BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkembangan Pesat AI Tuntut Organisasi Korporat, Media Nilai Semula Strategi Komunikasi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Perkembangan Pesat AI Tuntut Organisasi Korporat, Media Nilai Semula Strategi Komunikasi​

e9bea2a820d350244b3f3257a165e5ab6a7b2078e2499


Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penyebaran maklumat yang pantas menerusi platform digital menuntut organisasi korporat serta pengamal media menilai semula strategi komunikasi bagi mengekalkan kredibiliti selain menguruskan krisis secara berkesan.

Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik, Kumpulan Perhubungan Strategik dan Komunikasi PETRONAS Datin Arni Laily Anwarrudin berkata kepantasan AI menyebarkan maklumat yang tidak sahih adalah cabaran besar kepada syarikat dalam melindungi reputasi jenama.

Beliau berkata organisasi perlu mengambil langkah proaktif dalam mengawal naratif korporat bukannya membiarkan pihak luar menentukan persepsi masyarakat.

“Era AI seolah-olah memaksa kita, sebagai sebuah organisasi, untuk menjadi lebih telus kerana jika tidak, orang lain akan mengisi ruang tersebut... persoalannya, adakah kita mahu orang lain yang menyampaikan cerita itu?” katanya.

Arni Laily berkata demikian ketika menjadi ahli panel bagi sesi bertajuk “Credibility in the Age of AI: Navigating the New Frontier” pada program Lunch Escape anjuran Kumpulan Perhubungan Strategik dan Komunikasi PETRONAS dengan kerjasama Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini hari ini.

Turut menganggotai panel berkenaan ialah Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ashwad Ismail, bekas Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press (NSTP) Mustapha Kamil Mohd Janor dan Pengarah Urusan Free Malaysia Today (FMT) Azeem Abu Bakar.

Hadir sama sebagai peserta Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Arni Laily berkata protokol tindak balas krisis secara tradisional kini tidak lagi relevan berikutan kepantasan platform komunikasi digital ketika ini.

“Peraturan seperti tempoh 16 jam dan proses peningkatan isu kini sudah tidak lagi terpakai... proses sedia ada perlu diubah ... bagaimana kita hendak pastikan kebenaran sesuatu maklumat yang sudah tersebar dan bertindak pantas untuk mengesahkan kesahihannya?” kata beliau.

 
Back
Top
Log in Register