mereka ni akan menuju ke "bulatan Pahang". Cuba teka siapa sampai dulu ke bulatan Pahang? Siapa?
Sekarang bayangkan anda adalah pengguna Unifi. Dan bayangkan anda juga adalah pemandu Ambulance tadi. Jika anda hendak balik ke destinasi anda TANPA PESAKIT, bolehkah anda mendahuli viva atau trailer yang sudah berada di depan anda?
FIKIR.....
Siapa yang untung? Kenapa dibiar?