BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penamaan calon buka tirai PRN N Sembilan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Penamaan calon buka tirai PRN N Sembilan​

401967f4-kamarol-ridzuan-mohd-zain-180726.jpg

Calon bertanding dan penyokong yang hadir ke pusat penamaan calon bagi mengemukakan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Bakal calon diberi tempoh sejam sehingga 10 pagi, untuk mengemukakan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum senarai calon yang layak bertanding diumumkan secara rasmi.

Sejurus pengumuman itu, saingan merebut mandat rakyat memasuki fasa berkempen selama 14 hari hingga 11.59 malam, 31 Julai ini, seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari pengundian 1 Ogos, selepas DUN dibubarkan pada 5 Jun lepas setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Setakat semalam, SPR memaklumkan sebanyak 464 borang pencalonan telah terjual, manakala 70 bakal calon disahkan telah menjelaskan bayaran deposit bagi mengesahkan penyertaan mereka.

Berdasarkan statistik SPR, sebanyak 889,490 pemilih layak mengundi pada PRN kali ini, terdiri daripada 867,151 pengundi biasa, 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis dan pasangan.

Beberapa hari lepas, beberapa parti politik telah mengumumkan senarai calon masing-masing yang menggabungkan sinergi penyandang dan muka baharu dalam usaha meraih mandat rakyat untuk menerajui pentadbiran negeri.

Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN, Barisan Nasional (BN) (25) dan Perikatan Nasional (PN) (11), selain Parti Orang Asli Malaysia (Asli), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Berjasa masing-masing satu kerusi DUN.

Sementara itu, Bersatu akan bertanding di 24 kerusi DUN termasuk dua daripada Urimai menggunakan logo Bersatu.

Bagi memastikan kelancaran, polis Negeri Sembilan menempatkan 4,800 pegawai dan anggota, selain menerima bantuan 1,373 pegawai dan anggota dari Bukit Aman, yang akan bertugas sepanjang PRN.

Hari penamaan calon dijangka berlangsung dalam suasana meriah di sekitar pusat penamaan calon dengan kehadiran penyokong serta barisan pemimpin dan tokoh politik bagi memberikan sokongan kepada calon masing-masing.

Justeru, SPR mengingatkan semua calon dan penyokong supaya mematuhi peraturan ditetapkan dan mengelakkan sebarang provokasi yang boleh menjejaskan kelancaran proses penamaan calon.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah di kebanyakan kawasan, kecuali Port Dickson dan Seremban yang diramal hujan pada sebelah pagi, namun semua kawasan dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang.

PRN Negeri Sembilan ke-15 pada 2023, PH memenangi 17 daripada 36 kerusi DUN, diikuti BN (14) dan PN (lima).
 
Back
Top
Log in Register