BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi Carilamat Dua Nelayan Hilang Di Perairan Kemaman Dihentikan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Operasi Carilamat Dua Nelayan Hilang Di Perairan Kemaman Dihentikan​

cb349afd8b4cd7c57c73e7c202c4be3f6a33a45e02059

Lokasi dua nelayan Azan Muda, 68, dan Nordin Mohammad, 61, yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki tenggelam pada 10 Jun lepas di perairan Kemaman, kira-kira 27.9 batu nautika.

Pengarah Maritim Zon Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata operasi mencari dan menyelamat dua nelayan itu ditamatkan pada 18 Jun..



--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menamatkan operasi mencari dan menyelamat dua nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Kemaman kira-kira 29 batu nautika dari Timur Kuala Kemaman, 10 Jun lepas.

Pengarah Maritim Zon Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata operasi berkenaan yang dilaksanakan selama seminggu melibatkan pelbagai aset dan anggota daripada APMM, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mendapat bantuan daripada komuniti nelayan.

“Pencarian telah dilaksanakan secara intensif meliputi kawasan ditetapkan berdasarkan maklumat kejadian, keadaan cuaca semasa dan analisis pergerakan arus serta hanyutan namun dua mangsa iaitu tekong, Azan Muda, 68, dan kru, Nordin Mohammad, 61, masih belum ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi pencarian ditamatkan hari ini setelah segala usaha pencarian dilaksanakan dan hasil perbincangan bersama agensi terlibat.

Abdul Halim berkata walaupun operasi rasmi telah ditamatkan namun komuniti maritim dan nelayan diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang petunjuk berkaitan mangsa.

Dalam insiden berkenaan, bot nelayan dinaiki Azan serta dua kru iaitu Nordin dan Mahadi Jusoh, 51, tenggelam akibat ribut pada 12.30 tengah malam.

Mahadi bagaimanapun diselamatkan oleh nelayan lain pada 10.30 pagi keesokannya.

 
Back
Top
Log in Register