BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BUDI MADANI Diesel Perkukuh Penguatkuasaan, Kekang Penyelewengan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

BUDI MADANI Diesel Perkukuh Penguatkuasaan, Kekang Penyelewengan​

b86c7c12592e53c773927aaec088c7996a75a1c615eca

Komander Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Mohd Zaki Ashar ketika ditemu bual secara eksklusif oleh Bernama di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman baru-baru ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pelaksanaan sistem subsidi bersasar menerusi inisiatif BUDI MADANI Diesel berkesan membendung penyelewengan diesel apabila had pembelian menyukarkan sindiket mendapatkan bekalan dalam kuantiti besar pada harga rendah.

Komander Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Mohd Zaki Ashar berkata langkah itu juga meningkatkan kos operasi sindiket yang mengambil kesempatan daripada perbezaan harga diesel bersubsidi dan harga pasaran.

Beliau berkata siasatan mendapati kebanyakan diesel yang diselewengkan dibawa ke negara jiran kerana harga yang lebih tinggi di pasaran itu membolehkan sindiket meraih keuntungan lebih besar.

“Pelaksanaan BUDI MADANI Diesel menjadi langkah yang berkesan untuk mengekang serta menurunkan kadar eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Melalui mekanisme kuota, individu tidak lagi boleh membeli melebihi had yang dibenarkan. Sekiranya pembelian melebihi kuota, diesel perlu dibeli pada harga tanpa subsidi menyebabkan peningkatan kos operasi sindiket yang mengurangkan margin keuntungan mereka,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Berhubung aktiviti penguatkuasaan, Mohd Zaki berkata anggota PDRM termasuk daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) ditempatkan bagi menjalankan pemantauan dan risikan di stesen minyak di kawasan sempadan yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi aktiviti penyelewengan itu.

Beliau berkata penguatkuasaan berterusan itu menyaksikan 11 individu ditahan serta rampasan bernilai RM2.09 juta membabitkan lima kes menerusi Ops Taring Bravo 1 (Diesel) di seluruh negara dari 1 Jan hingga 31 Julai.

Sindiket terlibat didapati menggunakan pelbagai modus operandi termasuk pembelian diesel secara berperingkat bagi mengelakkan dikesan serta menyalahgunakan kad fleet dengan berselindung di sebalik syarikat berlesen.

Mohd Zaki berkata polis biasanya mengesan kegiatan itu melalui risikan terhadap pergerakan lori tangki, aktiviti keluar masuk kenderaan itu yang luar biasa dan penyimpanan peralatan pemindahan minyak tanpa justifikasi munasabah.

 
Back
Top
Log in Register