BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Malaysia 2026: Semangat Malaysia Bergema Di Kuching

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Hari Malaysia 2026: Semangat Malaysia Bergema Di Kuching​

51ef09e97d0effb8967b321893e664416aaabb899e36f

add53593cc91708723f49fa4f381e7276aaab7c3ecf69

f852195666d8084ba46031c1aad1d0cd6aaab7ba3ae64

8d8bacb09747d20cb5ac331665410d4d6aaab7af4cc05

c426bd8f28fdee3fc408642b7df8ae3b6aaab7fa2ba68

Antara persembahan tarian tradisional pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Tema rasmi bagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 ialah Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kemeriahan Sambutan Hari Malaysia 2026 tetap dirasai di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam ini apabila kira-kira 5,000 pengunjung memenuhi ruang dewan, meskipun acara diadakan di dalam bangunan susulan keadaan jerebu rentas sempadan.

Sambutan bertemakan “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati” itu turut disiarkan menerusi pelbagai platform televisyen dan digital bagi membolehkan rakyat menyaksikan kemeriahan acara.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir sebagai tetamu kehormat utama pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan itu.

Acara dimulakan dengan persembahan selamat datang “Segulai Sejalai”, selain lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian menyampaikan ucapan, disusuli simbolik menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2026 secara digital bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sebagai tanda tekad memperkukuh perpaduan.

Acara kemuncak sambutan diserikan dengan upacara memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian Hari Malaysia 2026, sebelum diikuti perarakan masuk konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan bacaan Rukun Negara yang dipimpin petinju Sarawak, Muhammad Asyraf Abdullah, 26, atau lebih dikenali sebagai Kilat Boy.

Hadirin turut disajikan persembahan teater muzikal “Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati” serta “Serumpun MADANI Tiga Wilayah” yang mengangkat semangat patriotisme dan perpaduan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Persembahan penutup oleh Faizal Tahir menerusi lagu “Aku Berjanji” juga mendapat tepukan gemuruh hadirin sebelum sambutan diakhiri dengan pertunjukan bunga api di Tebingan Kuching.

 
Back
Top
Log in Register