BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2025

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,374
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,374
Reaction score
1,348
Points
201
6314250289544283089_121.jpg


Mangsa banjir di Johor, Kelantan meningkat malam ini

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 69 orang daripada 17 keluarga berbanding 52 orang daripada 14 keluarga 8 pagi tadi.

Beliau berkata, mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gembut dan Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi.

"Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Paya Dato di Mersing pula mencatat paras amaran,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di Jajahan Pasir Mas meningkat kepada 31 orang daripada sembilan keluarga berbanding 23 orang daripada tujuh keluarga sebelum ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh.

Sementara itu, di PERAK sebuah PPS dibuka 6 petang Selasa di Dewan Kg Asli Chinggung, Daerah Muallim menempatkan 52 mangsa daripada 11 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan mereka yang terjejas merupakan penduduk Kg Chinggung. - Bernama

31 Disember 2024 09:46pm

Kredit ➡️ BERNAMA
 
Sponsored Post

Taman Cempaka dilanda banjir kilat

IPOH: Hujan di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini pada petang Ahad menyebabkan berlakunya banjir kilat di Persiaran Cempaka Sari 11, Taman Cempaka, di sini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.41 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh ke lokasi dan mendapati kawasan berkenaan dinaiki air setinggi 2 kaki (0.6 meter).

Jelasnya, pihaknya akan memantau situasi tersebut dari masa ke semasa dan sehingga kini tiada mangsa yang dipindahkan.

Foto: JBPM Perak


6327964884624588571_121.jpg

6327964884624588572_121.jpg

6327964884624588573_121.jpg

6327964884624588574_121.jpg


6327964884624588594_121.jpg

6327964884624588595_121.jpg

6327964884624588596_121.jpg
 
6330296549355142568_121.jpg

6330296549355142569_121.jpg

6330296549355142567_120.jpg




CAMERON HIGHLANDS, 6 Januari- Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Besar Kampung Raja, Simpang 3 Blue Valley dekat sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu menyebabkan laluan jalan terhalang.

Runtuhan yang berlaku menyebabkan laluan utama dari arah Simpang Pulai dan Lojing ke Cameron Highlands terhalang kedua-dua arah.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands dalam kenyataan memberitahu, pengguna jalan raya laluan itu boleh menggunakan laluan alternatif iaitu melalui Jalan Sungai Koyan di Lipis dan melalui Jalan Tapah ke Cameron Highlands.

Wartawan: Ayu Norehan Saleh

'Yang sahih di Berita RTM'
#RTM
#BeritaRTM
#MalaysiaMadani
#TaatSetia
 
#kualalumpur : Tiga buah kereta telah dihempap sebatang pokok tumbang di Persiaran Stonor, Jalan Stonor malam ini namun kejadian itu tidak melibatkan mangsa.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.32 malam dan pokok berkenaan telah berjaya dialihkan pada 8.15 malam.

📸 JBPM KL


6055596097574911943_121.jpg

6055596097574911944_121.jpg

6055596097574911945_121.jpg
 
Kereta dihanyut arus deras, pemandu panjat bumbung selamatkan diri

ASYIKIN ASMINASYIKIN ASMIN


KOTA MARUDU - Tindakan seorang lelaki yang cuba menyeberang sungai di jalan konkrit untuk pulang ke rumah nyaris meragut nyawa apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya hanyut dibawa arus deras di Kampung Sungai Simpangan, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 20-an sempat keluar dari kenderaannya dan bertindak memanjat bumbung kereta sebelum diselamatkan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.20 petang.

Katanya, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12 kilometer dari BBP Kota Marudu.

"Mangsa cuba keluar sendiri dari kenderaan dan berjaya menyelamatkan diri daripada terus hanyut. Ketika pasukan bomba tiba, mangsa berada di atas bumbung kereta tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, operasi membantu mangsa segera dilakukan di mana kedalaman sungai ketika itu berada di paras sekitar tiga meter.

"Operasi menyelamatkan mangsa terpaksa menggunakan tali kerana keadaan arus yang deras dan sukar untuk pasukan bomba menyeberang sungai tersebut.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan seterusnya di bawa ke tempat selamat," katanya.

Mohd Hasbi berkata, operasi kemudian ditamatkan selepas pihaknya memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Artikel Sinar Harian



 
PERHATIAN: STATUS ARAS AIR SEMASA di JOHOR, Kulai, 11/01/2025 06:15, Sg. Pontian Besar di Kg. Sri Paya, Aras air sungai adalah 13.05m iaitu melebihi aras AMARAN sebanyak 0.05m.

PERHATIAN: STATUS ARAS AIR SEMASA di JOHOR, Kulai, 11/01/2025 06:15, Sg. Ulu Pontian Besar di Kg. Melayu Bukit Batu, Aras air sungai adalah 11.55m iaitu melebihi aras AMARAN sebanyak 0.05m.

PERHATIAN: STATUS ARAS AIR SEMASA di JOHOR, Pontian, 11/01/2025 06:15, Sg. Pulai di Kg. Ulu Pulai, Aras air sungai adalah 3.01m iaitu melebihi aras BAHAYA sebanyak 0.01m.

PERHATIAN: STATUS ARAS AIR SEMASA di JOHOR, Johor Bahru, 11/01/2025 06:15, Sg. Tebrau di Taman Sri Pandan, Aras air sungai adalah 2.52m iaitu melebihi aras BAHAYA sebanyak 0.22m.

PERHATIAN: STATUS HUJAN SEMASA (LEBAT) di SARAWAK, Sri Aman, 11/01/2025 06:15, Nanga Delok, merekodkan bacaan hujan 42.5mm dalam masa 1 jam

PERHATIAN: STATUS ARAS AIR SEMASA di JOHOR, Kota Tinggi, 11/01/2025 06:00, Sg. Ulu Sedili Besar di Bt. 52 Sedili, Aras air sungai adalah 8.7m iaitu melebihi aras AMARAN sebanyak 0.2m.

PERHATIAN: STATUS ARAS AIR SEMASA di JOHOR, Batu Pahat, 11/01/2025 06:00, Sg. Lenik di Ladang Chaah, Aras air sungai adalah 5.51m iaitu melebihi aras AMARAN sebanyak 0.01m.

PERHATIAN: STATUS ARAS AIR SEMASA di JOHOR, Kota Tinggi, 11/01/2025 05:45, Sg. Sedili Kecil di Sedili Kecil, Aras air sungai adalah 2.21m iaitu melebihi aras AMARAN sebanyak 0.01m.
 
6055596097574912139_121.jpg


𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐍𝐀𝐈𝐊𝐈 𝐀𝐈𝐑 (𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑)

11/1/2024 (sabtu)
7.30pagi

Banjir ➡️ (JALAN KLUANG - MERSING )
No. Laluan : FT050
Section : 58.90- 59.3

Panjang jalan : 400 m
Kedalaman Air : 50mm arah BP, 30mm arah Mersing
Landmark : Taman Orkid Batu 4
Keadaan cuaca : Renyai
Arus aliran air: Sederhana
Status jalan : Air melimpah dari kawasan Longkang Monson
Jalan alternatif : Jalan taman berdekatan.
Catatan : Laluan dibuka kepada semua jenis kenderaan.

Sila patuhi arahan keselamatan, berhati-hati dalam pemanduan dan sentiasa berwaspada ketika melalui kawasan banjir.

#TogetherWeDeliver
#infrarakyat
#jasakepadarakyat
#jkrkluang
 
6055596097574912207_121.jpg


OPERASI MEMINDAHKAN MANGSA BANJIR DAERAH KOTA TINGGI


Terdahulu, YDH Supt Yusof bin Hj. Othman berkongsi maklumat situasi semasa banjir bersama rakan media yang turut berada di lokasi bencana.

Banjir di Kota Tinggi pada hari pertama merekodkan pembukaan sejumlah (11) Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menampung seramai (844) orang mangsa terjejas dari (301) buah keluarga.

#ipd kota tinggi

6055596097574912198_121.jpg

6055596097574912200_121.jpg

6055596097574912203_121.jpg

6055596097574912197_121.jpg

6055596097574912205_121.jpg

6055596097574912199_121.jpg

6055596097574912206_121.jpg

6055596097574912201_121.jpg

6055596097574912202_121.jpg

6055596097574912204_121.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register