BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MyKad Generasi Baharu Boleh Terus Diguna Bagi Urusan Bantuan, Subsidi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

MyKad Generasi Baharu Boleh Terus Diguna Bagi Urusan Bantuan, Subsidi​

865dc09e9d6e95df536657567db185aa6aab7a5772895

e61a68d346296daf7aa830c9190bc7896aab6dad7ffae

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Muhammad Asraf Sukadi (berdiri dua, kiri) menyantuni orang ramai pada hari pertama pengeluaran MyKad Generasi Baharu di JPN hari ini.

MyKad generasi baharu kekal sebagai dokumen pengenalan diri rasmi rakyat Malaysia dan boleh terus digunakan bagi urusan bantuan serta subsidi kerajaan, menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN Muhammad Asraf Sukadi berkata MyKad boleh digunakan bagi bantuan atau subsidi kerajaan yang menjadikan kad berkenaan sebagai medium pengesahan atau penebusan, tertakluk kepada syarat kelayakan ditetapkan agensi berkaitan.

“Orang ramai tidak perlu bimbang bahawa pengenalan MyKad generasi baharu akan menyebabkan bantuan atau subsidi kerajaan terhenti.

“JPN sentiasa bekerjasama dengan Kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan serta bantuan kepada rakyat yang layak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pertukaran kepada MyKad generasi baharu tidak menyebabkan baki atau kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hilang.

“Baki dan kelayakan SARA tidak disimpan di dalam MyKad sebaliknya direkodkan dalam sistem SARA. MyKad digunakan sebagai medium pengesahan penerima dan untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya yang mengambil bahagian,” katanya.

Muhammad Asraf berkata pemegang MyKad sedia ada tidak perlu menukar MyKad semata-mata melainkan MyKad sedia ada tidak rosak.

Walau bagaimanapun, pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan MyKad (tanpa ghost image) perlu menukar kepada MyKad generasi baharu.

“Pelaksanaan MyKad generasi baharu telah mengambil kira keperluan sistem dan perkhidmatan yang menggunakan MyKad.

 
Back
Top
Log in Register