BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR Serah Senarai Calon Bagi PRN N Sembilan - Aminuddin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PKR Serah Senarai Calon Bagi PRN N Sembilan - Aminuddin​

45a68438996d878f05d57c11aa9dd32d6a44f93a4e91b

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (dua, kiri) menyampaikan Insentif Geran Aktiviti Kampung Orang Asli kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Kampung Orang Asli (JPPKOA) Ulu Chembong, Helmi Naim Ahmad (kiri) pada majlis penyerahan Insentif Geran Aktiviti Kampung Orang Asli Negeri Sembilan di sebuah hotel.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan telah menyerahkan senarai nama calon bagi 16 kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya mengemukakan sekurang-kurangnya tiga hingga lima nama merangkumi calon wanita, golongan muda dan calon lama bagi setiap kerusi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri itu turut yakin DAP dan Amanah negeri juga telah menyerahkan senarai nama calon parti masing-masing untuk dipertimbangkan kepimpinan pusat.

“Kita dah hantar (senarai nama). Kita akan selaraskan dengan calon-calon daripada PH yang lain iaitu DAP dan Amanah dan kita sedang mencari satu tarikh sesuai untuk kita umumkan (calon),” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Insentif Geran Aktiviti Kampung Orang Asli Negeri Sembilan 2026 keseluruhan berjumlah RM415,000 di sini hari ini.

Pada 13 Jun lepas, Aminuddin yang juga Menteri Besar berkata pembahagian 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menyaksikan PKR bertanding 16 kerusi, DAP dengan 11 kerusi dan baki sembilan kerusi lagi ditandingi Amanah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, manakala penamaan calon pada 18 Julai dan 28 Julai ditetapkan bagi pengundian awal.

 
Back
Top
Log in Register