BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Ketua Komunikasi Korporat Lepas, Bebas Tuduhan Rasuah Lebih RM5,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bekas Ketua Komunikasi Korporat Lepas, Bebas Tuduhan Rasuah Lebih RM5,000​

74eab5a196a6d8b7978fa80f8c3218426a1fde644d4a7


Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas ketua unit komunikasi korporat sebuah kementerian daripada pertuduhan memperoleh suapan RM5,268, tiga tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) A. Selvam memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh, Nur Fazreen Mohamad Kamal, 45, telah membayar kompaun susulan representasi dikemukakan kepada pihak pendakwaan.

"Pada 7 Mei lepas, SPRM menawarkan kompaun mengikut Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan tertuduh telah membayar kompaun tersebut pada 12 Mei lepas.

"Oleh demikian, pihak pendakwaan memohon supaya pertuduhan utama di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM dan pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh ditarik balik," katanya tanpa tidak mendedahkan jumlah kompaun berkenaan.

Peguam T. Sivaranjeni yang mewakili Nur Fazreen mengesahkan anak guamnya telah menjelaskan bayaran kompaun tersebut dan memohon agar ibu kepada empat anak itu dilepas serta dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Suzana kemudian melepas dan membebaskan Nur Fazreen daripada pertuduhan tersebut.

"Memandangkan tertuduh telah membayar kompaun seperti yang ditawarkan oleh SPRM, jadi mahkamah membenarkan permohonan pembelaan agar tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini," katanya.

Mengikut pertuduhan, Nur Fazreen didakwa memperoleh suapan RM5,268 daripada seorang wanita bagi sebahagian bayaran seutas gelang emas seberat 39.30 gram.

Bayaran itu dibuat secara dalam talian daripada akaun bank milik syarikat Tulip Event Exhibition Enterprise  (Tulip Event) ke akaun sebuah kedai emas, KB Gold 2 Enterprise.

 
Back
Top
Log in Register