BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BUDI MADANI Terima Lebih 18,000 Permohonan Tambahan Kuota Diesel

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,701
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,701
Reaction score
97
Points
80

BUDI MADANI Terima Lebih 18,000 Permohonan Tambahan Kuota Diesel​

2215ba48a1668fe381f849fefa6c8e426a414c18b6016

4b6f9526543edd4b065f22031bede5146a414c28a7bbd

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Stesen Minyak Petronas NKVE.

PETALING JAYA, 28 Jun (Bernama) – Portal rasmi BUDI MADANI menerima lebih 18,000 permohonan bagi tambahan kuota diesel bersubsidi sebanyak 100 liter sebulan daripada pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak setakat 10 malam ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pelaksanaan awal BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang memasuki hari kedua berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal.

Beliau berkata setakat ini lebih 40,000 transaksi direkodkan melibatkan pengguna yang memanfaatkan inisiatif berkenaan sejak ia dilaksanakan semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan awal BUDI Diesel di Stesen Minyak Petronas NKVE arah Damansara.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Amir Hamzah berkata permohonan tambahan kuota boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal rasmi BUDI MADANI, manakala individu yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan khidmat pegawai di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta kaunter yang disediakan beberapa syarikat minyak.

Beliau berkata kerajaan turut menyediakan kemudahan pemindahan kuota subsidi kepada pengguna sebenar sekiranya pemilik berdaftar kenderaan berbeza dengan individu yang menggunakan kenderaan berkenaan.

“Bagi pemindahan kuota, ia boleh dipohon melalui portal yang sama. Kita akan memastikan kuota itu dipindahkan kepada pengguna sebenar,” katanya.

Menurut beliau, selepas pemindahan dibuat, pengesahan di stesen minyak akan dilaksanakan melalui nombor kad pengenalan pengguna yang dipautkan dengan kuota berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register