BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prinsip 1/3 perwakilan bukan perkara boleh dirunding semula, tegas menteri Sarawak

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Prinsip 1/3 perwakilan bukan perkara boleh dirunding semula, tegas menteri Sarawak​

81790738-abdul-karim-rahman-hamzah-minster-of-tourism-sarawak-matta-fair-3.png

Menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, kata pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mahu penambahan wakil Parlimen dari Sabah dan Sarawak dilihat sebagai agenda nasional merupakan perkembangan positif.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata prinsip itu berakar daripada persetujuan pembentukan Malaysia pada 1963.

“Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan serta Perlembagaan, jumlah kerusi pada ketika itu ialah 2/3 untuk Tanah Melayu dan 1/3 bagi Singapura, Sabah serta Sarawak,” katanya lapor Utusan Borneo, pada sidang media di Kuching.

Menurut susunan 1963, Dewan Rakyat mempunyai 159 kerusi yang mana 104 kerusi diperuntukkan kepada Tanah Melayu, 16 untuk Sabah, 24 untuk Sarawak, dan 15 untuk Singapura.

Sabah, Sarawak dan Singapura secara keseluruhan mempunyai 55 kerusi, iaitu lebih sedikit daripada 1/3 kerusi Dewan Rakyat.

Karim berkata susunan berkenaan mencerminkan persetujuan pemimpin dan perunding yang terlibat dalam pembentukan Malaysia. Katanya lagi, ketidakseimbangan berlaku selepas Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965.

Jelasnya, komposisi kerusi Parlimen ketika ini, yang memberikan Semenanjung lebih daripada majoriti 2/3, secara teorinya membolehkan pindaan Perlembagaan berkaitan hak Sabah dan Sarawak diluluskan tanpa sokongan wakil dari kedua-dua negeri itu.

“Itulah sebabnya kita mahu 1/3 itu terus dikekalkan,” katanya.

Kenyataan Karim menyusuli pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 11 Sept, bahawa kerajaan bersetuju meminda Perlembagaan bagi membolehkan penambahan wakil Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Anwar berkata sebarang penambahan kerusi juga boleh melibatkan Semenanjung, namun prinsip utama ialah nisbah kerusi Sabah dan Sarawak mesti lebih tinggi daripada kedudukan ketika ini.

Perkara itu mengambil kira semangat asal Perjanjian Malaysia 1963, jelasnya.

Karim, yang juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, berkata pendirian Anwar yang mahu perkara ini dilihat sebagai agenda nasional merupakan perkembangan positif.

“Itulah yang dikehendaki oleh nenek moyang kita dan begitulah sepatutnya perkara ini dilihat oleh generasi pewaris termasuk pemimpin pada masa kini,” katanya.

Tags kerusi sabah di parlimen, kerusi sarawak di parlimen, MA63, anwar ibrahim, abdul karim rahman hamzah, perlembagaan. satu pertiga perwakilan
 
Back
Top
Log in Register