kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,712
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,712
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Had Umur 16 Tahun Buka Akaun Media Sosial Benteng Kekang Trauma Siber Kanak-kanak
-- Gambar hiasan
Golongan kanak-kanak kini semakin terdedah kepada risiko trauma siber berpanjangan berikutan peningkatan kes eksploitasi seksual dalam talian yang melibatkan ugutan, manipulasi emosi serta penyebaran berulang bahan penderaan.
Keadaan itu, sekiranya berlaku tentu sahaja memberikan kesan mendalam terhadap kesejahteraan mental serta psikologi golongan berkenaan yang menjadi mangsa.
Sehubungan dengan itu, penguatkuasaan syarat pengesahan umur bagi pendaftaran akaun media sosial menerusi pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang bermula semalam, dilihat amat bertepatan bagi melindungi mereka yang berumur di bawah 16 tahun.
Pengarah Eksekutif Protect and Save the Children Amnani Abdul Kadir berkata langkah kerajaan itu amat tepat pada masanya kerana trend jenayah siber seperti pengantunan dalam talian, pemerasan seksual dan penstriman langsung penderaan seksual kanak-kanak semakin membimbangkan.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata hal ini berikutan taktik licik pelaku yang kerap menggunakan identiti palsu di platform media sosial serta permainan video bagi memperdaya mangsa.
Amnani berkata pemangsa dikesan sering mengkaji tingkah laku, minat dan kelemahan emosi mangsa sebelum memulakan taktik memancing menerusi interaksi yang kelihatan tidak berbahaya seperti pujian, sokongan emosi atau persahabatan.
Beliau berkongsi pada Februari lepas, organisasi itu mengendalikan kes seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi oleh penjaganya sendiri, yang memanipulasi serta memaksa mangsa menghasilkan kandungan seksual bagi tujuan penstriman langsung.
"Ramai kanak-kanak tidak menyedari mereka sedang dieksploitasi kerana proses manipulasi psikologi ini berlaku secara perlahan.
