Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Lawatan Anwar Ke Keralam Teroka Potensi Kerjasama Pelancongan Kesejahteraan
Konsul Jeneral Malaysia ke India Selatan K. Saravana Kumar bercakap pada sidang media menjelang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Keralam bermula hari ini.
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Keralam dijangka membuka ruang kepada potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan India Selatan dalam pelbagai bidang termasuk pelancongan kesejahteraan (wellness tourism), pendidikan, perdagangan, dan pelaburan.
Konsul Jeneral Malaysia di India Selatan K. Saravana Kumar berkata Keralam mempunyai kepakaran luas dalam bidang Ayurveda serta pendekatan mengintegrasikan perubatan tradisional dengan perubatan moden atau allopathy, yang berpotensi diteroka Malaysia bagi mengembangkan sektor pelancongan kesejahteraan.
“Selain itu, sektor pelancongan turut menjadi bidang yang mempunyai potensi besar untuk terus diperkukuh memandangkan terdapat aliran pelancong signifikan antara Malaysia dan India Selatan khususnya melibatkan Keralam dan Tamil Nadu.
“Hubungan dalam sektor pelancongan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, namun kita melihat potensi besar untuk meningkatkan lagi kemasukan pelancong dari India Selatan ke Malaysia,” katanya kepada media Malaysia menjelang lawatan Perdana Menteri ke sini bermula hari ini.
Setelah menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di New Delhi, Anwar akan meneruskan perjalanan ke Keralam dan dijadual bertemu Mufti Besar India Sheikh Abubakr Ahmad di Jamia Markaz di sini, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan komuniti, kemajuan pendidikan dan keharmonian antara agama.
Saravana Kumar berkata lawatan pertama Anwar ke Keralam sebagai Perdana Menteri juga amat signifikan dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-India, khususnya dengan negeri-negeri di selatan India.
Beliau berkata lawatan berkenaan juga dijangka memberi nafas baharu kepada hubungan Malaysia dengan India Selatan, selain membuka ruang untuk meneroka bidang kerjasama yang mempunyai kepentingan bersama.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri Keralam melihat kehadiran Anwar sebagai satu perkembangan penting memandangkan Malaysia merupakan rakan dua hala yang signifikan kepada India, dan membuat persiapan rapi bagi memberikan sambutan dan layanan tetamu kerajaan negeri terbaik kepada pemimpin Malaysia itu.