afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Aminuddin seru rakyat N Sembilan pertahan institusi raja
Bekas menteri besar Aminuddin Harun turut gesa rakyat tolak pemimpin yang didakwanya khianati institusi diraja dan melanggar Perlembagaan.
Dalam hantaran di Facebook, Aminuddin turut menyeru rakyat mendoakan kesejahteraan Tuanku Muhriz yang ditegaskannya sebagai masih Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
“Saya menyeru agar seluruh rakyat Negeri Sembilan bersatu hati dan mendoakan kesejahteraan Tuanku Muhriz serta mempertahankan kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan,” katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menggesa rakyat menolak pemimpin yang didakwanya mengkhianati institusi diraja dan melanggar Perlembagaan.
Hantaran itu dibuat ketika kemelut mengenai kedudukan Tuanku Muhriz memasuki perkembangan terbaru selepas exco kerajaan negeri hari ini menyatakan proklamasi penurunan takhta baginda adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar yang baharu.
Menurut kenyataan barisan exco, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Ismail Lasim semalam.
Bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) sebelum ini menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang Dipertuan Besar, mendakwa tiada proses sah yang menyebabkan baginda terhenti memegang jawatan itu.
