BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendakwaan Tidak Bantah Permohonan Zahid Bebas 47 Tuduhan Berkaitan Dana Yayasan Akalbudi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
42fff59d9d772fb87f4764c3fe100c44699d602240281

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas pendengaran permohonan untuk dilepaskan dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pihak pendakwaan tidak membantah permohonan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dilepaskan dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Nurulhuda Nur’aini Mohamad semasa prosiding kes tersebut hari ini.

Bagaimanapun Hakim Nurulhuda Nur’aini berkata walaupun pihak pendakwaan tidak membantah permohonan Ahmad Zahid itu, mahkamah tidak akan membuat keputusan terhadap permohonan tersebut sehingga keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes melibatkan Badan Peguam Malaysia.

Badan Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara memberhentikan prosiding kes Ahmad Zahid itu.

Hakim Nurulhuda Nur’aini berkata sebarang keputusan Mahkamah Rayuan kelak akan mengikat keputusan kes berkenaan sekali gus Mahkamah Tinggi tidak bertanggungjawab untuk merampas kuasa mahkamah atasan.

"Persoalan isu berkepentingan awam memerlukan penentuan oleh mahkamah lebih tinggi. Jika mahkamah ini membuat keputusan berhubung permohonan pemohon (Ahmad Zahid), maka rayuan permohonan kebenaran Badan Peguam akan menjadi akademik seterusnya panel Mahkamah Rayuan mungkin tidak perlu mendengarnya lagi.

“Kita akan menunggu keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman Badan Peguam pada 8 April ini," katanya yang turut menetapkan 24 April depan untuk pendengaran permohonan Ahmad Zahid.

Terdahulu, Badius Zaman turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa Badan Peguam menyerahkan surat bantahan terhadap permohonan Ahmad Zahid pagi ini.

Sementara itu, peguam Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Pok Teik, membantah terhadap bantahan Badan Peguam berhubung permohonan anak guamnya, seperti dinyatakan dalam sepucuk surat yang dihantar kepada mahkamah semalam dan diserahkan kepada pihak-pihak berkaitan pagi ini.

 
Back
Top
Log in Register