kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,696
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,696
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Diplomasi Tegas, Berprinsip Anwar Di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Krisis Gaza telah menjadi satu daripada ujian terbesar terhadap sistem antarabangsa moden. Ia bukan lagi sekadar isu hubungan Israel-Palestin, tetapi persoalan tentang kegagalan undang-undang antarabangsa, kelemahan institusi global dan ketidakupayaan kuasa besar melindungi orang awam.
Dalam konteks inilah diplomasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu disokong oleh semua pihak kerana ia merupakan kombinasi dasar luar yang menggabungkan ketegasan moral, hujah undang-undang, tekanan diplomatik dan bantuan kemanusiaan.
Berdasarkan data mutakhir yang diperoleh, 1,000 hari selepas perang terakhir di Gaza terdapat 73,066 kematian, 173,514 kecederaan, 5,400 kes kecacatan dan amputasi, serta 8,922 serangan terhadap keluarga.
Daripada jumlah kematian itu, 21,730 ialah kanak-kanak, manakala 45,113 kanak-kanak cedera dan 59,054 kanak-kanak menjadi yatim. Pada masa yang sama, lebih 90 peratus infrastruktur musnah, bantuan kemanusiaan disekat dan lebih 2.1 juta penduduk berdepan genosid serta kebuluran.
Data ini penting kerana ia menunjukkan bahawa diplomasi Anwar terhadap Gaza berpijak pada fakta kemanusiaan yang jelas.
Apabila 81 peratus struktur keseluruhan rosak atau musnah, 92 peratus rumah kediaman rosak atau musnah, hampir 90 peratus infrastruktur air dan sanitasi terjejas serta 91 peratus isi rumah berdepan krisis bekalan air, maka isu Gaza sudah menjadi krisis perlindungan orang awam, krisis kesihatan awam dan krisis kemanusiaan antarabangsa.
Dalam keadaan ini, pendekatan Anwar boleh difahami melalui beberapa lapisan diplomasi. Pertama, diplomasi beliau bersifat undang-undang. Pada 16 Jan 2024 umpamanya, Anwar melalui satu kenyataan menegaskan sokongan Malaysia terhadap tindakan Afrika Selatan membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung dakwaan pelanggaran Konvensyen Genosid 1948. Beliau menyifatkan tindakan Afrika Selatan itu sebagai langkah berani yang wajar disokong oleh masyarakat antarabangsa di samping menegaskan bahawa Israel perlu dipertanggungjawabkan.
Ini menunjukkan bahawa Malaysia di bawah Anwar tidak hanya mengecam Israel pada pentas politik, tetapi menyokong mekanisme undang-undang antarabangsa. Pendekatan ini penting kerana tuduhan genosid perlu dibawa ke institusi yang mempunyai bidang kuasa moral dan undang-undang. Dengan menyokong proses Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Malaysia meletakkan isu Gaza dalam kerangka pertanggungjawaban, bukan semata-mata solidariti.