kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,708
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,708
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Anak perempuan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida Abdul Daim (dua, kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta.
Anak perempuan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan tidak mengisytiharkan pegangan saham dalam lima syarikat pada 2023.
Asnida Abdul Daim, 65, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Mengikut pertuduhan, Asnida didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694] bertarikh 8 Nov 2023.
Berita Lanjut Menyusul
Anak Perempuan Daim Didakwa Tidak Isytihar Pegangan Saham Dalam Lima Syarikat
Anak Perempuan Daim Didakwa Tidak Isytihar Peganga