BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2026

14140808254652589-360860.jpg

14140808254652589-360861.jpg

14140808254652589-360862.jpg

14140808254652589-360863.jpg

14140808254652589-360864.jpg


Pokok tumbang hempap reban ayam di Kampung Bunga Raya Saratok

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok bertindak segera selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di Kampung Bunga Raya, hari ini.

Menurut kenyataan APM Daerah Saratok, sebatang pokok dilaporkan telah menimpa reban ayam di belakang rumah seorang penduduk.

Skuad ASPA 02 digerakkan ke lokasi dan terus menjalankan operasi memotong serta mengalihkan pokok berkenaan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran kawasan terjejas.


Kerja-kerja pembersihan berjaya diselesaikan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan, menurut pihak APM.

APM Saratok menegaskan kesiapsiagaan mereka untuk memberikan perkhidmatan kecemasan dan bantuan kepada komuniti setempat demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Orang ramai yang menghadapi kecemasan dinasihatkan menghubungi APM Saratok di talian 083-436094 atau talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan segera.

Dalam kejadian sebegini, kerjasama komuniti dan tindakan pantas pasukan APM terbukti mampu mengurangkan risiko kerosakan dan memastikan keselamatan penduduk.


Artikel : Utusan Sarawak
 
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 6 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran cuaca buruk itu melibatkan Sarawak di kawasan Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu, Miri dan Limbang.

Amaran itu turut membabitkan kawasan pedalaman di Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat.

 
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus mencatatkan peningkatan manakala keadaan di Johor menunjukkan pemulihan dengan keseluruhan 859 orang setakat 4 petang ini.

Di SABAH, jumlah mangsa dilaporkan meningkat kepada 619 orang daripada 220 keluarga, berbanding 510 orang daripada 164 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan peningkatan itu berikutan pertambahan jumlah mangsa di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Beaufort, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Di SARAWAK, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri meningkat kepada 213 orang daripada 73 keluarga, berbanding 166 orang daripada 53 keluarga pagi tadi.

Menurut JPBN Sarawak, mangsa yang dipindahkan ke PPS berkenaan melibatkan penduduk dari Kampung Kawang, Kampung Jenggalas, Kampung Rambai, Kampung Pintasan, Kampung Masjid, Kampung Kuala Lajung, Kampung Majelin dan Kampung Kelapa di Bekenu.

Sementara itu, di JOHOR, keadaan banjir semakin pulih apabila jumlah mangsa terjejas di daerah Segamat menurun kepada 27 orang daripada sembilan keluarga, berbanding 50 orang daripada 15 keluarga pagi tadi.

Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata hanya satu PPS masih beroperasi, iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak manakala PPS Dewan Serbaguna Kampung Tandong ditutup pada 2 petang tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

 
Mangsa banjir di Aceh, Indonesia masih memerlukan sokongan, khususnya dari segi psikososial susulan bencana terburuk yang melanda wilayah itu sejak sebulan lepas.

Ketua Misi Bantuan Bencana Banjir di Aceh Faiz Qayyuum Abd Majid berkata dalam usaha menyantuni mangsa yang masih trauma, sebanyak 10 anggota sukarelawan mewakili badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia berada di Batang Ara, Daerah Aceh Tamiang pada 31 Dis hingga Sabtu lepas.

Beliau berkata sukarelawan belia yang terlibat dalam misi bantuan itu adalah hasil kolaborasi strategik pelbagai NGO, antaranya Volunteering Trip Malaysia, Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia, IMPAK Malaysia, Satria MIVEC, Malaysian Relief Agency, Pertubuhan Kebajikan Amanah Prihatin, Kelab Belia Tinagayan dan The Helmis Warrior.

“Kehadiran kami ini juga ingin memastikan mangsa tahu mereka tidak bersendirian dalam mengharungi krisis ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata tempoh sebulan selepas bencana lazimnya menjadi fasa paling mencabar bagi mangsa apabila perhatian dunia mula beralih dan mereka terpaksa berdepan krisis itu dengan bantuan yang semakin berkurangan.

Faiz Qayyuum berkata cabaran utama misi itu ialah infrastruktur yang lumpuh sepenuhnya di kebanyakan kawasan terjejas termasuk akses kepada bekalan air bersih dan tenaga elektrik yang masih belum pulih.

“Situasi itu bukan sahaja menyulitkan kehidupan seharian mangsa, malah menuntut ketabahan fizikal dan mental tinggi daripada barisan sukarelawan yang beroperasi dengan kemudahan minimum.

“Keadaan cuaca yang masih hujan turut memaksa pasukan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga selain mengganggu kelancaran pengurusan logistik keluar masuk ke kampung-kampung terjejas,” katanya.

Faiz Qayyuum berkata sepanjang misi pasukan sukarelawan melaksanakan gerak kerja komprehensif di pusat pemindahan, antaranya menjalankan agihan kit bayi serta kit kebersihan wanita yang mengandungi tuala wanita serta pakaian dalam.

 
43399a8dff4cd87fda3dc441b8af4b04695c7dd968d9e

Kredit: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah

Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak semakin meningkat dengan 1,706 orang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di dua negeri itu setakat 8 pagi ini.

Di SABAH, jumlah mangsa dipindahkan meningkat mendadak kepada 1,399 orang daripada 488 keluarga berbanding 619 mangsa daripada 220 keluarga yang direkodkan petang semalam.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, sebanyak lapan pusat pemindahan kini beroperasi di tiga daerah yang terjejas iaitu Beaufort, Kota Belud dan Tenom.

Beaufort mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 587 orang, diikuti Tenom (535 orang) dan Kota Belud (277 orang).

"Di Beaufort, mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Slagon (359 orang) dan PPS Dewan Residensi PR1MA Woordford Estate (228 orang).

"Bagi daerah Kota Belud, 17 mangsa berada di Dewan Kampung Lentigi, manakala jumlah mangsa di Dewan Masyarakat Tun Said dilaporkan meningkat kepada 260 orang," menurut JPBN.

Di Tenom, empat PPS dibuka iaitu Dewan Terbuka Labut 2 (154 orang), Rumah Kebudayaan Kg Ponontomon (217 orang), Rumah Kebudayaan Mandalom Lama (120 orang) dan Rumah Kebudayaan Pantongan Saga (44 orang).

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan manakala status bencana di Kota Belud masih menunjukkan trend peningkatan.

Di SARAWAK, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri meningkat kepada 307 orang daripada 113 keluarga pada 8 pagi hari ini berbanding 213 orang daripada 73 keluarga pada 4 petang semalam.

 
89b40f8d411cac3925866960fce7449b695cac9ea4d3e

2deeb9b4413042d1463d59e24d76a039695cacc88eb80

Bekas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin, 61, bersujud syukur apabila dilepaskan dan dibebaskan atas 10 pertuduhan memberi kontrak pembekalan makanan bernilai RM36,279.69 kepada syarikat milik isterinya oleh Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini.

Bekas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada 10 pertuduhan memberi kontrak pembekalan makanan bernilai RM36,279.69 kepada syarikat milik isterinya.

Hakim Samry Masri membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin, 61, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen terhadapnya sebelum ini.

Syeikh Hassan didakwa menggunakan kedudukannya untuk melantik syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise bagi pembelian dan penyediaan makanan di antara Mac 2014 dan 3 Ogos 2015 dengan setiap kontrak bernilai RM1,075 hingga RM7,500.

Mengikut pertuduhan, kontrak itu melibatkan penganjuran program dan operasi anggota bomba di balai tersebut antaranya meliputi penyediaan makanan untuk mereka yang terlibat dengan operasi pembinaan semula rumah terbakar, memadam kebakaran hutan serta banjir.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, mengikut mana lebih tinggi.

Pada 16 Mac 2022, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan Sheikh Hassan menjalani hukuman itu secara serentak bermula tarikh sabitan, dan hukuman penjara tertuduh ditambah 60 bulan lagi jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, mahkamah berkenaan membenarkan permohonan Sheikh Hassan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana tertuduh berhasrat mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Pada prosiding hari ini, Sheikh Hassan diwakili peguam G.Ravishankar manakala Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Asraf Mohamed Tahir mewakili pihak pendakwaan.

 
a3cb35d718f1d8ba8af04e0b1cc4d5a6695cb6a8d5725

KUALA LANGAT, 6 Jan -- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (tujuh, kanan) bergambar pada Majlis Sentuhan Kejayaan Jabatan Kerajaan Tempatan di pekarangan tapak Pasar Awam Sungai Jarom, Jenjarom hari ini.

Turut hadir Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor V Papparaidu dan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor Datuk Ng Suee Lim.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyiapkan 15,082 projek pembangunan BP.1 skala kecil di seluruh negara dari 2023 hingga 2025.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kesemua projek itu dilaksanakan menerusi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Kejayaan pelaksanaan projek pembangunan BP.1 dan sistem perparitan yang sistematik juga telah menyumbang kepada pengurangan 145 hotspot banjir di seluruh negara, sekali gus memberi impak positif kepada keselamatan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sentuhan Kejayaan JKT Tahun 2025 di Pasar Awam Sungai Jarom di sini hari ini, yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Datuk Ng Suee Lim dan Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor V Papparaidu.

Selain itu, Nga berkata Kementerian Ekonomi telah meluluskan 14 projek BP.1 skala besar bernilai RM10 juta dan ke atas tahun lepas dengan 10 daripadanya adalah projek pasar baharu.

Beliau berkata dari aspek keselamatan infrastruktur, JKT turut memberi tumpuan kepada projek membaik pulih dan pengukuhan cerun di kawasan PBT dengan 97 projek di 11 negeri telah dikenal pasti melibatkan peruntukan RM69.13 juta dan sehingga kini, 63 daripadanya telah disiapkan.

Nga berkata bagi aspek pembangunan komuniti, sebanyak RM101 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan 858 projek pembangunan Kampung Baru merangkumi pemerkasaan infrastruktur asas serta program pembaikan rumah.

“Usaha ini diperkukuh melalui Program Kampung Angkat MADANI dengan peruntukan RM700,000 bagi merangsang ekonomi setempat.

“Agenda itu turut diperluas melalui peruntukan RM10 juta di bawah Belanjawan 2025 bagi pembangunan fizikal Kampung India yang memberi manfaat kepada 14,426 penduduk, selain sokongan tambahan RM5 juta menerusi Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia (PPSMI) di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA),” katanya.

 
fc6ed23a115746fea020e0846487c0b963b91625f382b


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Sarawak, cuaca buruk itu melibatkan kawasan Kuching, Serian dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).

Amaran itu turut membabitkan beberapa kawasan pedalaman di Sabah iaitu Sipitang dan Beaufort, Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Kunak), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

 
cad4f6bd8a54a36ef38b3b1f09f6b38d69213f21db65f

Gambar Hiasan

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak terus meningkat manakala di Johor kekal setakat 4 petang ini, dengan keseluruhan mangsa ditempatkan di PPS di ketiga-tiga negeri sebanyak 1,777 orang.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan kepada 1,418 orang daripada 498 keluarga petant ini, berbanding 1,399 orang daripada 488 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan peningkatan itu akibat pertambahan mangsa banjir di Tenom dan Beaufort.

Beaufort merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 595 orang daripada 198 keluarga, meningkat sedikit berbanding 587 mangsa pagi tadi, dengan dua lagi PPS baharu dibuka iaitu di Masjid Darul Ikhlas, Kampung Batandok Lubak dan Dewan Sri Dayang Shahbandar.

Di Tenom, mangsa banjir meningkat kepada 563 orang berbanding 535 orang sebelum ini susulan pembukaan PPS baharu di Sekolah Kebangsaan Saga, menjadikan keseluruhan lima PPS beroperasi di daerah itu.

Bagaimanapun, situasi banjir di Kota Belud menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa berkurang kepada 260 orang berbanding 277 orang pagi tadi berikutan penutupan PPS Dewan Kampung Lentigi pada 2.30 petang.

Di SARAWAK pula, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu melaporkan 332 mangsa daripada 109 keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri setakat 4 petang tadi.

Kesemua mangsa merupakan penduduk dari Kampung Kawang, Kampung Jenggalas, Kampung Rambai, Kampung Pintasan, Kampung Masjid, Kampung Kuala Lajung, Kampung Majelin dan Kampung Kelapa, Bekenu.

Sementara itu, di JOHOR Pengerusi JPBN Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata jumlah mangsa banjir kekal 27 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu Lima, Segamat, yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak sejak 28 Dis lepas.

 
53516c39f8f82a9f6457fae0a3a0c284676f86b90e26b


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan monsun dijangka berterusan sehingga 11 Jan ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan barat Sarawak, selain angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

“Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikeluarkan bagi negeri Terengganu, utara Kelantan dan timur Pahang berkuat kuasa sehingga 8 Jan 2026, timur Johor berkuat kuasa daripada 7 hingga 8 Jan 2026.

“Manakala bagi barat Sarawak berkuat kuasa daripada 9 sehingga 10 Jan 2026. Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga dikemas kini berkuat kuasa sehingga 8 Jan 2026 bagi Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 
Back
Top
Log in Register