BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Sahkan Mayat Pemancing Hilang Ditemukan Di Perairan Perak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Polis Sahkan Mayat Pemancing Hilang Ditemukan Di Perairan Perak​

f85270b03050c415483b62772e7d4f576aaa7d6199681

a630c65ebd7e3e77205df955b9dd01926aaa7d776274b

Ahli keluarga salah seorang daripada tiga pemancing yang dilaporkan hilang tidak dapat menahan kesedihan susulan penemuan satu mayat di perairan Hutan Melintang, Perak, pagi tadi, ketika berada di Pos Kawalan Tempat Kejadian, Jeti Sementa.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Mayat lelaki yang ditemukan terapung di perairan Hutan Melintang, Perak pagi tadi disahkan sebagai seorang daripada tiga pemancing yang hilang Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Ramsay Embol berkata identiti lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai Mohd Sharil Abd Rahman, 43, selepas pengecaman dilakukan oleh waris.

“Pasukan penyelamat menerima maklumat daripada nelayan berhubung penemuan mayat itu kira-kira 8.30 pagi sebelum dibawa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke Jeti Hutan Melintang untuk tindakan lanjut.

“Mayat seterusnya akan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa yang masih hilang diteruskan secara bersepadu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta agensi berkaitan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Klang Utara Supt Mohd Rahimi Zainol dilaporkan berkata satu mayat ditemukan di perairan Bagan Sungai Belukang, Perak, dalam keadaan terikat pada tong serta memakai jaket keselamatan pagi tadi.

Pada Isnin, APMM Selangor melancarkan SAR selepas menerima laporan rasmi berhubung kehilangan tujuh pemancing di One Fathom Bank di perairan Selat Melaka pada 3.35 pagi.

Bagaimanapun, empat daripadanya ditemukan selamat di perairan Sekinchan pada hari kedua operasi SAR, sebelum dihantar mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hospital Banting.

 
Back
Top
Log in Register