BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selepas BRICS, Anwar Teruskan Langkah Diplomasi Di Keralam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Selepas BRICS, Anwar Teruskan Langkah Diplomasi Di Keralam​

2ef03f1c456a9f2d59c673c8653f308e6aa690314d34d

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini meneruskan lawatan ke Keralam, negeri di selatan India yang sebelum ini dikenali sebagai Kerala, bagi bahagian kedua dan terakhir rangka lawatan kerja lima hari beliau di India selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di sini.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri berlepas dari Air Force Station (AFS) Palam di sini pada 2.15 petang waktu tempatan (4.45 petang waktu Malaysia) menuju ke Kozhikode (Calicut), Keralam.


Dari pentas Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan misi ke Keralam (nama baharu bagi Kerala), dengan ketibaan di Calicut yang dikenali sebagai Kozhikode hari ini, membuka lembaran kedua dan terakhir bagi agenda lawatan kerja lima hari di India.

Pesawat yang membawa Anwar dan delegasi Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut di sini pada 4.56 petang waktu tempatan (7.26 petang waktu Malaysia).

Ketibaan Perdana Menteri disambut Konsul Jeneral Malaysia ke India Selatan, K. Saravana Kumar; Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai, Najwa Musyrifah Ramli; Menteri Pertanian Keralam T. Siddique dan Ketua Setiausaha Keralam Bishwanath Sinha.

Turut berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan delegasi diketuai Anwar ialah Pemungut Daerah Malappuram Dr Vinay Gopal; Ketua Polis Daerah Malappuram Chaitra Teresa John dan Pegawai Pasport Wilayah Chennai Vijayakumar IFS.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan semasa lawatan kerja berkenaan.

Dari lapangan terbang, Anwar dijadualkan bertemu Mufti Besar India Sheikh Abubakr Ahmad di Markazu Saquafathi Sunniya, juga dikenali sebagai Jamia Markaz di sini untuk saling bertukar pandangan mengenai pembangunan masyarakat, pemerkasaan pendidikan serta kesefahaman dan keharmonian antara agama.

Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis sambutan dan Du’a Majlis, dengan beliau dijangka menyampaikan ucapan sebelum mengakhiri hari pertama lawatan di selatan India.

Esok, Anwar dijadualkan bertemu Ketua Menteri Keralam V. D. Satheesan dan Gabenor Rajendra Vishwanath Arlekar untuk membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Keralam dalam sektor utama seperti perdagangan dan pelaburan, pelancongan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

 
Back
Top
Log in Register