BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zaid gesa PAS bersuara, pastikan prosedur isu Tuanku Muhriz dipatuhi

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Zaid gesa PAS bersuara, pastikan prosedur isu Tuanku Muhriz dipatuhi​

Zaid-Ibrahim-Lawyer-6.jpg

Zaid Ibrahim berkata wakil PAS di kerajaan Negeri Sembilan perlu memastikan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dipatuhi.

Zaid yang menjadi ahli PAS pada Jun lalu berkata penurunan seorang pemerintah yang sedang bertakhta adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai peruntukan mengenai proses berkenaan.

“PAS mesti memastikan undang-undang dipatuhi. Jika tidak, Tuanku Muhriz masih Yang Dipertuan Besar.

“Tidak kira sama ada proklamasi itu dibuat oleh exco atau menteri besar,” katanya di Facebook.

Zaid mengulas pertikaian mengenai kedudukan Tuanku Muhriz selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan semalam menyatakan penurunan takhta baginda pada April lalu adalah sah.

Exco mendakwa proklamasi bertarikh 19 April itu ditandatangani dan dicop mohor oleh Undang Luak yang sah serta kemudiannya ditandatangani Menteri Besar Ismail Lasim pada 3 Ogos.

Menurut exco, proses itu menjadikan proklamasi berkenaan sempurna mengikut Perkara 10(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, manakala Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar kini Yang Dipertuan Besar.

Pendirian itu bagaimanapun bercanggah dengan Dewan Keadilan dan Undang (DKU), yang menegaskan Tuanku Muhriz masih kekal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Undang Luak Rembau Hassan Ab Hamid turut mempertikaikan kenyataan exco dan berkata isu utama adalah sama ada siasatan yang diperlukan telah dijalankan sebelum keputusan menurunkan takhta Tuanku Muhriz dibuat.

Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai dua wakil Perikatan Nasional (PN) dalam barisan exco iaitu Adun Serting Fairuz Isa dan Adun Sikamat Razali Abu Samah.

Selain Fairuz, PAS mempunyai tiga lagi Adun manakala Parti Wawasan Negara (Wawasan) diwakili tiga wakil rakyat di DUN Negeri Sembilan termasuk Razali.
 
Back
Top
Log in Register