combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad (kanan), hadir di Mahkamah Sesyen hari ini bagi menyambung perbicaraan kes rasuah membabitkan jumlah keseluruhan RM350,000.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pihak pendakwaan membantah permohonan bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad untuk memadamkan enam perenggan dalam pernyataan saksi penting pendakwaan.
Enam perenggan itu termasuk pembayaran lima peratus daripada nilai projek berkaitan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Timbalan Pendakwa Raya Hazel Tan Jia Qi berkata permohonan pihak pembelaan untuk memadamkan perenggan tiga hingga lapan dalam pernyataan saksi pendakwaan ke-12 iaitu Pengarah dan Pemegang Saham Nexuscorpgroup Sdn Bhd, Ismuni Johari itu adalah pramatang.
"Pihak pendakwaan belum membuat pemeriksaan utama saksi lagi, macam mana pihak pembelaan boleh tahu apa yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis adalah tidak relevan dengan kes ini. Pihak pembelaan juga masih boleh soal balas saksi.
"Perenggan tiga hingga lapan hanya naratif pendakwaan untuk tunjuk kenapa kita hanya dakwa tertuduh berkenaan jumlah RM350,000 sahaja," katanya pada perbicaraan kes Sayed Amir Muzzakkir yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan jumlah keseluruhan RM350,000.
Terdahulu, peguam Asmadi Hussin yang mewakili Sayed Amir Muzzakkir berkata perenggan tiga hingga lapan dalam pernyataan saksi terbabit adalah tidak relevan dengan pertuduhan dan memprejudiskan anak guamnya.
"Seksyen 136 Akta Keterangan 1950 memberi kuasa kepada mahkamah untuk memutuskan tentang kebolehterimaan keterangan”, kata Asmadi yang mengendalikan kes itu bersama peguam Md Yunos Shariff.
Hakim Rosli Ahmad meminta pihak pembelaan untuk memasukkan permohonan tersebut di dalam hujahan dan akan memutuskannya semasa memberi keputusan di akhir kes pendakwaan.
Perbicaraan kes itu bersambung 22 Julai ini.
Kes Setpol Hamzah: Pendakwaan Bantah Permohonan Padam Beberapa Perenggan Pernyataan Saksi
Mahkamah Sesyen, Sayed Amir Muzzakkir, rasuah, ten