BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Tentera Didakwa Sepak Anak Perempuan Berusia Lima Tahun

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Anggota Tentera Didakwa Sepak Anak Perempuan Berusia Lima Tahun​

f3e79d7eb3ea78ac5761c7f2c353e3bd6aab6214a0a1c


Seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak perempuan kandungnya yang berusia lima tahun dengan menyepak mangsa, Jumaat lepas.

Mohamed Nisa Mohamed Nasir, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anaknya berusia lima tahun di sebuah kedai makan Lot 143, Batu 2, Jalan Kuala Krai, di sini, pada 10.55 malam, 11 Sept 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Syazalia Che Suhaimin tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu melibatkan kanak-kanak serta terdapat kebimbangan sekiranya tertuduh boleh mengganggu mangsa yang juga merupakan anak kandungnya.

Bagaimanapun, peguam bela Zuhaidie Akmal Hasan Basri memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan tertuduh merupakan anggota tentera yang telah berkhidmat selama 19 tahun dan mempunyai tiga anak.

Beliau berkata isteri tertuduh tidak bekerja dan memerlukan rawatan hemodialisis serta bantuan daripada tertuduh untuk ke hospital secara berkala.

Zuhaidie Akmal berkata tertuduh juga tidak mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan atau aduan keganasan rumah tangga serta tidak mempunyai risiko melarikan diri kerana tertakluk kepada kawalan pasukannya.

 
Back
Top
Log in Register