BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Pelbagai Lapisan Percaya Diplomasi PM Anwar Perkukuh Ekonomi Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Rakyat Pelbagai Lapisan Percaya Diplomasi PM Anwar Perkukuh Ekonomi Negara​

7f838f1baa5f4b41b78b7eb5bd573dd66a37790ed879f


Usaha diplomasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuh hubungan antarabangsa berpotensi mempertingkatkan hubungan ekonomi, perdagangan serta pelaburan strategik Malaysia ketika landskap geopolitik global berdepan ketidaktentuan, menurut ahli akademik.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Mohd Ramlan Mohd Arshad berkata lawatan Anwar ke Kazan, Rusia dan Turkmenistan baru-baru ini sebagai contoh, membantu mempelbagaikan pasaran serta menjamin daya tahan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata lawatan itu membuka peluang kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, tenaga, pertanian dan teknologi yang berpotensi meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Pada ketika ini kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat antara yang terbaik dalam memastikan kedudukan Malaysia kekal sebagai destinasi strategik pelaburan dan pragmatik dalam hubungan antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Dasar dan Badan Pemikir Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Siranjeev Ram berkata Malaysia memperoleh manfaat apabila pemimpin negara dihormati di peringkat antarabangsa serta berupaya menjalin hubungan kukuh dengan pelbagai negara.

“Dalam persekitaran global semakin kompleks, Malaysia perlu terus mengekalkan dasar luar yang bebas dan pragmatik, yang mampu membuka peluang kepada rakyat, perniagaan serta generasi akan datang," katanya sambil menegaskan bahawa penghormatan dinikmati Malaysia di peringkat antarabangsa perlu diterjemahkan kepada manfaat dan peluang nyata untuk rakyat di dalam negara.

Berkongsi pandangan sama, doktor pergigian Dr Lim Yu Xiang menyifatkan penglibatan berterusan Malaysia di pentas antarabangsa sebagai langkah ekonomi yang baik dan strategik bagi mendapatkan perjanjian perdagangan menguntungkan dengan pasaran global sedang berkembang.

"Selagi kita mampu mencapai perjanjian yang baik dengan Rusia dan Turkmenistan, saya fikir ia merupakan langkah tepat. Perdana Menteri dilihat mempunyai reputasi yang baik dan menyerlah di pentas antarabangsa, dan perkara itu tidak dapat dinafikan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register