combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
APMM Gerak Operasi SAR Tujuh Pemancing Hilang Di Perairan One Fathom Bank
fb Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Enam pemancing dan seorang tekong dilaporkan hilang selepas gagal dikesan di perairan One Fathom Bank, dekat Pulau Ketam awal pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata pihaknya menerima maklumat pada 3.35 pagi tadi berhubung kehilangan kumpulan pemancing itu selepas keluar dari Jeti Sementa.
Beliau berkata aset APMM digerakkan pada 3.40 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan secara rasmi pada 5 pagi.
“Sektor pencarian di laut meliputi kawasan seluas 118.4 batu nautika persegi manakala pencarian melalui udara meliputi kawasan seluas 509.6 batu nautika persegi di sekitar perairan One Fathom Bank.
“APMM menggerakkan aset laut dan udara secara serentak bagi memperluas liputan pencarian serta meningkatkan keberkesanan usaha mengesan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Muhaimin berkata operasi dilaksanakan secara bersepadu dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang.
“Operasi SAR masih giat dijalankan berikutan kumpulan itu belum dapat dikesan dan dihubungi. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Abdul Muhaimin berkata aset APMM yang terlibat dalam operasi itu ialah Bot Penggalang 1 dan pesawat udara CL415MP (Bombardier) selain aset RH16 Pasukan Polis Marin dan sebuah bot aluminium JBPM.
Terdahulu, tular hantaran di media sosial memaklumkan tujuh individu itu belum pulang selepas keluar memancing dengan mereka sepatutnya tiba di Jeti Sementa selewat-lewatnya pada 8.30 malam tadi.