BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Chegubard Bebas Tuduhan MenghasutÂ

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Chegubard Bebas Tuduhan MenghasutÂ​

2510ea859d33e2fcb5528ac3cab4697b6a6307a0c6a6c

Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard

Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard daripada pertuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut yang didakwa akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dua tahun lepas.

Hakim Siti Aminah Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Badrul Hisham, 48, di akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah memutuskan bahawa tiada kes prima facie. Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri,” kata hakim itu.

Badrul Hisham didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras di sini, pada 12.15 tengah hari 6 April 2024 mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya,jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nurmustanir Md Nor mewakili Badrul Hisham.

 
Back
Top
Log in Register