BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Perluas Kemudahan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Kerajaan Perluas Kemudahan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel - PM Anwar​

9da311022c7b82b6c87243a01fef78246aaab86d76914

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan bersetuju untuk memperluas kemudahan pemindahan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan pemilik berdaftar boleh memindahkan kelayakan kepada mana-mana pengguna sebenar kenderaan diesel persendirian yang layak, berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebelum ini pemindahan kelayakan hanya dibenarkan kepada ahli keluarga terdekat.

“Walaupun kita umumkan BUDI95 (BUDI MADANI RON95) 300 liter sebulan pada Ambang Kemerdekaan 31 Ogos tetapi pemilik pikap dan jip diesel, ini masalah banyak di Sabah dan Sarawak, masih mengeluh. Jadi kita naikkan diesel bersubsidi hingga 400 liter sebulan.

“… tetapi inilah ertinya demokrasi, kita dengar, masih mengeluh, menteri-menteri Sabah dan Sarawak keluarkan permasalahan ini, maka selain daripada pengumuman bulan lepas, kerajaan bersetuju untuk menambah baik BUDI Diesel,” kata beliau ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam ini.

Selain itu, Anwar berkata pemilik berdaftar yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan diesel persendirian boleh memindahkan kelayakan bulanan BUDI Diesel kenderaan tersebut kepada maksimum tiga kenderaan lain.

Berita selanjutnya menyusul...

 
Back
Top
Log in Register