BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peristiwa terkini dan viral sepanjang BANJIR dan RIBUT dalam negara tahun 2026

KUALA LUMPUR, 9 September - Beberapa kejadian pokok tumbang dan dahan patah petang ini menyebabkan Skuad Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digerakkan ke beberapa lokasi sekitar Setapak, Danau Kota dan Taman Melati.

Pasukan berkenaan menjalankan kerja pemotongan dan pengalihan pokok serta dahan, selain memastikan kawasan kembali selamat.

Warga kota dinasihatkan supaya berhati-hati ketika cuaca buruk, termasuk mengelakkan berteduh atau meletakkan kenderaan di bawah pokok.

Pengguna jalan raya khususnya dinasihatkan memandu dengan berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Penerbit: Rekha Sevaloga Nathan
Sumber Foto: DBKL/Orang Awam
Sumber Video: Orang Awam

Yang sahih di RTM
#RTM #BeritaRTM
 

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Putrajaya Dan Tujuh Negeri Hingga 6 Petang​

13eac9a58d9a3b9763def6b3e237b68066f3ee9e436d7


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Putrajaya dan tujuh negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah seluruh kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Kuala Muda, Baling, Sik, Yan dan Langkawi manakala di Pulau Pinang meliputi Timor Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Amaran sama dikeluarkan bagi Kuala Pilah, Seremban, Jempol dan Jelebu di Negeri Sembilan manakala di Perak melibatkan Larut Matang, Selama, Bagan Datuk, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Selangor, amaran itu membabitkan kawasan Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang dan Kuala Langat manakala di Pahang, kawasan dijangka terjejas ialah Cameron Highlands, Raub, Bentong, Bera, Jerantut dan Lipis.

Sementara itu, amaran sama dikeluarkan bagi Sabah meliputi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau, Tambunan, Membakut, Beaufort dan Sook), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).

 
14313001512459957-424410.jpg

14313001512459957-424411.jpg

14313001512459957-424412.jpg

14313001512459957-424413.jpg


Tanah runtuh di KM 263.6, trafik PLUS arah selatan sesak lapan kilometer


IPOH: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berdepan kesesakan lalu lintas sepanjang lapan kilometer dari Terowong Menora menuju ke Ipoh Utara berikutan kejadian tanah runtuh di KM 263.6 petang ini.


Menurut maklumat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan yang pada awalnya membabitkan kira-kira empat kilometer dilaporkan bertambah teruk sehingga mencecah lapan kilometer menjelang 5.15 petang.

Aplikasi navigasi perjalanan menganggarkan kelewatan perjalanan melalui laluan terjejas sekitar 40 minit, manakala rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi menunjukkan kerja pembersihan cerun sedang giat dijalankan.


IPOH: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berdepan kesesakan lalu lintas sepanjang lapan kilometer dari Terowong Menora menuju ke Ipoh Utara berikutan kejadian tanah runtuh di KM 263.6 petang ini.


Menurut maklumat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan yang pada awalnya membabitkan kira-kira empat kilometer dilaporkan bertambah teruk sehingga mencecah lapan kilometer menjelang 5.15 petang.

Aplikasi navigasi perjalanan menganggarkan kelewatan perjalanan melalui laluan terjejas sekitar 40 minit, manakala rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi menunjukkan kerja pembersihan cerun sedang giat dijalankan.

Berita lanjut menyusul.

Artikel Buletin Tv3
 











Banjir kilat di Cameron Highlands pada siang tadi.

Sumber ➡️ Media sosial
 




14313094346077837-424507.jpg


Banjir kilat di Cameron Highlands, lebih baik tangguh dulu naik


PETALING JAYA – Orang ramai yang merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands dinasihatkan mempertimbangkan semula perjalanan susulan hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat di beberapa lokasi di pusat peranginan itu hari ini.

Situasi berkenaan tular di media sosial selepas beberapa pengguna Threads berkongsi rakaman menunjukkan air berwarna keruh melimpah ke jalan raya, kawasan perumahan serta menenggelami sebahagian kenderaan.

Seorang pengguna Threads, @farah.ilyanaa berkata, keadaan di Cameron Highlands ketika ini kurang baik berikutan hujan lebat yang berterusan.

“Maaf keadaan Cameron tak berapa elok sekarang sebab banyak banjir kilat. Air sungai melimpah. Hujan lebat sangat-sangat. Sekarang pun tak berhenti lagi hujan,” tulisnya menerusi hantaran di Threads hari ini.

Menurutnya, antara kawasan terjejas ialah Golden Hills apabila air banjir dilihat memasuki kediaman selain beberapa kenderaan turut dinaiki air.

Rakaman lain dikongsikannya turut menunjukkan keadaan air yang deras dan keruh di sekitar kawasan berkenaan, selain situasi di Taman Awam, Tanah Rata.

Menjawab pertanyaan pengguna yang merancang untuk berkunjung ke Cameron Highlands esok, wanita itu menyarankan perjalanan berkenaan ditangguhkan buat sementara waktu.

“Lebih baik tangguh dulu sebab dah tiga hari hujan. Sini asyik hujan saja. Risau tanah runtuh pula hujan-hujan ini,” katanya.

Bagaimanapun, dia mendakwa laluan menerusi Simpang Pulai masih dalam keadaan baik ketika ditanya mengenai akses untuk naik ke Cameron Highlands.

Seorang lagi pengguna Threads, @hnisalyaa_ turut berkongsi rakaman keadaan banjir berhampiran kawasan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Cameron Highlands.

“Lebih baik tangguhkan dulu siapa berhajat nak naik Cameron, ada tempat yang banjir dan tanah runtuh,” tulisnya.

Sementara itu, pengguna @eif.mor1 memaklumkan air turut naik di sekitar Carnation Park.

Dalam pada itu, berdasarkan jadual taburan hujan, Stesen Gunung Brinchang merekodkan 99.5 milimeter (mm) hujan sejak tengah malam hari ini, diikuti Tringkap 88.5mm, Ladang Boh 74mm dan Brinchang 73mm. – KOSMO! ONLINE
Sumber : Kosmo Online
 

Banjir Lumpur: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands Tutup Sementara Bermula Esok​

1e133e1597492a6fbe4bf6fb62b686576aa411725dce7

Kredit: FB - Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Taman Agroteknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands ditutup sementara bermula esok sehingga diberitahu kelak susulan kejadian banjir lumpur yang melanda kawasan itu hari ini.

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands menerusi kenyataan di laman Facebook memaklumkan penutupan itu susulan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan yang perlu dilaksanakan sebelum ia selamat dibuka semula kepada pengunjung.

Kenyataan itu memaklumkan insiden tersebut turut menjejaskan beberapa kawasan di sekitar taman berkenaan.

"Pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran serta keprihatinan semua pihak.

"Semoga segala urusan pembersihan dan pemulihan dipermudah, dan Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands dapat kembali pulih seperti sediakala. Sama-sama kita doakan yang terbaik," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di laman sosial Threads situasi banjir kilat di beberapa lokasi di Cameron Highlands, dengan rakaman menunjukkan air keruh melimpah ke jalan raya, kawasan perumahan dan menenggelami sebahagian kenderaan.

Seorang pengguna Threads @farah.ilyanaa memuat naik hantaran memaklumkan keadaan di Cameron Highlands petang tadi kurang baik berikutan hujan lebat berterusan.

 
14313392512487069-424554.jpg

14313392512487069-424555.jpg

14313392512487069-424556.jpg

14313392512487069-424557.jpg

14313392512487069-424558.jpg

14313392512487069-424559.jpg

14313392512487069-424560.jpg


Banjir lumpur: Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands tutup sementara bermula esok
BERNAMA

Ipoh: Taman Agroteknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands ditutup sementara bermula esok sehingga diberitahu kelak susulan kejadian banjir lumpur yang melanda kawasan itu hari ini.

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands menerusi kenyataan di laman Facebook memaklumkan penutupan itu susulan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan yang perlu dilaksanakan sebelum ia selamat dibuka semula kepada pengunjung.

Kenyataan itu memaklumkan insiden tersebut turut menjejaskan beberapa kawasan di sekitar taman berkenaan.

"Pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran serta keprihatinan semua pihak.

"Semoga segala urusan pembersihan dan pemulihan dipermudah, dan Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands dapat kembali pulih seperti sediakala. Sama-sama kita doakan yang terbaik," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di laman sosial Threads situasi banjir kilat di beberapa lokasi di Cameron Highlands, dengan rakaman menunjukkan air keruh melimpah ke jalan raya, kawasan perumahan dan menenggelami sebahagian kenderaan.

Seorang pengguna Threads @farah.ilyanaa memuat naik hantaran memaklumkan keadaan di Cameron Highlands petang tadi kurang baik berikutan hujan lebat berterusan.


Artikel Harian Metro
 
14313509295122973-424672.jpg

14313509295122973-424673.jpg

14313509295122973-424674.jpg

14313509295122973-424675.jpg

14313509295122973-424676.jpg


#Operasi


KES KEJADIAN POKOK TUMBANG DI JALAN BENTA, LIPIS

Masa : 7.36 malam
Lokasi : Jalan Benta, Lipis
Petugas : 5x anggota llp
Kenderaan : 1x LRV Navara 4x4 (CC008)


Hubungi kami APM Daerah Lipis di talian NGMERS 999 atau talian terus 09-3122999 / 09-3101710 untuk bantuan dan kecemasan.

APM | SEDIA | PANTAS | BERINTEGRITI

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Pahang
Angkatan Pertahanan Awam Daerah Lipis
Jabatan Perdana Menteri

Sumber Apm Lipis
 

Inisiatif Kampung Angkat MADANI Pastikan Pembangunan Dinikmati Rakyat​

3cfc5793fbfd13e5b7dd2dfb094530bf6aa4f24d691bd

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim (dua, kanan) pada perasmian Majlis Penutup Kampung Angkat MADANI di Dewan Terbuka Arena Ara Permai, Kampung Sungai Putat, Melaka hari ini.

Pelaksanaan Kampung Angkat MADANI menerusi inisiatif Perdana Menteri bukan sekadar membawa pembangunan fizikal ke kawasan komuniti, malah juga memastikan manfaat pertumbuhan negara benar-benar dapat dinikmati rakyat akar umbi.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim berkata inisiatif yang diperkenalkan pada peringkat Persekutuan itu membolehkan perhatian pemimpin serta agensi kerajaan diperluas kepada masyarakat di lapangan, sekali gus memastikan dasar diterjemahkan secara nyata.

"Inisiatif menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM) ini bukan simbolik tetapi membuktikan kerajaan Persekutuan sentiasa mendengar rintihan dari pelbagai lapisan masyarakat dan kita mahu seluruh warga kampung dan penduduk menikmati kemudahan yang selamat dan selesa.

"Ia merupakan komitmen kerajaan untuk selesaikan isu asas rakyat dengan segera, sama ada premis komuniti daif, kemudahan asas seperti jalan berturap, lampu jalan atau capaian internet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kampung Angkat MADANI di Dewan Terbuka Arena Ara Permai, Kampung Sungai Putat di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh Kerk Chee Yee dan Pengarah Pembangunan Negeri Melaka (ICU JPM Melaka) Mohd Shahrul Shari.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata lebih RM1 juta telah dibelanjakan menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI Sungai Putat, melibatkan  pelbagai projek pembangunan dan penambahbaikan kemudahan untuk penduduk setempat.

Beliau berkata antara yang dilaksanakan termasuk pembangunan dewan, pembaikan jalan dan sistem saliran, pemasangan lampu solar serta kerja pembaikan dan naik taraf balai raya, masjid dan tandas masjid.

“Jadi ini adalah usaha berterusan dan saya harap semua ini menjadi rentetan daripada beberapa pembangunan yang telah pun dibangunkan sebelum ini di Sungai Putat,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata kawasan Sungai Putat turut menerima manfaat daripada pelaksanaan projek tebatan banjir bernilai lebih RM24 juta yang kini mencatat kemajuan lebih 50 peratus dan dijangka siap pada tahun hadapan.

 
Back
Top
Log in Register