BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendakwaan Bantah Permohonan Anak Perempuan Daim Gantung Prosiding Kes

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pendakwaan Bantah Permohonan Anak Perempuan Daim Gantung Prosiding Kes​

53150602830bd8d91d6317f452b809e16a7035e4d4ceb

Anak bekas Menteri Kewangan, Asnida Abdul Daim. (Gambar fail)

Pihak pendakwaan membantah permohonan anak perempuan bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi penggantungan prosiding kes yang dihadapinya berhubung pertuduhan tidak mengisytiharkan pegangan saham dalam lima syarikat pada 2023.

Terdahulu, peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid yang mewakili Asnida membuat permohonan merujuk beberapa persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan atas alasan perkara itu melibatkan isu perundangan serupa dengan kes balu Allahyarham, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid yang berdepan dengan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta.

Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip ketika membantah permohonan itu berkata perkara tersebut mengaitkan isu undang-undang yang sama, namun melibatkan fakta berbeza.

“Salinan permohonan (penggantungan) telah diserahkan kepada kami melalui e-mel pada Jumaat lepas. Oleh itu, saya memohon mahkamah memberikan masa dalam tempoh 14 hari untuk kami memfailkan afidavit jawapan terlebih dahulu," katanya semasa sebutan kes Asnida, hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad kemudian menetapkan 17 Ogos untuk pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan, manakala balasan bagi pihak peguam pada 1 Sept.

Mahkamah turut menetapkan sebutan kes bagi status permohonan berkenaan pada 8 Sept ini.

Pada 7 April lepas, Asnida, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini atas pertuduhan dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 [Akta 694] bertarikh 8 Nov 2023.

Notis itu telah dihantar kepada Asnida oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 Nov 2023, iaitu dengan tidak mengisytiharkan pegangan saham seperti yang dinyatakan.

Pegangan saham itu melibatkan lima syarikat, iaitu Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd, dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.

 
Back
Top
Log in Register