BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MoU Pertahanan, Hal Ehwal Islam Perluas Kerjasama Malaysia-Maldives - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MoU Pertahanan, Hal Ehwal Islam Perluas Kerjasama Malaysia-Maldives - PM Anwar​

52894ddfed6b75a747257be7a0e0a1f06aa90b763c26c

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Hal Ehwal Islam Maldives Dr Mohamed Shaheem Ali Saeed ketika sidang media bersama di pejabat Presiden, Male. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA MALÉ

Memorandum persefahaman (MoU) bagi sektor pertahanan serta hal ehwal Islam yang dimeterai antara Malaysia dan Maldives hari ini bakal memperluas kerjasama kedua-dua negara dalam beberapa bidang strategik termasuk keselamatan maritim, latihan, industri halal, wakaf dan haji.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai sebuah negara maritim, Maldives memberikan keutamaan kepada kerjasama dalam bidang berkenaan termasuk aspek keselamatan dan latihan.

Menyentuh mengenai kerjasama hal ehwal Islam, beliau berkata status Maldives sebagai negara Islam membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan.

“Maldives sangat mengambil berat soal halal serta kerjasama dalam latihan, dakwah, urus (hal ehwal) Muslim khususnya (berkaitan) wakaf, haji, kerjasama dan juga melihat ke dalam Malaysia,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada media Malaysia selepas selesai program rasmi di Pejabat Presiden di sini hari ini.

Terdahulu, beliau dan Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu menyaksikan pertukaran dua dokumen kerjasama berkenaan.

Pada sidang media bersama selepas itu, Muizzu berkata perjanjian berkenaan membuka ruang baharu kepada kerjasama praktikal dan memperkukuh asas institusi hubungan dua hala Malaysia-Maldives.

“Hari ini kita turut menyaksikan pertukaran kerjasama baharu dalam dua bidang penting, iaitu pertahanan dan hal ehwal Islam.

 
Back
Top
Log in Register