BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengesahan Umur Buka Akaun Media Sosial Berkuat Kuasa Hari Ini

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Pengesahan Umur Buka Akaun Media Sosial Berkuat Kuasa Hari Ini​

e103e4b56047e532406c91b94f3594bd69590ad44a2a9

-- Gambar hiasan

Malaysia hari ini mula menguatkuasakan syarat pengesahan umur bagi pendaftaran dan pembukaan akaun media sosial sebagai langkah proaktif melindungi kanak-kanak bawah 16 tahun daripada ancaman siber.

Langkah itu dilaksanakan selaras dengan penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) yang juga bermula hari ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2025 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menerusi peraturan baharu itu, individu berusia bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan membuka sebarang akaun media sosial manakala mereka yang ingin mendaftar diwajibkan mengemukakan dokumen pengenalan rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport atau MyDigital ID sebagai pengesahan umur.

Keperluan itu tidak terhad kepada pendaftaran baharu, malah pemilik akaun sedia ada juga wajib melakukan pengesahan identiti bagi memastikan mereka kekal layak mengakses platform itu mengikut kriteria ditetapkan.

Pelaksanaan itu meletakkan Malaysia seiring dengan trend global seperti Australia dalam mengehadkan akses media sosial bagi melindungi golongan muda, selain mengikuti langkah Indonesia yang telah menguatkuasakan peraturan serupa pada 28 Mac lepas.

Pendekatan Malaysia bagaimanapun mempunyai kelebihan tersendiri kerana memanfaatkan perundangan khusus mengenai MyKad dan sistem MyDigital ID sebagai elemen keselamatan tambahan bagi memastikan pengesahan identiti yang lebih sahih dan selamat.

MCMC dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan penguatkuasaan kedua-dua kod itu bertujuan memperkukuh ekosistem perlindungan kanak-kanak selain mewajibkan penyedia platform digital bertindak lebih proaktif menangani kandungan berbahaya.

Kedua-dua kod berkenaan dibangunkan menerusi sesi libat urus mendalam serta rundingan awam bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemain industri dan organisasi masyarakat sivil yang dijalankan sejak Februari lepas.

Di bawah CPC, penyedia platform diwajibkan menerapkan prinsip keselamatan melalui binaan (safety by design), termasuk mengehadkan fungsi yang berisiko mendedahkan kanak-kanak kepada ancaman eksploitasi siber, pemangsa digital (grooming) serta kandungan tidak bersesuaian.

 
Diceritakan - Had pengesahan umur

Tak diceritakan - Pengesahan id senang nak cari
 
hidup kim jong non
 
Back
Top
Log in Register