BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peguam persoal kesahihan kenyatan exco N Sembilan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Peguam persoal kesahihan kenyatan exco N Sembilan​

2f1fd43b-e098-4df3-9442-f91c6e3b5a4a-exco-negeri-sembilan-bernama-070826.jpg

Exco Negeri Sembilan bawah pimpinan Menteri Besar Ismail Lasim dianggotai 10 ahli, dengan lapan daripada Umno. (Gambar Bernama)

Rosli Dahlan mempersoalkan sama ada Menteri Besar Ismail Lasim telah memperakui kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, sambil menegaskan bahawa ia sekadar ditandatangani sebagai ‘barisan ahli exco Negeri Sembilan’.

“Bolehkah satu ketetapan exco dibuat tanpa perakuan menteri besar?” soalnya dalam kenyataan.

“Keputusan serta ketetapan exco sepatutnya diumumkan oleh menteri besar selaku ketua exco. Jadi, bolehkah exco mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa menteri besar?

“Dan siapakah yang beri kebenaran untuk mengeluarkan kenyataan itu?”

Kenyataan yang dimaksudkan itu dimuat naik di media sosial oleh beberapa ahli exco Negeri Sembilan, kesemuanya daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Adun Linggi Faizal Ramli, Adun Lenggeng Asna Amin, Adun Palong Mustapha Nagoor dan Adun Chennah Siow Kong Choon.

Sementara itu, dua wakil Perikatan Nasional (PN) dalam barisan exco itu, Fairuz Isa (Serting) dan Razali Abu Samah (Sikamat), tidak memuat naik semula kenyataan itu.

Pejabat Ismail setakat ini masih belum mengesahkan kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pihak exco bersetuju bahawa penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada April lalu adalah sah, justeru Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar merupakan pemerintah baharu.

Perkembangan ini berlaku dua hari selepas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan bahawa Tuanku Muhriz kekal sebagai pemerintah negeri, manakala percubaan terbaru untuk melucutkan takhtanya pada awal bulan ini adalah tidak sah.
 
Back
Top
Log in Register