BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kementerian Komunikasi Rancang Wajibkan Pengesahan Identiti Pengiklan Media Sosial

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kementerian Komunikasi Rancang Wajibkan Pengesahan Identiti Pengiklan Media Sosial​

4616af438ec25b5a9ee30fb4512058d46a1bd4e5ad2e2


Kementerian Komunikasi merancang untuk mewajibkan semua pengiklan yang menggunakan perkhidmatan iklan berbayar atau sponsored advertisement di platform media sosial mengesahkan identiti mereka bagi membendung aktiviti penipuan dalam talian.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata langkah itu yang turut menyasarkan aktiviti perjudian digital dan penyalahgunaan identiti tokoh terkenal, merupakan antara tanggungjawab baharu di bawah Kod Pengurangan Risiko (RMC).

Beliau berkata kod tersebut akan berkuat kuasa esok di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) dan terpakai kepada penyedia platform media sosial yang diklasifikasikan sebagai pemegang lesen, iaitu yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia.

"Kita banyak melihat sponsored post menggunakan wajah individu terkenal untuk buat kandungan seperti pelaburan meragukan, penipuan kewangan serta perjudian dalam talian dan setakat ini sukar untuk mengambil tindakan kerana kita tidak mengetahui siapa yang sebenarnya membayar iklan tersebut," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Kota Melaka bagi Dewan Undangan (DUN) Negeri Banda Hilir di Taman Kota Laksamana Cheng Ho di sini hari ini.

Sehubungan itu, Teo berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mewajibkan setiap pengiklan, sama ada individu atau entiti berdaftar melalui proses pengesahan identiti oleh pihak platform sebelum mereka dibenarkan menyiarkan iklan berbayar.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata penyedia platform media sosial digesa memberikan kerjasama penuh dalam mematuhi RMC serta Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) yang mula berkuat kuasa esok, demi menjamin keselamatan pengguna Internet.

Mengenai mekanisme pengesahan umur bagi menghalang individu di bawah 16 tahun daripada membuka akaun media sosial yang turut berkuat kuasa esok, Teo menjelaskan dokumen rasmi seperti kad pengenalan atau pasport diperlukan bagi tujuan pendaftaran

Beliau mengakui terdapat segelintir ibu bapa yang masih mencari pendekatan terbaik untuk meyakinkan anak-anak mengenai langkah keselamatan tersebut, namun majoritinya menyokong penuh inisiatif berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register