kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Lebih 30,000 Pemohon Dapat Kelulusan Tambahan Kuota Budi Diesel - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengisi diesel pada kenderaan semasa mengadakan lawatan ke sebuah stesyen minyak di Presint 8, Putrajaya bagi melihat pelaksanaan BUDI MADANI Diesel hari ini.
Lebih 30,000 pengguna telah memohon dan mendapat kelulusan tambahan kuota BUDI Diesel daripada 200 liter kepada 300 liter setakat semalam bagi memenuhi keperluan golongan yang menggunakan bahan api itu dalam kuantiti lebih tinggi.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kemudahan itu diperkenalkan susulan maklum balas diterima daripada peniaga kecil, penjaja serta penyedia perkhidmatan di kawasan pedalaman yang memerlukan penggunaan diesel melebihi kuota asal.
Beliau berkata penambahbaikan itu adalah antara beberapa inisiatif yang dilaksanakan kerajaan bagi memudahkan pelaksanaan BUDI Diesel yang mula diperluaskan ke seluruh negara hari ini.
“Setakat semalam, lebih 30,000 orang telah memohon dan mendapat kelulusan dalam aplikasi yang disediakan,” katanya kepada media selepas meninjau pelaksanaan BUDI Diesel di sebuah stesen minyak, di sini, hari ini.
Selain itu, Amir Hamzah berkata kerajaan turut membenarkan pemindahan kuota kepada ahli keluarga terdekat bagi kes seperti kenderaan digunakan oleh ibu bapa tetapi didaftarkan atas nama anak.
Beliau berkata sehingga semalam lebih 1,000 permohonan pertukaran kuota kepada ahli keluarga terdekat telah diterima.
Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan semalam memaklum JPJ akan melaksanakan pengecualian fi tukar hak milik kenderaan diesel selama tiga bulan mulai 1 Julai 2026, melibatkan fi yang pada masa ini boleh mencecah sehingga RM100.
Bagi memudahkan urusan tersebut, kaunter JPJ akan dibuka pada hujung minggu mulai 4 Julai hingga 31 Julai 2026, dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, di semua Pejabat JPJ Negeri dan Pejabat JPJ UTC Negeri.
MOF turut menyediakan mekanisme pemindahan kelayakan BUDI Diesel bagi kenderaan yang digunakan oleh ahli keluarga terdekat berbeza daripada pemilik berdaftar.