BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Tatarstan Teroka Potensi Besar Perluas Kerjasama Pelbagai Bidang - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Malaysia, Tatarstan Teroka Potensi Besar Perluas Kerjasama Pelbagai Bidang - PM Anwar​

5b8634c139e8ada9b1273966d7acbbbc6a321cdb51eac

d0fc8dcc9654e571d02de609efc242c16a321d0100b9f

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia dan Republik Tatarstan mempunyai potensi besar untuk memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, industri halal, teknologi serta pembangunan bakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dua hala bersama Rais atau Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov sejurus tiba di sini pada Selasa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sektor tenaga turut menjadi fokus utama dalam perbincangan itu memandangkan Tatarstan merupakan antara wilayah pengeluar minyak utama di Persekutuan Rusia

“Usai tiba di Kazan, saya telah mengadakan pertemuan dengan sahabat yang juga Rais atau Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, bagi bertukar pandangan mengenai hubungan serta peluang kerjasama yang boleh diteroka demi manfaat kedua-dua pihak.

"Kami melihat ruang kerjasama yang luas dalam industri minyak dan gas, termasuk aktiviti hiliran, penapisan serta petrokimia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata beliau dan Minnikhanov turut membincangkan peranan KazanForum dalam memperkukuh hubungan perniagaan selain membuka peluang baharu dalam bidang inovasi, ekonomi digital dan pelaburan strategik.

"Semoga pertemuan ini terus mempererat hubungan Malaysia dan Tatarstan serta membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada rakyat dan ekonomi kedua-dua pihak," katanya.

Anwar turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kazan atas pengiktirafannya sebagai Bandar Kebudayaan Dunia Islam 2026 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam (ICESCO) yang mencerminkan peranannya sebagai pusat keilmuan Islam, kebudayaan dan inovasi.

 
Back
Top
Log in Register