combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Lawatan Anwar Ke Rusia, Turkmenistan Perkukuh Hubungan, Manfaat Ekonomi Negara - Pakar
Gambar Fail
Kejayaan yang diperoleh hasil daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia dan Turkmenistan baru-baru ini disifatkan sebagai menunjukkan kewibawaan pemimpin negara itu di persada dunia dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata lawatan ke dua negara pengeluar tenaga utama itu membuka ruang kerjasama dalam sektor tenaga, perdagangan, pelaburan dan keselamatan bekalan.
"Usaha ini memberi manfaat kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Pencapaian seperti jaminan bekalan minyak dan pelantikan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sebagai pengendali telaga gas kedua terbesar dunia boleh dilihat sebagai satu pencapaian diplomasi ekonomi.
"Ini kerana ia berjaya menterjemahkan hubungan antara kerajaan kepada peluang strategik untuk negara di samping mengukuhkan kedudukan Petronas sebagai pemain tenaga bertaraf global," katanya ketika dihubungi Bernama.
Penganalisis politik itu berkata kewibawaan Perdana Menteri yang berusaha membawa kebaikan kepada rakyat menerusi lawatan ke luar negara bukan sekadar diukur melalui lawatan rasmi, tetapi keupayaan beliau membawa pulang hasil yang memberi nilai tambah kepada negara.
"Jika lawatan menghasilkan pelaburan, kerjasama strategik dan jaminan keselamatan tenaga, maka ia mencerminkan diplomasi yang berorientasikan kepentingan rakyat dan negara," katanya.
Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Akademik Fakulti Sains Pentadbiran dan Kewangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Qatar University (UKM-Qatar) Prof Dr Noor Azuan Hashim berkata lawatan itu menarik perhatian banyak pihak khususnya dalam konteks kedudukan Malaysia di pentas antarabangsa.
Beliau berkata ketika dunia berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi, tenaga dan geopolitik, lawatan itu merupakan satu langkah strategik bagi memperkukuh kepentingan negara melalui hubungan diplomatik dan ekonomi yang lebih pelbagai serta seimbang, selain menjamin keselamatan tenaga negara.
"Rusia dan Turkmenistan adalah antara pemain utama dalam sektor minyak dan gas dunia.