BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jurubahasa Wanita, Dua Lelaki Bebas Daripada Tuduhan Bersubahat Membunuh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0b87c68fd3c95c14e3d145888e3d572a69eb2650ce6de


Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan dan melepaskan seorang jurubahasa bebas wanita dan dua lelaki daripada tuduhan bersubahat membunuh suami jurubahasa itu, empat tahun lepas.

Hakim Norliza Othman membebaskan Leong Eng Eng, 41, Lim Yon Hay, 40, dan Mok Kum Loon, 41, selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan untuk menarik balik pertuduhan sama terhadap seorang lagi  lelaki yang juga adik kepada Yon Hay, iaitu Lim Yon Loon, yang telah meninggal dunia akibat tuberkulosis (tibi) tahun lepas.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka telah bersubahat melakukan bunuh terhadap Chow Tiam Hee, 41, di dalam sebuah rumah di Taman Anika, Sungai Udang di sini antara pukul 1.20 pagi hingga 1.40 pagi pada 15 Sept 2022.

Norliza dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen bahawa kesemua tertuduh telah bersubahat membunuh dalam kejadian itu dan tiada keterangan daripada mana-mana saksi pendakwaan yang mengesahkan kesemua tertuduh telah bersubahat melakukan perbuatan itu sama ada melalui keterangan terus mahupun keadaan.

“Leong ialah isteri kepada si mati pada hari kejadian … untuk membuktikan Leong melakukan pembunuhan mencederakan si mati sehingga menyebabkan kematian, pihak pendakwaan memerlukan lebih daripada sekadar menunjukkan ada tompokan darah pada baju dan seluar tertuduh.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikemukakan pihak pendakwaan didapati agak kabur kecuali Leong yang merupakan satu-satunya wanita dalam rakaman itu dan tiada apa-apa yang pelik mengenainya kerana dia berada di kawasan rumahnya,” katanya.

Selain itu, CCTV yang dikemukakan tidak boleh diterima apabila pihak pendakwaan gagal mengemukakan sijil di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 bagi menyangkal hujahan pembelaan bahawa ia dokumen janaan komputer.

Menurut Norliza, pihak pendakwaan hanya mengemukakan kad memori yang dirampas oleh pegawai penyiasat yang menyebabkan tiada perbandingan dibuat dengan peranti asal bagi mengesahkannya.

 
Back
Top
Log in Register