kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Sekatan akses platform media sosial kepada individu di bawah usia 16 tahun disifatkan sebagai “perisai digital” yang kritikal dan proaktif dalam mendepani ancaman jenayah siber terhadap kanak-kanak di negara ini.
Langkah itu dilihat semakin mendesak susulan pendedahan mengejut dalam Ops Cyber Guardian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini, yang menemukan ratusan ribu fail bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM).
Operasi besar-besaran itu bukan sahaja membawa kepada penahanan 69 individu termasuk penjawat awam, malah menyaksikan rampasan hampir 500,000 fail eksploitasi seksual, sekali gus mencetuskan kebimbangan mendalam mengenai tahap keselamatan maruah kanak-kanak di ruang maya.
Bagi memastikan keberkesanan sekatan itu, Pakar Keselamatan Siber dari Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Dr Siti Norul Huda Sheikh Abdullah berkata sistem pengesahan umur perlu diberi perhatian kerana ia berfungsi sebagai benteng pertahanan awal bagi menyekat ruang gerak “predator” atau pemangsa siber.
“Pengesahan umur sebagai benteng pertama dianggap sebagai usaha berkesan kerana ia dapat menyekat akses pemangsa daripada terus berhubung dengan kanak-kanak di ruang terbuka media sosial melalui sistem pengesahan umur bawah 16 tahun.
“Mekanisme gatekeeping atau tapisan umur ini juga boleh menyukarkan akaun rawak, sekali gus mengurangkan pendedahan awal kepada pintu masuk jenayah siber termasuk pengantunan siber atau grooming,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Siti Norul Huda berkata integrasi teknologi seperti elektronik Kenali Pelanggan Anda (e-KYC) dan identiti digital berupaya meminimumkan kewujudan akaun palsu, yang sering menjadi topeng bagi pelaku jenayah menyembunyikan identiti sebenar mereka.
Beliau berkata penggunaan sistem itu secara tidak langsung membolehkan sebarang aktiviti mencurigakan termasuk pengantunan siber dikesan dengan lebih pantas oleh pihak berkuasa mahupun penyedia platform.