BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelayakan Asas BUDI95 Dikembalikan Kepada 300 Liter Sebulan - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kelayakan Asas BUDI95 Dikembalikan Kepada 300 Liter Sebulan - PM Anwar​

ea9923269f3944d898acd50f62c49f5369d89fd77d08b


Kerajaan bersetuju mengembalikan kelayakan asas Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan berita gembira itu berkata keputusan tersebut akan memanfaatkan lebih 16 juta pengguna menikmati RON95 bersubsidi.

“Manakala, lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menerima Budi Diesel sehingga 400 liter sebulan,” kata Anwar ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Pada 26 Mac lepas, kerajaan mengumumkan pelaksanaan penyelarasan kelayakan BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat, dengan harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

Berita lanjut menyusul.

 

Kuota RON95 Naik Balik Ke 300L — Patut Ke Kita Terima Kasih Ke Anwar?​

Ke dia tak patut dipuji langsung? kita minum duluuuuuuuuuu! ekekekkekke

 

BUDI MADANI: Rakyat, Peniaga Tarik Nafas Lega​

f79d4f287693596a63217b25db0444d1692e8eccec352


Keputusan kerajaan mengembalikan kelayakan asas Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan penambahan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) disambut baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang menyifatkannya sebagai langkah tepat dalam meringankan beban kos sara hidup.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Dalam amanat itu, kerajaan bersetuju mengembalikan kelayakan asas BUDI95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan, dan BUDI Diesel dinaikkan daripada 300 kepada 400 liter, berkuat kuasa esok.

​Rata-rata penerima manfaat menyatakan dengan kembalinya kuota berkenaan, ia memberikan kelegaan, khususnya dari segi kewangan bulanan dan membolehkan perbelanjaan diagihkan kepada keperluan asas lain.

Pekerja swasta, Furzani Ahmad, 24, berkata ia amat membantu untuk keperluan perjalanan ke tempat kerja.

"Bagi saya, dengan BUDI95 ini saya mampu menjimatkan sedikit sebanyak perbelanjaan bulanan saya. Setiap hari jarak yang saya kena lalui hampir 30 kilometer (km), 300 liter cukup untuk sebulan kadang ada juga lebihan," katanya ketika ditemui Bernama.

Turut berkongsi pandangan sama, Darwisy Khairudin, 23, yang bersetuju dengan tindakan kerajaan mengembalikan kuota BUDI95.

"Jarak tempat kerja saya dari rumah hanyalah lebih kurang 20 km ke 25 km, namun disebabkan kadang saya ada tugasan luar, saya akan berkira-kira cukup atau tidak kuota minyak, jadi memang baguslah kerajaan kembalikan semula kuota ini," katanya.

Sementara itu, pengusaha gerai buah-buahan, Abdul Manan, 63, yang menggunakan kenderaan diesel untuk mengangkut stok jualannya menyifatkan penambahan kelayakan BUDI Diesel membantu menstabilkan kos operasi harian perniagaannya.

 

Kenaikan Semula Kuota BUDI95 Ringankan Beban Rakyat, Pacu Pelancongan Domestik​

f880fe7e7b499619e5430d4345131ddd671a154148a6b

--fotoBERNAMA (Fail/File)

Kenaikan kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan bermula hari ini bukan sahaja meringankan beban rakyat malah turut memacu sektor pelancongan domestik.

Pekerja kilang Johari Ibrahim, 44, yang tinggal di Klang, Selangor berkata kenaikan kuota itu sangat bertepatan dengan musim cuti persekolahan kerana rata-rata ibu bapa akan memanfaatkan cuti berkenaan untuk membawa anak-anak mereka melancong atau balik kampung.

“Cuti sekolah kali ini, saya dan keluarga melancong ke Melaka kerana banyak program menarik seperti sambutan Hari Kebangsaan dan beberapa tempat pelancongan dalam senarai untuk kami lawati.

“Alhamdulillah, ia satu berita baik kerana dapat meringankan perbelanjaan petrol. Apabila kuota dinaikkan semula kepada asal, lebih banyak tempat dapat kami lawati,” katanya yang memilih bercuti selama tiga hari di Melaka bersama isteri dan dua anaknya berusia 10 dan 12 tahun sempena cuti persekolahan pada bulan ini.

Sementara itu, pekerja sektor swasta Rohani Senin, 37, dari Batu Pahat, Johor berkata kenaikan kuota BUDI95 membantu beliau merancang perjalanan bercuti ke Melaka, sekali gus memanfaatkan cuti sekolah anak-anaknya dengan melawat tempat menarik serta bersejarah di negeri Hang Tuah.

“Pada mulanya saya memang tidak rancang untuk membawa anak-anak bercuti tetapi apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) umumkan kuota BUDI95 dinaikkan, terus terdetik untuk bercuti ke Melaka.

“Melaka menjadi pilihan kerana negeri paling dekat dan tentunya perbelanjaan petrol dapat diminimumkan berbanding bercuti ke negeri lain,” kata ibu tunggal kepada lima anak lelaki berusia antara tujuh hingga 16 tahun itu.

Beliau berkata kenaikan kuota BUDI95 sebanyak 100 liter memberi kesan yang sangat besar kerana sekiranya tiada subsidi, perbelanjaan harian keluarganya akan sedikit terbeban dan bercuti bukan pilihan utama.

Rozita Ismail, 44, dari Klebang di sini berkata kenaikan kuota subsidi petrol itu membawa khabar gembira yang dinantikan kerana setiap cuti persekolahan panjang, beliau akan menghantar tiga anaknya pulang ke kampung di Rantau Panjang, Kelantan.

 
Back
Top
Log in Register