BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kementerian Komunikasi Nilai Tahap Pematuhan Platform Media Sosial Terhadap ONSA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kementerian Komunikasi Nilai Tahap Pematuhan Platform Media Sosial Terhadap ONSA​

94acaaba78418068f9a1092a2c69abc466a664b64bcc5

Teo Nie Ching

Kementerian Komunikasi masih menilai tahap pematuhan platform media sosial berlesen terhadap dua kod di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang mula berkuat kuasa pada 1 Jun lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata dua kod berkenaan ialah Kod Pengurangan Risiko (RMC) dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkukuh keselamatan dalam talian, termasuk melindungi kanak-kanak daripada kandungan berbahaya.

Teo berkata kod itu menetapkan tanggungjawab kepada penyedia platform media sosial berlesen, iaitu platform yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia untuk mematuhi keperluan keselamatan yang ditetapkan.

“Di bawah kod ini, memang tanggungjawab diletakkan kepada penyedia platform berlesen. MCMC bersama penyedia platform ini akan mengadakan perbincangan bagi melihat tahap pematuhan mereka.

“Sekarang kita masih dalam peringkat penilaian untuk melihat tahap pematuhan mereka dan kita berharap dapat melihat pematuhan yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Muzikal “Kalapadam” MINNALfm dan Karnival Kempen Internet Selamat di sini hari ini.

Mengenai Program Muzikal “Kalapadam”, Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata penganjuran semula program itu bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada artis tempatan, khususnya penggiat seni berbahasa Tamil untuk membuat persembahan di pentas RTM.

Beliau berkata program yang pernah popular dalam kalangan masyarakat India itu dihidupkan semula selepas menerima maklum balas daripada penggiat industri seni yang berharap ia diteruskan.

“Apabila saya bertemu dengan persatuan artis Tamil, mereka menyuarakan harapan supaya program ini dikembalikan kerana ia mampu menyediakan lebih banyak peluang kepada artis tempatan untuk membuat persembahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata tiga projek perintis akan dilaksanakan bagi menguji sambutan orang ramai terhadap program berkenaan dengan Kulai dipilih sebagai lokasi pertama, manakala dua lagi lokasi sedang dikenal pasti.

 
Back
Top
Log in Register