BTC USD 83,180.0 Gold USD 4,179.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sains kekayaan

Maafkan saya tuan.... tuan sebenarnya nak buat kajian ker... sedang buat ker... pernah buat ker.... maaf... sy just bertanya...

boleh ker kita buat masters or pHD bidang sains kekayaan ni?

Fuh! ada juga orang yang tanya soalan macam ni ...

Jarang ada orang yang fikir macam u ...

.
.
.

Kita mulakan dengan sejarah. :D

Pada zaman dahulu, orang-orang yang pegang knowledge macam
ini lebih dikenali sebagai pakar motivasi.

Dekat Malaysia dan seluruh dunia ada banyak pakar motivasi.

Untuk boleh dikenali sebagai "pakar motivasi" yang pegang
title "Dr." ada subjek2 akademik yang perlu khatam.

Contoh macam

- social science
- psychology
- dll yang berkenaan ...

Hanya dengan kelulusan akademik yang tertentu baru u boleh
dibenarkan bercerita tentang pembangunan diri kepada public.

Jika tidak, u tak boleh sewenang-wenangnya bercerita tentang
pembangunan diri ... Ini merupakan suatu kesalahan ...

Ada kes, satu doktor (actually) banyak, mereka pakar dalam
bidang yang lain contoh pertanian, mass communication, perubatan ...

Daripada situ dia buat tesis phd ...

The dia ambil kos like kaunseling, bla, bla, bla ...

Kemudian balik Malaysia dia banyak cerita tentang motivasi ...

Bila sudah ada title "dr." tak banyak orang boleh bunyi la ...

Memang best, mereka boleh bercakap dengan banyak.

Nama lain yang kurang famous ialah counselor.

.
.
.

Knowledge yang "bersifat motivasi" telah wujud beribu-ribu tahun lamanya ...

Kemudian mereka susun jadi satu pengajian khas seperti ..

- social science
- psychology
- counseling
- psychiatry
- dll ..

Knowled macam ni semua banyak ada dekat universiti tempatan dan luar ...

U boleh ambil kos2 yang u minat, buat master, phd, dll ..

The u dapat title dr. sekaligus boleh bercerita tentang pembangunan kendiri ...

.
.
.

Kemudian masa berlalu, manusia mula sedar ...

Kalau kita tolak orang, tapi orang kabur, result tidak akan ke mana-mana ...

Lebih kurang 100 tahun dahulu, saintis kaji masalah ini ...

- Apa punca yang "motivasi" sebenarnya tak boleh jalan sangat ...

.
.
.

Selepas kajian panjang lebar ...

Muncul satu knowledge yang Athony Robbins gelarkan sebagai,

- The New Science of Personal Achievement

.
.
.

Dalam bahasa, nama ilmu ini ialah

- Sains Baru Untuk Pencapaian Peribadi

.
.
.

Walaupun namanya baru, tapi tak lah baru sangat ...

As i say, this knowledge sudah wujud lebih daripada 100 tahun yang lepas lagi ...

.
.
.

Antara rujukan yang popular

- The Science of Getting Rich
- Wallace D. Wattles
- Sekitar 1910

.
.
.

Dua bidang ini...

- The New Science of Personal Achievement
- The Science of Getting Rich

... sebenarnya adalah kajian khusus perihal BODY + MIND + Spirit.

.
.
.

Pada awal kewujudan knowledge ni, macam biasa pakar-pakar psikologi, kaunseling,

psychiatry, tentang habis-habisan sebab tiada fakta, kajian, bla, bla, bla ...

Macam biasa, benda baru manusia susah nak terima ...

.
.
.

Kemudian berpuluh-puluh tahun selepas itu, banyak pakar-pakar yang ada
title doktor / professor mula terbitkan kajian dan buku fasal benda ni ..

Antara yang terkenal ...

- Dr. Schwartz
- Dr. Joseph Murphy
- Dr. Norman Vincent Peale
- Ben Sweetland
- Anthony Robbins
- Edward De Bono
- dll ..

.
.
.

BODY + MIND + Spirit / kajian sains kekayaan

As i know tiada satu bidang khusus yang mengkaji fasal benda ni.

Yang dengan bidang itu, u boleh buat tesis ...

Yang ada just part-part atau pecahan daripada bidang ni .

.
.
.

Daripada part-part knowledge ni yang dipanggil ...

- Environmental psychology
- Subconsciousness
- Body language
- Positive thinking
- Consciousness
- Attraction
- Subliminal
- Imagination
- Affirmation
- Mentalist
- Science
- Habbit
- Mind
- Meditasi
- Mind reading
- Telekinesis
- Whatever ..


Dekat asia pula terkenal dengan

- Reiki
- Cakra
- Feng Sui

Dalam Masyarakat melayu kowledge macam ini dipanggil

- Petua
- Patang
- Firasat
- Kedukunan
- Ilmu alam
- Mujarabat
- Whatever ..

.
.
.

As i say daripada awal .. benda ni semua just research ...

Research kita baru pada tahap pengenalan / mukadimah / prakata / whatever ...

Dan i xkan sambung lagi untuk cerita keseluruhan ...

Ada beberapa kawan tt yang boleh nampak knowledge ni and words mereka ...

- "Kajian ni boleh dikembangkan lagi right?" ....

Then as usual tt akan reply, NOP ... dia habis dekat part cakura ...

Tak mungkin nak habiskan semua, sebab maybe u boleh jadi "over obses" ...

.
.
.

Masuk balik cerita ...

Apa kajian akademik tt yang sebenarnya?

.
.
.

Salah seorang cikgu tt nama dia Dr. Jijan ...

- Dia usahawan yang berjaya
- Facebook dia antara yang terbilang

- Dia register dekat open university kalau tak silap ..
- Then dia buat tesis berkaitan Facebook + Behavior

Seorang lagi cikgu tt En. Asri

- Dia ni kawan Dr. Jijan
- Pakar saham, also kaya-raya

- Dia register dekat open university kalau tak silap ..
- Then dia buat tesis berkaitan Stock Market + Behavior

.
.
.

Lebih kuraang macam itulah cerita dia ...

Bila orang sudah jadi multi millon, then dia buat tesis berkaitan bidang dia
public tak boleh banyak bunyi sangat ...

Memang tebukti dia berjaya dalam bidang tu ...

.
.
.

Tt punya tesis pula berkitan dengan

- Posting Language + Behaviour / pattern

Dalam kata yang lain apa yang u dapat lihat ..

- bila u post macam ni, tt tulis macam ni ...
- bila u post macam ni, tt tulis macam ni ...
- bila u post macam ni, tt tulis macam ni ...

.
.
.

Then ada kawan-kawan kata tt ada ilmu scan manusia / scan jarak jauh ...

Tt sudah banyak kali menafikan yang tt ada knowledge2 macam itu ...

Macam mana tt boleh nampak, itu semua ada kaitan dengan pattern ...

.
.
.

Macam mana tt boleh nampak apa yang berlaku dalam life orang walaupun
tak kenal, x pernah jumpa, bla, bla ...

Benda-benda itu semua adalah pattern ..

Bila u faham basic pattern, u sendiri boleh faham posting language ni ..

Ada tiga peringkat manusia

- Advance
- Intermediate
- Basic

.
.
.

Tak kira apa bisnes orang tu forex, digital, fizikal, service, ebay, saham, whatever ..

Mula2 kita kelaskan ...

- Advance
- Intermediate
- Basic

Lepas tu .. kita lihat cara dia buat posting / posting language

- tak kan lah orang tahap basic boleh cerita panjang lebar ye tak?
- tak kan lah orang tahap basic akan tulis macam tu ye tak ...

Kalau u perhatikan ...

- orang basic, more to tanya soalan ...
- orang inter, more to sharing ...
- orang advance, jarang buat sharing, just sekali sekala ...

.
.
.

Dalam part

- religious > spiritual
- financial > assets

Juga benda yang sama ...

.
.
.

Satu orang yang betul-betul kaya, dia xkan sewenang-wenangnya
cerita / sharing secara panjang lebar ....

Sebab kepala mereka berat ...

Ada aset n wang yang banyak memang best, tapi u tahu mereka punya
pening kepala / sibuk life mereka tu macam mana?

.
.
.

Kalau u lihat orang yang banyak sound orang, sembang tinggi2, tu semua
part inter juga ... sebab kepala tak berat sangat ...

.
.
.

Then cuba u fikir adakah newbie boleh bercerita macam-macam?

Tak kira apa part sekali pun...

- religious > spiritual
- financial > assets

.
.
.

Antara tanda-tanda seseorang itu betul-betul power ...

- rendah diri
- ayat dia halus
- jarang buat sharing
- sering kata banyak benda yang "saya tak tahu"
- ayat lebih kemas dan tersusun rapi (terlalu jarang typo)
- ada disiplin dalam buat sharing, u baca pun cantik n sejuk je jiwa ...

.
.
.

Macam mana tt boleh seakan-akan tahu about u punya life ...

Benda ini juga ada pattern / similarity tertentu ...

- Banyak orang sekolah > menegah > belajar > kerja ...
- Kecil > remaja > dewasa > kahwin > tua ...

Kita punya life ni secara general lebih kurang sama sahaja ...

- Bangun pagi > gosok gigi > pergi sekolah > kerja / bisnes ...

.
.
.

Macam mana tt boleh detect?

Dulu .. dulu .. dulu ..

Masa orang hatar email, tt akan tanya beberapa soalan ...

Then sudah bertahun-tahun, jawapan manusia ni lebih kurang sama sahaja ...

- Maybe sangkut dekat religious
- Maybe sangkut dekat financial
- Maybe sangkut dekat relationship / perhubungan

.
.
.

so, itulah tt punya tesis ...

Kalau u nak buat tesis ...

1. Pastikan u betul-betul berjaya dalam sesuatu bidang
2. Register dekat open university
3. Ambil kos kepala ... fasa demi fasa ...
4. Sampai satu masa, u kena buat paperwork / report / tesis

.
.
.

The New Science of Personal Achievement

- Ni memang xda lagi untuk bidang induk untuk buat tesis ...

Yang ada kajian dr / prof / saintis then dia buat buku / paper ...

Salah seorang yang terkenal ialah Anthony Robbins ...

Dia yang banyak gunakan kaedah sains kekayaan ni ...

Buku dia Kuasa Infiniti memang best ...

Untuk org yang suka membaca / mengkaji part2 macam ni ...

.
.
.

Rujukan lain untuk benda2 ni tt ambil daripada ...

- ilmu mejadi kaya
- magic of thinking big
- membina imaginasi cemerlang
- dale carnegie > influence
- tharve eker
- imkk
- reiki

.
.
.

Satu perkara lagi dua benda ini adalah berbeza ...

- The New Science of Personal Achievement
- Sains kekayaan by supersonic

The New Science of Personal Achievement

- Cerita tentang pembangunan diri, potensi, kaitan dengan alam, makanan dll ..

Sains kekayaan by supersonic

Ini bukan tt punya tesis ...

Sains kekayaan adalah kajian untuk projek ebook & buku fizikal :d

Tt layan benda2 ni semua sudah lama juga, then berkecimpung dengan usahawan ..

- yang basic
- yang inter
- yang advance

Then mereka ni semua ada pattern / daily schedule dari segi body, mind, spirit
yang amat menarik untuk dikongsikan ...

Kenapa tt buat ebook / tulis buku? Sebab tt rasa macam rugi kalau
manusia hidup tapi tak apply kaedah-kaedah saintifik untuk menjadi kaya ...

Then, macam biasa orang bg feeback ... Feel terbesar dekat situ, sangat happy ...

Itulah antara sebabnya tt buat kajian ni ...

Selain daripada itu, tt sudah buat beberapa kajian seperti smr, esm, etm, mm, dll ...

Setiap kali habis research, mesti ada "knowledge baru" yang "masuk" dalam kepala tt ...

.
.
.

Kalau u nak buat tesis benda ni (sains kekayaan) memang bagus sangat ...

Antara perkongsian idea ialah u perlu faham sifat sesuatu benda ...

4 element yang utama

- magnet (tarikan atau tolakan)
- wave (gelombang - besar atau kecil)
- vibration (getaran gelombang - kuat atau perlahan)
- energy (tinggi atau rendah)
.
.

Contoh macam bisnes forex

Macam mana nak guna element magnet untuk berjaya?

Pati / prinsip / konsep terhadap sifat magnet itu yang perlu dikeluarkan ...

Then kaitkan dengan manusia dan behaviour ...

Orang yang berjaya ni macam mana?

- dia mencari orang-orang yang berjaya, atau
- dia tertarik orang-orang yang berjaya dalam forex

Atau dalam kebanyakan kes,

- Orang yang gagal berkawan dengan orang yang salah selama ini...

.
.
.

6 bulan yang lepas tt masuk dalam satu bisnes baru ...

Tt berkawan dengan orang yang berjaya dalam bidang tu ...

Then kite orang sama-sama buat kerja dalam bisnes tu ...

Dia cakap A tt buat A ... tt tak buat B walaupun tt tahu ada cara lain yang senang ...

Dalam 6 bulan tu, tt ikut jer cakap dia sejibik-sejibik ...

Start daripada kosong, sampai boleh deliver barang tu dekat pelanggan ...

.
.

Lepas dah settle, dah dapat result ...

Pusingan kedua baru tt bunyi ...

- bro .. cara macam ni lebih simple ..
- bro .. cara macam ni lebih cepat ..
- bro .. cara macam ni lebih mudah ..

.
.
.

Kalau forex macam mana?

U yang masih gagal atau yang masih turun naik turun naik ...

Kenapa u tersangkut ... antara faktor terbesar u ialah idea dalam minda ...

Daripada "idea" > lahir persepsi > lahir action > lahir result ...

.
.
.

Selagi tiada idea baru ... life u xkan berubah sama sekali ...

Bila u inject ide baru ... persepsi u akan berubah ...

Bila persepsi berubah > baru tindakan u akan berubah ...

Bila tindakan berubah > baru u boleh buat duit kaw-kaw ...

.
.
.

Idea itu yang penting ... Punca tersangkut / rugi bertahun-tahun ...

Mistake u ialah ... u terlepas pandang yang mana u berpegang kepada idea lama ...

Untuk u berjaya ... u perlukan idea yang baru ...

.
.
.

Idea dalam bahasa yang mudah ialah ...

Secara spesifik apa orang yang buat duit itu fikir ...

Bila u fikir benda yang sama dengan dia ... u akan buat benda yang sama ...

Then u aka dapat result yang sama ...

.
.
.

Dalam bahasa pasar / situasi semasa benda ini kita panggil ..

- men-ge-teh
- lepak mamak

Bila u berkawan dengan orang yang berjaya, minum2, sembang2, borak2 ...

Sure orang tu akan "cerita" apa yang dia buat ...

U pula jangan bandingkan knowledge ...

Macam yang tt buat tu ... 6 bulan tt layan je cakap dia ...

- Dia suruh buat A ... tt buat A ..
- Dia suruh buat B ... tt buat B ..
- Dia suruh buat C ... tt buat C ..

.
.
.

Kenapa tt buat macam tu?
Sebabnya 6 bulan tt kaji ... idea / apa yang dia fikir ...

Otai / orang lama cara dia berfikir lain, perspektif mereka juga lebih meluas ...
Bila u follow secara spesifik sure u akan buat duit juga ...

.
.
.

U boleh nampak "idea" itu sangat penting ???

.
.
.

Jadinya u punya research / tesis salah satu macam ini ...

- Subjek + Behaviour

.
.
.

Contoh

- Facebook + Behaviour
- Stock Market + Behaviour
- Posting Language + Behaviour

Banyak lagi bidang yang lain

- G+ + Behaviour
- Muzik + Behaviour
- Tudung + Behaviour
- Kosmetik + Behaviour
- Instagram + Behaviour
- Hot beverages + Behaviour
- Bidang ice blended + Behaviour

.
.
.

Hot beverages + Behaviour

- Apa kaitan dengan ekonomi
- Apa kaitan dengan politik
- Apa kaitan dengan culture
- Apa kaitan dengan branding
- Apa kaitan dengan bisnes
- Apa kaitan dengan sifat magnet
- Apa kaitan dengan sifat energy
- Apa kaitan dengan sifat vibrate
- Apa kaitan dengan sifat wave
- Apa kaitan dengan sifat frekuensi
- Apa kaitan dengan kesihatan
- Apa kaitan dengan gender
- Apa kaitan dengan age
- Apa kaitan dengan dll ...

.
.
.

U analisis benda-benda ni semua, then u keluarkan 1 new knowledge ...
Something yang xda orang pernah terfikir fasal benda tu ...

Then macam biasa prof. penilai akan kata u gile ... :p
Benda baru, orang tak faham, tak boleh tangkap, then dia judge kata u gile ...

Macam cerita "posting language" ...

Benda yang susah macam mana pun,
bila u tahu macam mana nak explain,
semua orang boleh faham ...

Tak kira apa topik sekalipun ...

.
.
.

Jadinya, tt nak ucapkan selamat datang ke alam research ...

Walaupun jauh lagi u nak register dekat open university tu
u sudah boleh mula kumpul material, buat uji-kaji bla, bla, bla ...

Sama macam apa yang tt buat sekarang ...

- Untuk soalan tentang research tt ...
- Jawapan tt > Sedang buat ...

.
.
.

Research spiritual marketing ... tt explain macam ini, ini, ini ...
Research money magnet ... tt explain macam ini, ini, ini ...
Research programming ... tt explain macam ini, ini, ini ...
Research rezeki ... tt explain macam ini, ini, ini ...

.
.
.

Knowledge posting language tt gunakan pada topik-topik yang berbeza ...
Jadi atau tidak ... baca testimoni2 yang tt tampal tu ...

Sebelum kita deliver knowledge / ebook > kita sudah ada expectation ...

ebook 1 - expectation, macam ni, macam ni, macam ni .. (smr)
ebook 2 - expectation, macam ni, macam ni, macam ni .. (70l)
ebook 3 - expectation, macam ni, macam ni, macam ni .. (esm)

1 knowledge (posting language) di-apply pada subjek yang berbeza ...

Boleh dikatakan expectation itu menjadi ..

Then ...

Kalau 1 / 2 ebook menjadi ... kita masih lagi 50/50 ...

Tapi bila masuk 3 ebook ... expectation itu menjadi ...

Bermakna kita sudah boleh faham pattern Subjek + Behaviour

Sama macam facebook / stock market ... Itu yang mereka apply ...

Yang ada disiplin follow exactly idea mereka mesti menjadi ...

Yang tak menjadi mostly masalah adalah disiplin diri ...

Mesti ada benda-benda yang manusia tu tak apply ...

Bila buat FAQ ... memang betul ... dia tak apply ...

.
.
.

Sains kekayaan skop dia sangat luas ...

Nak cerita fasal MINDA sahaja pun sudah cukup meluas ...

Lagi lama u kaji, macam-macam benda pelik yang u akan jumpa ...

Last time kita cerita tentang Deja Vu & Vision right ...

Siapa rasa benda ni pelik? Haaaaaaa... kalau macam tu pelik tu x pelik sangat...

Ada lagi benda yang lebih pelik daripada itu ...

.
.
.

Maybe u boleh kaji / buat tesis tentang pemikiran hacker ...

Cara mereka berfikir sangat pelik dan laju ...

Orang baru fikir 1 .. 2 .. 3 ... dia orang dan sampai 7 .. 8 .. 9 ...

Ok settle ..


#justideas
#havefun ..
 
Love is like the wind.
You can't see it but you can feel it.

- @MFMiraFilzah
 
MATA KETIGA

Mata ke 3 adalah bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada penglihatan lain selain daripada penglihatan kedua mata fizikal kita. Jika anda rajin mengkaji samada di online atau offline, anda akan sering mendengar atau membaca tentang istilah-istilah mata ke 3, mata ghaib, penglihatan batin, mata hati, daya tembus pandang serta macam-macam lagi istilah. Ada yang jadi bingung, apa bendanya semua tu?

Ok mari kita belah dan bedah pelan-pelan. Di dalam diri kita ada sebuah 'kesedaran'. Kesedaran ini adalah 'Aku' anda. Sang Aku inilah yang sedar akan segalanya. Terlalu dalam kalau mau di kupas, boleh-boleh kita termasuk pula ke bahasan ilmu-ilmu hakikat. So saya simple kan dengan istilah minda. Lebih mudah difahami. Minda kita adalah satu fasiliti, satu kebolehan yang sangat luarrrr biasa. Minda inilah yang menjadi alasan kenapa kita diiktiraf oleh Tuhan sebagai 'sebaik-baik' ciptaan. Pada minda ini ada kebolehan untuk melihat secara batin menyasikan perkara-perkara ghaib atau istilah modennya metafizik.

Minda 'melihat' keluar dari diri kita melalui 3 'kaca mata'. Kaca mata pertama adalah yang dikenali sebagai cakra solar plexus di dalam disiplin ilmu aura, iaitu titik tenaga yang terletak di sekitar ulu hati. Apabila minda 'melihat' melalui kaca mata ini, aktiviti minda ini dikenali sebagi Komunikasi Naluri. Gelombang minda anda memancar melalui wilayah ini, dan menjadi satu keupayaan untuk berinteraksi dengan gelombang di sekeliling anda.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tiba-tiba merasa tidak sedap hati, perut tiba-tiba rasa senak dan memulas? Kemudian tiba-tiba anda mengalami peristiwa buruk, atau anda mendapat panggilan telefon mengatakan ada berita buruk menimpa keluarga anda? Ramai yang pernah mengalami perkara ini. Atau anda sedang jalan-jalan di mana-mana, lalu tiba-tiba anda merasa diikuti, lalu anda menoleh ke belakang tapi tidak nampak kelibat sesiapa. Lalu anda merasa berdebar-debar dan jadi takut dan semakin takut. Ini pun sering anda alami. Ini adalah petanda bahawa anda gelombang minda anda sedang 'berkomunikasi' dengan gelombang dari luar. Anda tidak tahu apa bendanya, tapi anda 'merasakan' bahawa 'ada sesuatu'.

Ada ramai pesakit yang saya jumpa, terutama perempuan yang kerap sendawa bila terjumpa orang-orang yang 'bawa jin'. Atau sedang berada di kawasan-kawasan yang 'berpenghuni' samada penghuni bentuk jin atau penghuni berbentuk gelombang buatan manusia ( ilmu ghaib ). Sendawa itu adalah satu 'signal' kepada mereka bahawa gelombang mindanya yang memancar dari solax plexus sedang berinteraksi dengan satu gelombang 'aneh' dari luar. 'Aneh' itu maknanya ada jin, saka, dan sejenisnya, atau ada 'ilmu buatan' di situ. Lalu keanehan itu diterjemahkan oleh tubuh melalui sendawa yang menyakitkan, bulu roma meremang serta dada berdebar-debar. Penglihatan melalui kaca mata ini tidak memperihatkan imej, hanya ada 'rasa' tentang kehadiraran 'sesuatu'. Jadi bila anda berkata, " Saya rasa begini...Saya rasa begitu... " maka anda sebenarnya sedang menggunakan fasiliti ini.

Apabila kemampuan spiritual anda meningkat, minda anda akan mula melihat melalui 'kaca mata' kedua yang lebih canggih iaitu cakra kerongkong, titik tenaga yang berada pada kerongkong anda. Disini gelombang yang anda pancarkan keluar adalah lebih halus lagi dan imej-imej mula muncul di layar minda anda walaupun masih agak kabur-kabur namun sudah boleh menjadi petunjuk. Pada tahap ini juga imajinasi buatan anda masih boleh mempengaruhi imej-imej yang anda nampak. Aktiviti minda ini dikenali sebagai Komunikasi Mental.

'Kaca Mata' paling canggih adalah apabila minda anda mula melihat melalui cakra ajna, iaitu titik tenaga yang berada di tengah kening, antara kedua alis. Di sini gelombang yang dipancarkan oleh minda sudah begitu halus sehingga mampu berkomunikasi dengan 'sumber-sumber' yang jauh lebih halus dan tinggi di alam ghaib atau metafizik. Aktiviti minda di sini dikenali sebagai Komunikasi Intuisi. Pada tahap inilh selalunya muncul intuisi atau ilham-ilham yang begitu jelas dan berkualiti. Getaran ini sudah berada jauh dari alam jin dan sekutunya sehingga sangat 'sedikit' kemungkinan berlaku ' transmission interuptions' yang boleh mengganggu penglihatan anda. Inilah yang sebenarnya Mata Ke 3.

Anda pasti pernah mengalami keadaan di mana anda mendapat ilham yang tiba-tiba datang entah dari mana, seolah dicampak dari atas langit saja rasanya. Ilham yang begitu jelas dan terang dan menimbulkan keyakinan yang begitu besar di hati anda. Ini hanya berlaku ketika jiwa anda sedang bebas daripada kongkongan fikiran dan emosi. Ketika sedang rileks, ketika selesai latihan rohani dan lain-lainnya. Sebab itu berhati-hatilah dengan dengan orang-orang yang rajin latihan rohani ( meditasi, zikir, solat, dll ) kerana 'mata hati' mereka begitu tajam. So mungkin sudah agak jelas sekarang, perbezaan 3 'kaca mata' ini.

Bagi anda yang sudah belajar macam-macam ilmu membuka mata ke 3, mudah-mudahan artikel ini boleh membantu kemajuan anda. Bezakan antara MEMBAYANG dan TERBAYANG. MEMBAYANG adalah masih pada tahap Komunikasi Mental manakala TERBAYANG adalah Komunikasi Intuisi, iaitu Mata Ke 3 yang sebenarnya. MEMBAYANG adalah aktif, sedangkan TERBAYANG adalah pasif. Jauh bezanya.

Ada juga yang bertanya, " Tuan master, kalau saya buka mk3 ni ada risiko kena gangguan makhluk halus ka? Saya jadi takut kalau dengan membuka mk3 ni saya akan selalu tengok hantu di mana-mana ". Waduh pak, rumit juga mau jelaskan. Tapi saya cuba juga. Ok... Memang ada segelintir orang yang mendakwa sering melihat makhluk halus, jin, hantu dan yang seangkatan dengan beliau. Namun ingin saya jelaskan melalui pengalaman saya berjumpa dan menangani langsung pesakit-pesakit sebegini, bahawa kebanyakan mereka dipengaruhi oleh imajinasi. Maklumlah budaya kita sangat kaya dengan cerita-cerita begini malah siap difilemkan lagi. Ada yang benar-benar nampak, namun lebih banyak lagi yang hanya imajinasi. Jenis komunikasi intuisi dan mental. Kadang benar-benar nampak, kadang cuma khayalan semata.

Kes-kes begini sebenarnya mengalami 'kebocoran energy' di mana gelombang mindanya tidak berhenti memancar samada dari solar plexus atau kerongkong. Sebab itu 'rasa' dan imajinasinya sentiasa aktif lalu terlihatlah bayangan-banyangan buruk di mana-mana. Kalau ini kesan daripada belajar ilmu-ilmu ghaib bermakna sistemnya ajarannya ada yang kurang betul atau ada yang tercicir. Jadi kita boleh kata itu bukanlah sebenarnya Mk3, kalau pun Mk3 yang masih di level rendah. Mk3 yang sebenar kalau aktif membuat kita boleh mengakses 'sumber-sumber' tinggi sehingga kita boleh menangkap gelombang-gelombang yang sangat halus yang penuh dengan mutiara-mutiara hikmah.

Tanda utama terbukanya cakra ajna adalah anda jadi lebih bijaksana, penuh pertimbangan dalam apa juga tindakan. Anda sudah tidak tertarik dengan alam-alam ghaib rendah, anda lebih suka mengakses alam-alam tinggi seperti alam-alam ketuhanan untuk menyuburkan pertumbuhan rohani anda. Sedangkan tanda-tanda anda masih berada di Komunikasi Naluri dan Mental, anda suka dengan alam-alam ghaib eterik dan astral di mana bediamnya frekuensi jin dan sebangsa beliau. Fikiran dan emosi mudah kalut, sebab alam ini juga dishare oleh gelombang fikiran dan emosi.

https://www.facebook.com/lentarangseribu.lentarang/posts/413577918848532
 
Next falsafah.

.
.
.
.


If you don't get out and
do something,
nothing will change in your life ...


.
.
.
.

​
 
Next falsafah.

.
.
.
.


If you don't get out and
do something,
nothing will change in your life ...


.
.
.
.

​

Yezzaaaa...
Absolutely...:)cgrock:)cgrock:)paid


Teori dua hukum :
(1) - Sains
(2) - Spiritual (yakni agama)

(1) - Sains :
Sesuatu benda yg nampak pd zahir bergerak daripada keadaan asal (statik) itu pastinya ada benda yang menggerakkan ia (hukum fizik). Mustahil bagi akal jika sesuatu itu berubah dgn sendiri. Pasti dan pasti akan ada yang merubahnya daripada keadaan asal kepada kedudukan lain.

(2) - Spiritual (keagamaan)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka : Al-Ra'd : 11”
Ramai yg nk stuck dgn keadaan semasa asbab drpd pemahaman yg bahawasanya semua yg kita punya kini adalah telah tertulis sejak azali.
Betul ianya adalah bkn usaha kita jika ditilik pd lapisan satu lagi semuanya adalah Qudrat Ilahi yang Qodim, kita ibarat bayang pada sebatang pokok, jika bergerak pokok itu, maka bayangnya turut bergerak.
Wujud akan keadaan kita adalah Aridi daripada yg Qodim.
Tapi...syariatnya ramai yg tinggal bila naik kepada hakikat.Sori terhurai benda ni tp klu nk lbh details terlalu panjang. Ringkasnya cukup disitu dahulu.
Berbalik kpd perubahan. Allah telah berfirman dlm surah Al-Ar'd yakni tdk berubah sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg merubahnya.Maknanya kita kena berusaha utk merubah keadaan kita kerana sbg manusia kita tdk tahu apa yg telah tertulis buat kita.Kerana tdk tahu itulah makanya kita dituntut utk berusaha dan terus berusaha merubah. Sehinggalah sampai kepada sesuatu ketetapannya.
It's worth a try.







Tapi terms Nothing Will Change tu rasanya blh diadjust sedikit pemahaman akan perubahan itu, kerana setiap yg hidup dan bernyawa akan berubah...:D
Izinkan saya...
Nothing will change tu terlalu subjektif, mungkin yg xberubah adalah impian dan matlamat asal, itu atas usaha dan tindakan...
Hidup ini adalah SUATU PILIHAN...
Samada kita memilih untuk merubah atau kita yg diubah...
Kita tidak berusaha untuk merubah nasib hidup kita, by hook or by crook hidup kita tetap akan berubah jgk sbbnya kita terikat dgn zaman.
Ok, let say jika kita dah sedia kaya (ada duit RM2.6 bilion) pada tanggal 01/01/2016 dan jika kita tidak berusaha utk "secure"kan duit kita itu dgn cara kembangkannya dlm bisnes atau labur dlm apa jua bidang, maka tiada jaminan pada tanggal 01/01/2020 duit kita itu tetap RM2.6b bahkan ianya akan diubah oleh keadaan yg mana akan makin berkurang dan berkurang samada dek GST ke, joli sana sini ke etc etc...

Ok...cukup itu cukup:)
 
Yezzaaaa...
Absolutely...:)cgrock:)cgrock:)paid


Teori dua hukum :
(1) - Sains
(2) - Spiritual (yakni agama)

(1) - Sains :
Sesuatu benda yg nampak pd zahir bergerak daripada keadaan asal (statik) itu pastinya ada benda yang menggerakkan ia (hukum fizik). Mustahil bagi akal jika sesuatu itu berubah dgn sendiri. Pasti dan pasti akan ada yang merubahnya daripada keadaan asal kepada kedudukan lain.

(2) - Spiritual (keagamaan)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka : Al-Ra'd : 11”
Ramai yg nk stuck dgn keadaan semasa asbab drpd pemahaman yg bahawasanya semua yg kita punya kini adalah telah tertulis sejak azali.
Betul ianya adalah bkn usaha kita jika ditilik pd lapisan satu lagi semuanya adalah Qudrat Ilahi yang Qodim, kita ibarat bayang pada sebatang pokok, jika bergerak pokok itu, maka bayangnya turut bergerak.
Wujud akan keadaan kita adalah Aridi daripada yg Qodim.
Tapi...syariatnya ramai yg tinggal bila naik kepada hakikat.Sori terhurai benda ni tp klu nk lbh details terlalu panjang. Ringkasnya cukup disitu dahulu.
Berbalik kpd perubahan. Allah telah berfirman dlm surah Al-Ar'd yakni tdk berubah sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yg merubahnya.Maknanya kita kena berusaha utk merubah keadaan kita kerana sbg manusia kita tdk tahu apa yg telah tertulis buat kita.Kerana tdk tahu itulah makanya kita dituntut utk berusaha dan terus berusaha merubah. Sehinggalah sampai kepada sesuatu ketetapannya.
It's worth a try.







Tapi terms Nothing Will Change tu rasanya blh diadjust sedikit pemahaman akan perubahan itu, kerana setiap yg hidup dan bernyawa akan berubah...:D
Izinkan saya...
Nothing will change tu terlalu subjektif, mungkin yg xberubah adalah impian dan matlamat asal, itu atas usaha dan tindakan...
Hidup ini adalah SUATU PILIHAN...
Samada kita memilih untuk merubah atau kita yg diubah...
Kita tidak berusaha untuk merubah nasib hidup kita, by hook or by crook hidup kita tetap akan berubah jgk sbbnya kita terikat dgn zaman.
Ok, let say jika kita dah sedia kaya (ada duit RM2.6 bilion) pada tanggal 01/01/2016 dan jika kita tidak berusaha utk "secure"kan duit kita itu dgn cara kembangkannya dlm bisnes atau labur dlm apa jua bidang, maka tiada jaminan pada tanggal 01/01/2020 duit kita itu tetap RM2.6b bahkan ianya akan diubah oleh keadaan yg mana akan makin berkurang dan berkurang samada dek GST ke, joli sana sini ke etc etc...

Ok...cukup itu cukup:)

pada hakikatnya kehidupan bukanlah satu pilihan..surah ar-ra'd tu perlu ditafsir smpi hbs bukan amek ayat tu shj.

tak sesuai di bincang dlm thread ni..
 
Daripada perspektif sains ...

Terdapat dua jenis diri:-

1. Diri logik

Dibentuk daripada ...

- pendidikan
- pengalaman
- persekitaran
- kawan-kawan
- kowledge
- pekerjaan
- guru-guru
- pemimpin
- internet
- pembacaan
- etc...

... dan semua yang berlaku sehingga hari ini ...

Apabila difikir secara logik, semua yang berlaku membentuk diri kita pada masa sekarang.

Bentuk diri bermaksud dari segi kekayaan, kebahagiaan, kesihat, ketenangan diri, aset, dan sebagainya.....

2. Diri yang sebenar

Semua yang manusia mahukan ...

- Limpahan kekayaan
- Limpahan kemajuan
- Limpahan peningkatan
- Limpahan kehormatan diri
- Limpahan nilai diri
- Kekeluargaan yang mesra
- Kedamaian hati
- Ketenteraman pemikiran
- Emosi yang positif
- Diri yang positif
- Peluang yang sentiasa terbuka
- Perhubungan yang sangat baik
- Aktiviti Kemasyarakatan yang bagus
- Perniagaan yang sentiasa meningkat maju
- Pendidikan yang baik untuk anak-anak
- Persepsi terhadap masa depan yang lebih cemerlang
- Mencapai semuanya dengan penuh kebaikan, keberkatan dan terpuji ...

.
.
.

Siapa berminat untuk jadi diri yang sebenar?

Tt perlukan 50 orang pembaca untuk quote this post dengan perkataan ....

>>> "Saya berminat" ...

.
.
.

Kita follow cara facebook ...

The game is ...

+ Kalau ada 50 orang quote, tt akan teruskan topik ini...

+ Kalau tidak ada, anggap topik ini tidak pernah wujud ...

Jangka masa sehingga 1/5/2016...

Have Fun ^_^
 
Back
Top
Log in Register