BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sektor Pencarian Dua Pemancing Hilang Diperluas hingga Ke Lumut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141

Sektor Pencarian Dua Pemancing Hilang Diperluas hingga Ke Lumut​

e9e368289b29659a903e5154c12df4b36aaba1bf23fec

Bapa mangsa Ruhaizat Muhidin, 69, (kanan), tidak dapat menahan air matanya ketika menunggu perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) anaknya, Ridzuan, 37, salah seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan masih hilang di Pos Kawalan Tempat Kejadian, Jeti Sementa Klang hari ini.

Sektor pencarian dua pemancing yang dilaporkan hilang di One Fathom Bank berdekatan Pulau Ketam di sini, diperluas kepada radius 1,366.2 batu nautika persegi sehingga ke perairan Lumut, Perak.

Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Lt Mohd Syafiq Sazali berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keempat diteruskan pihaknya bersama-sama beberapa agensi penguatkuasaan bermula 7 pagi tadi.

Beliau berkata usaha pencarian meliputi sektor laut dan udara menggunakan lima aset iaitu sebuah Kapal Maritim (KM) Nusa, pesawat CL415MP serta tiga bot peronda termasuk milik Pasukan Polis Marin (PPM).

"Pencarian sektor laut bagi KM Nusa meliputi kawasan seluas 101.2 batu nautika persegi di perairan Bagan Datuk manakala tiga bot bagi 449 batu nautika antara One Fathom Bank ke Tanjong Karang.

"Sektor udara pula meliputi radius pencarian seluas 816 batu nautika di kawasan antara sempadan Selangor hingga ke Lumut," katanya ketika ditemui pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Sementa di sini hari ini.

Mohd Syafiq berkata operasi itu disertai 38 pegawai dan anggota termasuk pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain dibantu pasukan Bantuan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia bagi mengesan mangsa di perairan sempadan negara itu.

Beliau berkata operasi dijangka ditangguhkan 7 malam ini sebelum diteruskan semula esok.

Pada Isnin lepas, APMM Selangor melancarkan SAR selepas menerima laporan rasmi berhubung kehilangan tujuh pemancing di One Fathom Bank pada 3.35 pagi.

Empat daripada mereka ditemukan selamat di perairan Sekinchan pada hari kedua operasi sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Banting untuk rawatan.

 
Back
Top
Log in Register