Pengguna mengeluh topeng muka, hand sanitizer dijual dengan harga tak masuk akal!

CG Sponsors




Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,297
Reaction score
316
Points
41
COVID-19: Pengguna mengeluh topeng muka, hand sanitizer dijual dengan harga tak masuk akal!

Ada pihak yang mengambil kesempatan menjual barangan tersebut dengan harga yang tinggi

PENULARAN wabak COVID-19 mencetus kebimbangan di kalangan masyarakat sekali gus menyebabkan langkah berjaga-jaga diambil.

Antara inisiatif yang diambil ialah dengan mendapatkan kit pencegahan virus seperti topeng muka (penutup mulut dan hidung), cecair pembasmi kuman beralkohol, pengesan suhu badan, penyembur udara dan tisu basah anti bakteria.

Bagaimanapun agak menyedihkan apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menjual barangan tersebut dengan harga yang tinggi dan tidak masuk akal.

Tinjauan Gempak mendapati, pengguna mula mengeluh apabila harga topeng muka kini mencecah RM20.

Malah alat pengesan suhu badan juga dijual dengan harga sehingga RM339 dan tisu basah anti bakteria naik melambung di antara RM45 sehingga RM65!



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini mengeluarkan amaran supaya peniaga tidak menaikan harga topeng muka kerana termasuk dalam kategori harga terkawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Semalam, sebuah farmasi di Selayang dikompaun RM20,000 kerana menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga kawalan.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang susulan aduan orang awam berhubung penjualan penutup hidung dan mulut melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Peniaga tersebut telah menjual penutup hidung dan mulut jenis 2-ply dengan harga sekeping RM1 sedangkan harga kawalan yang telah ditetapkan ialah 20 sen sekeping.

Ini senarai harga topeng muka yang perlu peniaga patuhi dan masyarakat tahu.



Sumber : astro awani
 
Sponsored Post

akuein

Active Member
Joined
Jun 16, 2006
Messages
1,496
Reaction score
1
Points
25
kat fb pun jual mahal gila..farmasi lagi la xdak stok.diorng pun beli mahal..jual mahal la balik...adeh
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,316
Reaction score
3,057
Points
236
boleh lapor pada pihak berkuasa untuk tindakan, makin berluasa dalam talian ni .. ingat x boleh dikesan kot ..

saya masih simpan thermometer jenis merkuri lama .. doktor bagi kenangan masa i setelkan masalah CCTV klinik dia ..

masih berguna sekeluarga .. 🥰
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
33,248
Reaction score
1,673
Points
206
sanitizer takde.
pakai hand wash biasa ok ke?
 

Kaizen5555

Legendary Member
Joined
Feb 5, 2014
Messages
13,144
Reaction score
161
Points
123
Aritu beli kt mmber farmasi batu pahat..dapat la 3 kotak facemask..1kotak rm15..boleh lah
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,236
Reaction score
1,464
Points
201
sanitizer takde.
pakai hand wash biasa ok ke?
boleh je bang pakai sabun biasa....janji bagush tangan..sanitizer yg dalam botol kecil2 tu untuk kita senang bila bergerak ke sana ke mari...kalau kerja tempat ada sink ke apa..senang je basuh tangan...
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,236
Reaction score
1,464
Points
201
Aritu beli kt mmber farmasi batu pahat..dapat la 3 kotak facemask..1kotak rm15..boleh lah
kat jb ni takde mask..mujur aku dapat beli 2 kota ksebelum kes memuncak hari tu...nak tahan lama...lepas guna..janji tak basah...aku spray dettol kering tu..
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,521
Reaction score
1,772
Points
191
basuh tangan dgn sabun..
face mask murah tu
air partical tetap leh masuk..
so tahap kebersanan tu kurang..

klo kita sakit.. baru dicadang pakai face mask murah..
supaya kita x sebar virus..
tu pun jika perlu kluar..

yg btul2 cover cuma N95 dgn N100.. (99.97%)
tp jenis tu susah skit nk nafas..

satu set dlm rm6
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,169
Reaction score
1,147
Points
221
aku dapat n95..beli sekotak dalam 20 keping dalam 60 lebih rasanya.... ni aku beli masa tak merebak lagi...masa org duduk rilek2 sebab kat malaysia ada satu dua kes lagi.
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,521
Reaction score
1,772
Points
191
aku tgk ada orang pakai face mask..
tp bkk time makan kt public.. 🤣🤣🤣
ada yg pakai separuh x tutup hidung..

adoi.. baik xyah pakai..
menyusahkan orang..dah la stok terhad..
yg nak pakai time sakit xda..
baik sedekah je face mask tu kt orang memerlukan..

patutnya..
jgn makan kt public..
jgn beli makanan open to air..

ada rakyat malaysia kisah ?
yg penting aku pkai face mask..
konon² langkah pencegahan..🤭

serius buang masa..

___

sebetulnya.. klo nk makan kt luar..
xyah pkai face mask..

masuk kedai.. baca bismillah.. basuh tangan dan makan..

selesai makan..
basuh tangan dgn sabun..

setel..

____

langkah pencegahan yg sebetulnya.. stop gi mana² tmpt jika bkn keperluan.. masak makanan kt rumah.. bawa bekal.. pkai face mask bila kita sakit.. supaya kita x memudahkan penyebaran virus ke orang lain..

basuh tangan dgn sabun
 
Sponsored Post
Top
Log in Register