BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fenomena cuaca panas, kemarau dan jerebu seluruh negara sepanjang tahun 2026

Jerebu: 38 Kawasan Rekod Bacaan IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi​

4ec402ceb7d3f0f3f8d4a895f503a7b86aa2abc82af46


Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Serian (188), Samarahan (163) dan Kuching (154).

Sementara itu, tujuh kawasan di Johor turut mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Pasir Gudang (171), Larkin (168), Tangkak (167), Kota Tinggi (165), Batu Pahat (161), Pengerang (161) dan Kluang (152).

Enam kawasan di Selangor turut mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Johan Setia (182), Shah Alam (168), Petaling Jaya (160), Klang (160), Banting (157) dan Kuala Selangor (156).

Pahang mencatatkan lima kawasan pada tahap tidak sihat, iaitu Balok Baru, Kuantan (162), Indera Mahkota, Kuantan (161), Temerloh (156), Jerantut (155) dan Rompin (152).

Di Negeri Sembilan, tiga kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Nilai (168), Seremban (165) dan Port Dickson (151); di Terengganu melibatkan Kemaman (157), Paka (156) dan Kuala Terengganu (154) manakala di Perak melibatkan Tanjung Malim (158), Seri Manjung (154) dan Tasek Ipoh (151).

Dua kawasan di Melaka turut mencatatkan IPU tidak sihat, iaitu Alor Gajah (159) dan Bukit Rambai (156) manakala di Pulau Pinang, bacaan tidak sihat direkodkan di Balik Pulau (141) dan Minden (118).

Selain itu, turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Cheras, Kuala Lumpur (171), Batu Muda, Kuala Lumpur (162), Putrajaya (166) dan Sungai Petani, Kedah (117).

Sementara itu, sebanyak 30 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana.

 

Peningkatan IPU Di Tiga Stesen Terengganu Petunjuk Pengaruh Pencemar​

980f301ae1883d64d362cd3dd98460276a995fdcd7140


Peningkatan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) secara serentak di tiga daerah di Terengganu perlu diberi perhatian kerana keadaan itu menunjukkan kemungkinan berlaku pengangkutan pencemar pada skala lebih luas, selain berpunca daripada sumber tempatan.

Pakar kualiti udara Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Madya Dr Azman Azid berkata kualiti udara di Terengganu terus merosot apabila tiga stesen pemantauan di Paka, Kuala Terengganu dan Kemaman mencatat bacaan melebihi 150.

Beliau berkata ia memberi isyarat bahawa faktor meteorologi dan pengangkutan pencemar serantau perlu diteliti, bukan sekadar sumber pencemaran setempat, selain perhatian khusus kepada episod jerebu memandangkan zarah tersebut boleh kekal di atmosfera dan bergerak pada jarak jauh mengikut keadaan angin serta cuaca.

"Kita tidak boleh melihat satu stesen sahaja. Apabila stesen Paka, Kemaman dan Kuala Terengganu mencatat IPU lebih 150 pada waktu sama, pola ruang dan masa pencemaran itu menjadi sangat penting untuk dianalisis.

"Zarah halus berdiameter 2.5 mikrometer (PM2.5) perlu diberi perhatian khusus ketika episod jerebu kerana ia boleh kekal di atmosfera dan bergerak pada jarak jauh, bergantung kepada keadaan angin serta cuaca," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata paparan dan hasil keluaran Malaysian Community Air Quality Model (MyCMAQ) juga wajar dinilai bersama bacaan IPU semasa bagi membantu mengenal pasti taburan serta kemungkinan pergerakan pencemar atmosfera di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Selain itu, beliau berkata penentuan sumber pencemaran juga perlu disokong beberapa lapisan bukti termasuk lokasi dan bilangan titik panas di Sumatera serta Kalimantan, imej satelit kepulan asap, arah dan kelajuan angin, keadaan meteorologi serta analisis 'backward trajectory' bagi menjejaki laluan jisim udara sebelum sampai ke Pantai Timur Semenanjung.

"Sekiranya semua data berkenaan menunjukkan pola yang konsisten, asas saintifik lebih kukuh dapat diperoleh bagi menentukan kemungkinan sumbangan jerebu rentas sempadan.

"Berdasarkan rujukan MyCMAQ dan keadaan pencemaran serantau, terdapat kemungkinan episod yang kita lihat mempunyai komponen pengangkutan pencemar rentas sempadan. Namun kita tidak seharusnya membuat kesimpulan bahawa pencemaran yang berlaku di Terengganu pagi ini datang sepenuhnya dari Indonesia berdasarkan satu model atau bacaan IPU," katanya.

 

Pencegahan Kebakaran Diperkukuh, JAS Pertingkat Pemantauan Kualiti Udara - JAS​

1b5f2951ee6fcb6d7922de130c5e895f687cd14f74be0


Jabatan Alam Sekitar (JAS) memperkukuh pemantauan serta tindakan di lapangan bagi menangani risiko kemerosotan kualiti udara, khususnya melibatkan kawasan berisiko tinggi seperti tanah gambut dan tapak pelupusan sampah berikutan cuaca panas dan kering yang berterusan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS Azuri Azizah Saedon berkata pihaknya memberikan perhatian khusus terhadap insiden kebakaran di Sarawak, termasuk di Tapak Pelupusan Sampah Selalang, Sarikei, yang melibatkan kawasan seluas 1.5 hektar.

Beliau berkata setakat hari ini sebanyak 1.3 hektar atau 87 peratus daripada kawasan terjejas di tapak pelupusan berkenaan berjaya dipadamkan, manakala baki 0.2 hektar masih dalam tindakan pemadaman.

“JAS Sarawak akan terus melaksanakan pemantauan di lokasi kebakaran, termasuk menggunakan dron bagi mendapatkan gambaran terkini berhubung status serta keluasan kawasan terjejas.

“Pemantauan kualiti udara turut dilaksanakan bagi menilai potensi kesan kebakaran terhadap persekitaran setempat, manakala tindakan susulan akan diselaraskan bersama agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain pemantauan keadaan semasa, beliau berkata JAS turut menekankan kerjasama pihak industri untuk mengurangkan pelepasan udara daripada punca utama, khususnya di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 300.

JAS tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang berpunca daripada tindakan manusia, dan tindakan pencegahan, pemeriksaan serta penguatkuasaan tegas akan diteruskan mengikut peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024.

 

Jerebu: 39 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 4 Petang​

08504e65fda793d6828c3de0bd637dc56aa91a66cd166

a8b5c47a7316bccf049f57a10a6168f86aa91a85dffd8

Pemandangan di sekitar Putrajaya kelihatan terjejas akibat diselubungi jerebu hari ini. Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) setakat 2 petang ini, Putrajaya telah mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu sebanyak 160.

Sebanyak 39 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), Selangor mencatat enam kawasan pada tahap tidak sihat dengan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi itu iaitu 188 diikuti Shah Alam (173), Klang (167), Petaling Jaya (166), Banting (164) dan Kuala Selangor (163).

Dua kawasan di Sarawak turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Serian (171) dan Samarahan (151).

Sementara itu tujuh kawasan di Johor mencatat bacaan tidak sihat iaitu Tangkak (172), Pasir Gudang (167), KotaTinggi (164), Larkin (161), Batu Pahat (160), Pangerang (160) dan Segamat (117).

Pahang merekodkan lima kawasan pada tahap tidak sihat, iaitu Indera Mahkota Kuantan (167), Temerloh (163), Jerantut (163), Balok Baru Kuantan (162) dan Rompin (154).

Di Negeri Sembilan, tiga kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Nilai (176), Seremban (172) dan Port Dickson (159) sementara di Terengganu melibatkan Kemaman (161), Paka (158) dan Kuala Terengganu (157) manakala di Perak melibatkan Tanjung Malim (166), Seri Manjung (160), Tasek Ipoh (157) dan Pagoh Ipoh (104).

Dua kawasan di Melaka turut mencatat IPU pada tahap tidak sihat, iaitu Alor Gajah (164) dan Bukit Rambai (164) manakala di Pulau Pinang, bacaan tidak sihat direkodkan di Balik Pulau (154), Minden (152) dan Seberang Jaya (139).

Selain itu, turut mencatat bacaan tahap tidak sihat ialah Cheras, Kuala Lumpur (177), Batu Muda, Kuala Lumpur (169), Putrajaya (174) dan Sungai Petani, Kedah (153).

Sementara itu, sebanyak 29 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana.

 

IPU Nilai, Seremban Catat Tahap Tidak Sihat​

b2c423c0f09b5b6259707c3fac21ac476aa925f8eb552


Kualiti udara di Nilai dan Seremban berada pada tahap tidak sihat susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) masing-masing mencecah 155 dan 153 setakat pukul 4 petang hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Suhaimizan Bizar berkata Port Dickson pula merekodkan bacaan IPU 93 dalam tempoh sama.

“Orang ramai, khususnya di kawasan yang mencatatkan bacaan tidak sihat, dinasihatkan supaya sentiasa memantau perkembangan IPU serta mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan juga disaran mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan kualiti udara bertambah buruk.

Suhaimizan berkata orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini daripada sumber rasmi berhubung bacaan IPU sebelum menjalankan aktiviti di luar rumah.

 

Jerebu: Sultan Pahang Titah Masjid Laksana Solat Sunat Hajat, Istisqa’​

a2c9f027a57ebdcfce36534426a7bcaa6aa937f4c8d37

fb Kesultanan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan masjid di seluruh negeri ini melaksanakan solat sunat hajat dan Istisqa’ bagi memohon hujan serta rahmat daripada Allah SWT susulan keadaan jerebu dan peningkatan Indeks Pencemar Udara (IPU) di beberapa kawasan di Pahang.

Baginda bertitah usaha berkenaan merupakan ikhtiar umat Islam untuk memohon pertolongan dan rahmat Allah SWT agar diturunkan hujan yang dapat membantu mengurangkan keadaan jerebu serta memperbaiki kualiti udara.

“Rakyat Pahang, khususnya umat Islam diharap bersama-sama berdoa agar Allah SWT menurunkan hujan yang membawa rahmat, membersihkan udara dan mengakhiri keadaan jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan,” titah baginda yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.

Dilaporkan, lima kawasan di Pahang merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 4 petang tadi iaitu Indera Mahkota Kuantan (167), Temerloh (163), Jerantut (163), Balok Baru Kuantan (162) dan Rompin (154).

 

Agong, Raja Permaisuri Nasihat Rakyat Amal Pemakaian Pelitup Muka Susulan Jerebu​

29fa6e95e519272905ea66a785bd0b1f6aa944a3d04d0

Kredit : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menasihatkan rakyat supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan pemakaian pelitup muka susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua bertitah bahawa kualiti udara yang tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan serta menyebabkan pelbagai masalah, khususnya berkaitan sistem pernafasan.

“Justeru rakyat, khususnya warga emas, kanak-kanak, golongan yang mempunyai masalah pernafasan serta individu yang bekerja di luar, dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi melindungi diri daripada kesan buruk pencemaran udara.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar, terutama ketika bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat,” menurut hantaran itu.

Selain itu, rakyat disaran minum air secukupnya, sentiasa peka terhadap pengumuman rasmi dan mengikuti perkembangan bacaan IPU harian bagi memastikan kesihatan serta keselamatan diri dan keluarga sentiasa terpelihara.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berharap seluruh rakyat sentiasa mengutamakan kesihatan dan mengambil langkah sewajarnya dalam menghadapi keadaan jerebu.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), sebanyak 41 kawasan mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 8 malam ini, 25 lagi merekodkan IPU tahap sederhana manakala hanya satu stesen catat IPU baik.

 

Jerebu: JPNT Arah Semua Sekolah Di Terengganu Tangguh Aktiviti Luar​

f6371d433ec19756967a3524ce040c3f6aa95f4e32dda

Keadaan jerebu menyelubungi sekitar Kuala Terengganu sehingga menjejaskan jarak penglihatan.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengarahkan semua sekolah di negeri itu menangguhkan sebarang aktiviti luar berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah JPNT Kamsah@Kamal Mohamed berkata ia susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang melebihi 150 di tiga stesen iaitu Paka, Kuala Terengganu dan Kemaman.

Beliau berkata aktiviti yang ditangguhkan termasuk program sukan, kokurikulum, pendidikan jasmani, perkhemahan, lawatan, rekreasi dan aktiviti air sehingga tempoh yang akan dimaklumkan.

"Sebagai langkah keselamatan kita arahkan semua aktiviti luar ditangguhkan sehingga kualiti udara kembali pada tahap selamat.

"Pihak sekolah perlu sentiasa memantau bacaan IPU serta perkembangan udara semasa menerusi sumber rasmi yang berkaitan. Sekiranya terdapat murid atau warga sekolah yang mengalami gejala tidak sihat, tindakan segera perlu diambil seperti rawatan sewajarnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamsah berkata pihak sekolah juga perlu memastikan pelajar sentiasa berada di dalam bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara luar, terutama yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan.

Beliau berkata pihaknya telah memaklumkan arahan tersebut kepada semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga bagi memastikan mereka peka dengan perkembangan semasa.

"Arahan itu selaras dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 1 Tahun 2019 berkaitan langkah-langkah menjamin kesihatan dan keselamatan murid di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu dan dianggap kritikal.

"Semua pihak hendaklah mematuhi arahan serta panduan yang dikeluarkan KPM, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing dari semasa ke semasa," katanya.

 

Jerebu: 41 Kawasan Semenanjung Malaysia Catat IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi​

88179f01a5937faa45e560cca99242b16aaa0029e92b6

Pemandangan di sekitar bandaraya Shah Alam kelihatan terjejas akibat diselubungi jerebu.

Sebanyak 41 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), enam kawasan di Selangor merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Johan Setia (187), Shah Alam (175), Petaling Jaya (169), Klang (167), Banting (166) dan Kuala Selangor (164).

Di Kuala Lumpur, bacaan tidak sihat direkodkan di Cheras (179) dan Batu Muda (172), manakala di Negeri Sembilan melibatkan Nilai (177), Seremban (175) dan Port Dickson (160), serta Putrajaya (176).

Di Pulau Pinang, sebanyak empat kawasan berada pada tahap tidak sihat iaitu Minden (166), Balik Pulau (164), Seberang Jaya (162) dan Seberang Perai (160).

Sementara itu, Perak mencatatkan lima kawasan pada tahap tidak sihat di Seri Manjung (166), Tanjung Malim (164), Tasek Ipoh (162), Taiping (159) dan Pegoh Ipoh (143).

Tiga kawasan di Melaka turut mencatat tahap bacaan IPU tidak sihat iaitu Bukit Rambai (164), Alor Gajah (160) dan Bandaraya Melaka (153), manakala di Terengganu melibatkan Kuala Terengganu (164), Kemaman (154) dan Paka (151).

Di Pahang, bacaan IPU sama direkodkan di Temerloh (163), Jerantut (162), Indera Mahkota, Kuantan (157), Balok Baru, Kuantan (154) dan Rompin (119).

Di Johor, bacaan tidak sihat melibatkan Tangkak (159), Pasir Gudang (152), Batu Pahat (151), Kluang (125) dan Segamat (107), manakala di Kedah melibatkan Sungai Petani (157), Kulim Hi-Tech (155), Alor Setar (119), serta satu kawasan di Kelantan iaitu Tanah Merah (152).

Selain itu, sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan pada tahap sederhana antaranya Sarawak iaitu di Kuching (73), Sibu (66), IPD Serian (66), Samarahan (65), Bintulu (59), Sri Aman (55), Miri (54), manakala Sabah melibatkan Tawau (79), Politeknik Kota Kinabalu (71) dan Keningau (56).

 
425572-425572.jpg


Hari Malaysia diselubungi jerebu, 41 kawasan catat IPU tidak sihat

PETALING JAYA – Kualiti udara di beberapa negeri terus mencatatkan keadaan tidak sihat apabila 41 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 9.54 pagi, Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 187.

Ia diikuti Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaan 179, Nilai, Negeri Sembilan (177), Putrajaya (176), manakala Shah Alam dan Seremban masing-masing mencatatkan bacaan 175.

Selain itu, Batu Muda, Kuala Lumpur pula merekodkan IPU 172, diikuti Petaling Jaya (169), Klang (167), manakala Minden, Seri Manjung dan Banting masing-masing mencatatkan bacaan 166.

Balik Pulau, Tanjung Malim, Kuala Selangor, Bukit Rambai dan Kuala Terengganu masing-masing merekodkan bacaan 164, sementara Temerloh mencatatkan 163.

Seberang Jaya, Tasek Ipoh dan Jerantut pula masing-masing merekodkan IPU 162, diikuti Seberang Perai, Port Dickson dan Alor Gajah (160).

Taiping dan Tangkak masing-masing mencatatkan bacaan 159, Sungai Petani serta Indera Mahkota Kuantan (157), Kulim Hi-Tech (155), manakala Balok Baru Kuantan dan Kemaman masing-masing merekodkan 154.

Bandaraya Melaka pula mencatatkan IPU 153, diikuti Pasir Gudang dan Tanah Merah (152), Batu Pahat serta Paka, Terengganu (151).

Tiga lagi kawasan yang turut berada pada tahap tidak sihat ialah Pegoh Ipoh dengan bacaan 143, Kluang (125), selain Alor Setar dan Rompin masing-masing 119 serta Segamat (107).

Sementara itu, sebanyak 22 kawasan lagi berada pada tahap sederhana iaitu IPU antara 51 hingga 100.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register