combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Mahkamah Benar Anak Perempuan Daim Dapat Pasport Secara Kekal
Anak bekas Menteri Kewangan, Asnida Abdul Daim, 65, ketika hadir pada permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Asnida untuk mendapatkan pasport antarabangsa secara kekal.
Hakim Nurulhuda Nur'Aini Mohamad Nor memutuskan demikian selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip dan peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Asnida pada prosiding semakan kes berkenaan.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan anak perempuan kepada bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin untuk mendapatkan pasport antarabangsa secara kekal.
Hakim Nurulhuda Nur'Aini Mohamad Nor memutuskan demikian selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip dan peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Asnida Abdul Daim, 65, pada prosiding semakan kes berkenaan.
"Mahkamah berpendapat tidak ada merit untuk tujuan pasport ditahan di mahkamah. Isu bahawa pengingkaran untuk hadir tidak dibuktikan bagi mengaitkan pengingkaran ini sebagai satu bentuk flight risk (larikan diri) jika pasport (pemohon) dibenarkan disimpan dan berada dalam kawalan pemohon tidak ada justifikasi.
"Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan semakan ini dan pasport pemohon dikembalikan kepada pemohon dalam tempoh tujuh hari daripada perintah hari ini," kata hakim.
Terdahulu, Nidzuwan berkata pihak pendakwaan membantah pemohonan itu kerana terdapat risiko untuk pemohon melarikan diri kerana sebelum ini Asnida tidak hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi diambil keterangan.
"Pemohon juga sentiasa ke luar negara dan ada perniagaan di sana, kemungkinan ada risiko flight risk. Mohon mahkamah mempertimbangkan kes ini kerana ia melibatkan salah seorang anak Allahyarham Tun Daim yang mempunyai kepentingan awam," katanya.
Bagaimanapun, Rajesh berkata walaupun pemohon kerap ke luar negara untuk urusan perniagaan, ia tidak bermaksud pemohon merupakan seseorang yang berisiko melarikan diri.
"Adalah tidak munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa seseorang yang sering ke luar negara semestinya berisiko melarikan diri. Sejak pasport pemohon diserahkan kepada mahkamah, pemohon sentiasa berada di negara ini," katanya.
Pada 7 April lepas, Asnida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 [Akta 694] bertarikh 8 Nov 2023.